Tuesday, August 27, 2013

SATU TEGURAN BUAT MUKHRIZ MAHATHIR

Jelapang terbaca satu teguran yang ditulis oleh satu blog terhadap Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir.

Berikut ialah teguran yang disiarkan oleh Blog Gelagat Anwar:


Mukhriz & Council of Advisors 

BAHAGIAN I
So far, performance Mukhriz di Kedah boleh dikatakan baik. Baik yang membawa maksud sederhana. Tak menyerlah pun. Yang menyerlah hanyalah kalangan pegawai-pegawai yang diimport dari luar Kedah. Pegawai-pegawai yang sedang merancang nak buat duit, berbanding mahu melihat Mukhriz lebih sukses.

Kita memang mendoakan yang terbaik kepada anak Tun M yang membawa darah politik ini. Bukan Mukhriz sahaja, Mokhzani pun ada darah dan nawaitu politik. Tapi stail sudah jadi terlalu elitis. Marina pun ada minat politik, tapi cenderung dengan parti lain.

Mukhriz sebagai individu memang baik. Hampir sempurna. Tutur kata yang sangat baik. Halus budi bahasa.

Tapi kalau dah terlalu baik, sesuai atau tidak dengan budaya orang di Kedah. Kalangan orang UMNO sendiri senak perut tengok MB lemah gemalai, sopan santun, pijak semut tak mati ni. Orang UMNO Kedah kata, ini bukan nak pilih menantu. Ini nak jadi pemimpin. Banyak beza tu.

Perangai pegawai-pegawai yang diimport dari Kuala Lumpur, Perak, Shah Alam, Sri Pentas pun bukan main lagi. Sudah menampakkan tanda-tanda nak jadi perosak dari dalam. Sudah mula pandai membawa pegawai-pegawai UPEN keluar makan, menggunakan nama MB.
Kalangan pegawai kerajaan pun sudah mula komplen. Macam-macam. Ada pegawai MB yang sudah berani tinggi suara dengan pegawai kerajaan senior. Budak muda, bila ada kuasa. Begitulah adanya.

Dengar khabar, ada seorang pegawai Tun pun dipinjamkan menjadi strategis dan account holder bagi menampilkan imej Mukhriz yang lebih positif. Dana yang tidak ada had (bottomless pit) dijadikan sandaran. Mukhriz mesti cepat dilontar ke pentas Naib Presiden UMNO. Ada lah nama syarikat yang menaja. Itu kita cerita masa lain.
Belum masuk monthly payment kepada Council of Bloggers. Hebat. Ini semua kumpulan bijak pandai. Depa ni, kalau tak bagi nasihat, jawabnya, Malaysia ni hancoq bederai.

Kita cuma harap Council of Advisors yang menasihatkan Mukhriz adalah kalangan yang benar-benar mahu melihat dia berjaya sebagai ahli politik. Bukan mereka yang gemar berada di dalam circle, tetapi tidak berkata dengan jujur. Yang claim jadi council pun becambah elok. Merata jual nama MB. Sampaikan nak menentukan Ketua Cawangan pun pakai nama MB. Tak aci la lagu tu.

Tak elok kalau pejabat MB belemoih dengan macam-macam cerita tak elok. Staff yang skandal dengan bini orang pun ada. Lagu mana tu?
Mukhriz kena ingat lah, Council sama yang buat dia tewas teruk dengan KJ. Masa tu imej KJ pun tak elok mana. La ni, muka sama nak jadi council juga lagi. Hmmm…pakat beselighat habih la.

Toksah dok tanding Naib la. Kalah nanti buat perosak nama. Sat gi orang kata, tumpang nama Tun pun kalah no. Payah.
La di pejabat MB pun masih gelong semacam.

Isu KUIN pun belom selesai lagi. Council of Advisors tengok juga lah apa kakitangan kata no. Bukan ingat nak buat duit saja.http://www.taufiking.com/2013/08/kolej-universiti-insaniah-vs-insaniah.html

Duit buat jugalah. Siapa tak mahu duit. Berpada-pada. Jangan ghalit pada duit, sampai boss pun tersepit.
BAHAGIAN II
Harap Mukriz Mahathir mendapatkan nasihat daripada inner circle yang betul dan tepat. Itu sahaja.

Blog ini khuatir, memandangkan betapa banyaknya serangan yang dibuat kepada Omar Mustapha Ong (termasuk blog ini sekali), rupa-rupanya dia masih mendapat kepercayaan waima oleh orang Tun M sendiri.

