Sunday, August 4, 2013

TEGURAN BUAT KETUA POLIS NEGARA

 Setiap kali ada kejadian tembak mati di Amerika Syarikat, akhbar utama di negara kita menyiarkan berita tersebut besar-besaran dan tidak pula kita mendengar Setiausaha Luar Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan menyelar tindakan akhbar Malaysia menyiarkan berita tersebut.

Bagaimana pun kita masih boleh menerima tindakan Menteri Luar Anifah Aman memprotes tindakan sebuah akhbar di Singapura, New Paper, menyiarkan berita mengenai betapa murahnya nyawa di Malaysia dan betapa mahalnya untuk rakyat kita untuk memastikan umur mereka panjang. Mungkin niat Anifah ialah untuk mempertahankan imej negara dan menyakinkan pelabur asing dan pelancong bahawa Malaysia masih selamat walaupun hampir SETIAP HARI akan ada orang yang kena tembak.     
 Tetapi kita tidak faham apabila Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar turut serta membuat membuat kenyataan mengkritik New Paper.

Sepatutnya yang kena kritik ialah Khalid bukannya New Paper. Sejak dilantik sebagai Ketua Polis Negara Mei lalu, rakyat mahukan beliau memastikan keselamatan negara bertambah baik. Malangnya, sehingga hari ini, kita sendiri tidak tahu apa yang dilakukan Khalid untuk memastikan rakyat selamat ketika "berhenti di lampu isyarat". 
 Dua guru ditembak mati. Ahli perniagaan di tembak mati. Warga emas berusia 75 tahun pun ditembak mati di depan isteri beliau. Di Malaysia, tidak ada akhbar dan tidak akan ada Pengarang akhbar yang berani menulis sepertimana New Paper menulis.
Tindakan Khalid mengkritik New Paper dan tindakan Anifah memprotes laporan New Paper tidak membawa apa-apa makna kepada orangramai. Kritikan yang dibuat oleh Khalid dan Anifah tidak akan mengubah kebimbangan rakyat terhadap keselamatan negara.

Tidak perlu lah pihak Polis hendak menyalahkan akhbar atau memesong perhatian rakyat kononnya suasana keselamatan hari ini juga disebabkan tiada  lagi ISA dan tiada lagi EO.

Kita masih lagi menunggu apa hasil siasatan polis kepada kes pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam yang ditembak di lampu isyarat yang lokasinya tidak sampai 1 km dari Pejabat Perdana Menteri.

Tidak kah Khalid sebagai Ketua Polis Negara merasa malu kepada rakyat bahawa sehingga hari ini seluruh  Jabatan Polis masih gagal menyelesaikan kes ini? Apakah begitu rendahnya kualiti siasatan Polis hari ini?

Di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala yang selama ini menyifatkan kes jenayah hanya persepsi?

Sekiranya kita sebagai Ketua Polis Negara dan Idris, kita akan merasa malu untuk menghadap Perdana Menteri apabila hampir setiap hari ada kes tembak.

Kita akan malu kepada rakyat kerana kita gagal memastikan keselamatan negara terjamin sehingga orang asing takut untuk melawat negara kita.

Apatah lagi rakyat biasa - sehinggakan kita sendiri sekarang ini takut untuk berhenti dilampu isyarat kerana bimbang penembak tersilap orang - tertembak pelanduk dua serupa.

Kita rakyat biasa - bukan nya VIP atau Menteri yang sentiasa dilindungi "bodyguard bersenjata".   Oleh itu kita berhak bertanya kepada Khalid, apa yang hendak dilakukan beliau untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa negara kita selamat.

5 comments:

Anonymous said...



betul tulisan tuan ini. nak berhenti kat trafik lite pun takut.

dari mana mereka dapat senjata api sekarang ni

Anonymous said...



Tak takut kena tangkap ke tuan

Anonymous said...

Setuju pandangan dan ulasan tuan.
Begitulah cara pemikiran Menteri Malaysia,Ketua-ketua diMalaysia.
Adakah mereka ini sedar yang dunia sekarang ini semuanya GLOBAL dan GLOKAL.

Anonymous said...

mudahnya dapat senjata untuk bunuh orang ... drp mana senjata ini datang ? apa fungsi Polis , UPP , Kastam..??

Jangan setakat sibuk bergaya buat statement dalam siri 999 .

Rakyat nak tengok sesuatu usaha yg konkrit untuk menangani jenayah...

Lupakan Idris .. di ni cuma bagus buat presentation.. bakat spt itu mungkin laku di Shell .

Sebagai menteri dgn Tugas am ..rakyat tak nampak berkesannya si Deris ni..

Pak Khalid KPN =pls be agressive , Polis tak boleh terlalu mengikut lenggok ahli politik...

Anonymous said...



999 lagi tahu tempat jenayah dari polis... he he he