Wednesday, August 28, 2013

KETUA WIRA PERKASA DESAK NAJIB RAZAK LETAK JAWATAN

Berikut ialah penulisan Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira Perkasa, di dalam blog beliau "Irwan Fahmi Idris".

Sunday, August 25, 2013
Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan
Asalamuaalaikum, 

1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India . Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat.

Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melantik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik. Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal.

BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan. Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat membantu rakyat? Membantu tetapi rakyat meminta minta. Ini juga adalah ketidak pandaian kerajaan mentakbir urus Negara.

Betapa singkatnya pemikiran kerajaan sehingga perlu memberi duit kepada rakyat? Kerajaan juga memberi wang rakyat yang telah disalah gunakan. Terbukti cara begini juga tidak berjaya.

Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok. Perdana Menteri yang meluluskan peruntukan-peruntukan ini lalu terus melemahkan parti-parti komponen.

Hj Najib menjadi hero ataupun pengkhianat yang mana memberi peruntukan dengan begitu banyak sedangkan sekolah-sekolah jenis tidak ada dalam perlembagaan Negara.

Demi mendapatkan undi sehingga Kalimah ALLAH di benarkan diguna pakai oleh pihak kristian,  Hj Najib selaku Perdana Menteri dan Hisamuddin semasa memegang Menteri Dalam Negeri. Apakah semua cara membolehkan Nj Najib mendapat 2/3?.

Segala usaha mengadai hak-hak melayu untuk mendapatkan undi tidak berjaya, diterjemahkan pada PRU13 yang lepas, Melayu masih memberi undi kepada kerajaan. Bukan sebab kerajaan pimpinan Hj Najib itu terbaik, tetapi disebabkan Melayu tiada pilihan seketika itu. Nampak Hj Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di Negara ini dan mengagong agongkan kaum lain. Penggunaan Kalimah ALLAH adalah klimax. Mana letaknya jiwa sebagai seorang Islam? Sehingga sanggup menggadai kalimah ALLAH.

Sudah cukup segalanya digadai, sudah cukup....... Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap supaya Hj Najib meletakkan jawatan. Pengorbanan ini perlu demi menyelamatkan survaival Islam dan Melayu di bumi sendiri

ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!

Tuesday, August 27, 2013

SATU TEGURAN BUAT MUKHRIZ MAHATHIR

Jelapang terbaca satu teguran yang ditulis oleh satu blog terhadap Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir.

Berikut ialah teguran yang disiarkan oleh Blog Gelagat Anwar:


Mukhriz & Council of Advisors 

BAHAGIAN I
So far, performance Mukhriz di Kedah boleh dikatakan baik. Baik yang membawa maksud sederhana. Tak menyerlah pun. Yang menyerlah hanyalah kalangan pegawai-pegawai yang diimport dari luar Kedah. Pegawai-pegawai yang sedang merancang nak buat duit, berbanding mahu melihat Mukhriz lebih sukses.

Kita memang mendoakan yang terbaik kepada anak Tun M yang membawa darah politik ini. Bukan Mukhriz sahaja, Mokhzani pun ada darah dan nawaitu politik. Tapi stail sudah jadi terlalu elitis. Marina pun ada minat politik, tapi cenderung dengan parti lain.

Mukhriz sebagai individu memang baik. Hampir sempurna. Tutur kata yang sangat baik. Halus budi bahasa.

Tapi kalau dah terlalu baik, sesuai atau tidak dengan budaya orang di Kedah. Kalangan orang UMNO sendiri senak perut tengok MB lemah gemalai, sopan santun, pijak semut tak mati ni. Orang UMNO Kedah kata, ini bukan nak pilih menantu. Ini nak jadi pemimpin. Banyak beza tu.

Perangai pegawai-pegawai yang diimport dari Kuala Lumpur, Perak, Shah Alam, Sri Pentas pun bukan main lagi. Sudah menampakkan tanda-tanda nak jadi perosak dari dalam. Sudah mula pandai membawa pegawai-pegawai UPEN keluar makan, menggunakan nama MB.
Kalangan pegawai kerajaan pun sudah mula komplen. Macam-macam. Ada pegawai MB yang sudah berani tinggi suara dengan pegawai kerajaan senior. Budak muda, bila ada kuasa. Begitulah adanya.

Dengar khabar, ada seorang pegawai Tun pun dipinjamkan menjadi strategis dan account holder bagi menampilkan imej Mukhriz yang lebih positif. Dana yang tidak ada had (bottomless pit) dijadikan sandaran. Mukhriz mesti cepat dilontar ke pentas Naib Presiden UMNO. Ada lah nama syarikat yang menaja. Itu kita cerita masa lain.
Belum masuk monthly payment kepada Council of Bloggers. Hebat. Ini semua kumpulan bijak pandai. Depa ni, kalau tak bagi nasihat, jawabnya, Malaysia ni hancoq bederai.

Kita cuma harap Council of Advisors yang menasihatkan Mukhriz adalah kalangan yang benar-benar mahu melihat dia berjaya sebagai ahli politik. Bukan mereka yang gemar berada di dalam circle, tetapi tidak berkata dengan jujur. Yang claim jadi council pun becambah elok. Merata jual nama MB. Sampaikan nak menentukan Ketua Cawangan pun pakai nama MB. Tak aci la lagu tu.