Serangan demi serangan terhadap OMO, tidak memberi luka apa sekalipun. Malah, OMO masih kekal menjadi sumber rujukan qat’i kepada ramai pemimpin negara. Yang menjadi kemusykilan, sampaikan Mukhriz Mahathir pun menggunakan khidmat nasihat orang yang sama.

Kehadiran Tun Daim hanya memeriahkan suasana. Tun Daim kan ahlul nujum. Dia akan main role yang sama. Role menasihat, menentu, membantu, menyusun, mengatur, melibas, mengoyak, membuat untung, akan dilingkari oleh orang yang sama.

Makna kata, apa yang pernah dikhabarkan bahawa Tun M cukup tidak senang dengan kehadiran OMO di dalam Petronas sudah menjadi sejarah basi. OMO jugalah yang dipercayai Tun M untuk membantu Mukhriz dalam membangun Kedah. Menurut cerita, cucu seorang ulama’ seperti OMO ini adalah harapan Mukhriz untuk mengekalkan kuasa, malahan meloncatkan diri ke tapak Naib Presiden UMNO.
Kalau mengikut kajian OMO, ianya boleh diusahakan – asal mendapat endorsement oleh Presiden/Timb Presiden UMNO.
Soalnya, sudah sediakah?

Apakah sudah boleh dianggap bersedia kalau banyak keputusan penting masih lagi perlu dibawa bincang ke dalam meeting Council of Advisors. Itu pun ada banyak layer. Bukan 1. Lebih daripada 3.

Bersediakah, jika banyak benda diharap kepada aturan ANSARA dan grup lain?
Bersediakah, jika banyak isu Kedah masih belum selesai?

OMO ini kebal orangnya. Jadi tak perlulah kita bazir masa nak serang dia. Dalam pada kita serang, boss lagi tinggi juga rujuk kepada OMO. Buat penat.
Mungkin Tun M sendiri pun sudah mula mendapatkan khidmat nasihat OMO. Mana tahu. Itu sebab Petronas pun buat banyak keputusan pelik, tetapi tidak pernah ditegur oleh mana-mana pihak pun.

Rujuk laporan:-
MISC took a blow last week when its main shareholder Petronas struck out on  its own to directly procure new-build Liquefied Natural Gas ships, a  role formerly played by MISC, and along with that will not be chartering new ships from MISC.
MISC has always been the sole supplier of LNG ships for Petronas’s LNG business, since Petronas acquired MISC stakes in 1998 and injected Petronas’s owned five Puteri Class LNG ships into MISC, a HLIB Research report noted.
Petronas is retaining MISC to provide project management and technical consultancy services during the construction of the new LNG ships, a position that HLIB’s analyst  Daniel Wong says will likely contribute to lower earnings for MISC.
Ada MISC, tapi Petronas nak beli kapal sendiri secara straight? Ada kumpulan dapat untung? Ada orang makan komisen? Ada orang masyukk raya ni?
Petronas ni sudah jadi macam syarikat sendirian berhad sahaja. Ikut suka depa buat keputusan.
Apa nak jadi di Kedah? Kita tunggulah.
Kalau sudah tidak boleh nasihat, mungkin Tun patut beransur daripada jawatan Petronas. Letak OMO sahaja di jawatan itu. Sama juga hasilnya.

2 comments:

cucu azizan said...

Bukan setakat satu layer iaitu dikalangan punahsihat yang dibawa dari kl, ada satu lagi council penasihat yang amat ternama yang berada di kl juga. Bayangkan kenapakah vincent tan hambur dua juta kat KFA kalau tanpa pengaruh council penasihat amat ternama itu, begitu juga dengan pelaburan yang bakal dibuat syed mokhtar di jerlun sudah pasti dengan pengaruh penasihat itu.
Maka seolah yab mukhriz tidak mampu melaksanakan sendiri, bergantung kepada bapa..
Satu kepelikan..apa kejadah yang duk pasang billborad banyak-banyak duk tunjuk gambar mb dengan exco. Buang duit sahaja pasang billboard tu lagipun ia jelas hanya meniru corak azizan razak masa mula jadi mb dahulu. Mb dan exco kena turun padang jumpa rakyat bukan kenalkan diri dengan billboard. Tiada usaha jelas untuk turun padang mb dan exconya

Anonymous said...

Saya dengar dah ada usaha dari gerombolan syed hamid al bar untuk sabotaj akramsyah..

Ada juga yb nawi langkawi nak jadi pendengki. Teruihkan dan kita pulau dia.

bungkuhkan dia masa PRU akan dtg atau lagi segera pemilihan bahagian tu sendiri ....