Tak elok kalau pejabat MB belemoih dengan macam-macam cerita tak elok. Staff yang skandal dengan bini orang pun ada. Lagu mana tu?
Mukhriz kena ingat lah, Council sama yang buat dia tewas teruk dengan KJ. Masa tu imej KJ pun tak elok mana. La ni, muka sama nak jadi council juga lagi. Hmmm…pakat beselighat habih la.

Toksah dok tanding Naib la. Kalah nanti buat perosak nama. Sat gi orang kata, tumpang nama Tun pun kalah no. Payah.
La di pejabat MB pun masih gelong semacam.

Isu KUIN pun belom selesai lagi. Council of Advisors tengok juga lah apa kakitangan kata no. Bukan ingat nak buat duit saja.http://www.taufiking.com/2013/08/kolej-universiti-insaniah-vs-insaniah.html

Duit buat jugalah. Siapa tak mahu duit. Berpada-pada. Jangan ghalit pada duit, sampai boss pun tersepit.
BAHAGIAN II
Harap Mukriz Mahathir mendapatkan nasihat daripada inner circle yang betul dan tepat. Itu sahaja.

Blog ini khuatir, memandangkan betapa banyaknya serangan yang dibuat kepada Omar Mustapha Ong (termasuk blog ini sekali), rupa-rupanya dia masih mendapat kepercayaan waima oleh orang Tun M sendiri.

Serangan demi serangan terhadap OMO, tidak memberi luka apa sekalipun. Malah, OMO masih kekal menjadi sumber rujukan qat’i kepada ramai pemimpin negara. Yang menjadi kemusykilan, sampaikan Mukhriz Mahathir pun menggunakan khidmat nasihat orang yang sama.

Kehadiran Tun Daim hanya memeriahkan suasana. Tun Daim kan ahlul nujum. Dia akan main role yang sama. Role menasihat, menentu, membantu, menyusun, mengatur, melibas, mengoyak, membuat untung, akan dilingkari oleh orang yang sama.

Makna kata, apa yang pernah dikhabarkan bahawa Tun M cukup tidak senang dengan kehadiran OMO di dalam Petronas sudah menjadi sejarah basi. OMO jugalah yang dipercayai Tun M untuk membantu Mukhriz dalam membangun Kedah. Menurut cerita, cucu seorang ulama’ seperti OMO ini adalah harapan Mukhriz untuk mengekalkan kuasa, malahan meloncatkan diri ke tapak Naib Presiden UMNO.
Kalau mengikut kajian OMO, ianya boleh diusahakan – asal mendapat endorsement oleh Presiden/Timb Presiden UMNO.
Soalnya, sudah sediakah?

Apakah sudah boleh dianggap bersedia kalau banyak keputusan penting masih lagi perlu dibawa bincang ke dalam meeting Council of Advisors. Itu pun ada banyak layer. Bukan 1. Lebih daripada 3.

Bersediakah, jika banyak benda diharap kepada aturan ANSARA dan grup lain?
Bersediakah, jika banyak isu Kedah masih belum selesai?

OMO ini kebal orangnya. Jadi tak perlulah kita bazir masa nak serang dia. Dalam pada kita serang, boss lagi tinggi juga rujuk kepada OMO. Buat penat.
Mungkin Tun M sendiri pun sudah mula mendapatkan khidmat nasihat OMO. Mana tahu. Itu sebab Petronas pun buat banyak keputusan pelik, tetapi tidak pernah ditegur oleh mana-mana pihak pun.

Rujuk laporan:-
MISC took a blow last week when its main shareholder Petronas struck out on  its own to directly procure new-build Liquefied Natural Gas ships, a  role formerly played by MISC, and along with that will not be chartering new ships from MISC.
MISC has always been the sole supplier of LNG ships for Petronas’s LNG business, since Petronas acquired MISC stakes in 1998 and injected Petronas’s owned five Puteri Class LNG ships into MISC, a HLIB Research report noted.
Petronas is retaining MISC to provide project management and technical consultancy services during the construction of the new LNG ships, a position that HLIB’s analyst  Daniel Wong says will likely contribute to lower earnings for MISC.
Ada MISC, tapi Petronas nak beli kapal sendiri secara straight? Ada kumpulan dapat untung? Ada orang makan komisen? Ada orang masyukk raya ni?
Petronas ni sudah jadi macam syarikat sendirian berhad sahaja. Ikut suka depa buat keputusan.
Apa nak jadi di Kedah? Kita tunggulah.
Kalau sudah tidak boleh nasihat, mungkin Tun patut beransur daripada jawatan Petronas. Letak OMO sahaja di jawatan itu. Sama juga hasilnya.

Monday, August 26, 2013

NAJIB: PECAT WAYTHAMOORTHY

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi mendesak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waythamoorthy meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak berpuashati dengan tindakan polis menembak mati 5 penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Bekas Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein juga menyokong kenyataan Zahid.

Pemimpin pembangkang Karpal Singh juga turut mendesak Waythamoorthy meletakkan jawatan.

Ini berikutan kenyataan berikut yang dibuat oleh Waythamoorthy:

KUALA LUMPUR: Deputy Minister in the Prime Minister's Department P. Waythamoorthy has raised doubts on whether the police have really acted out of self-defence when shooting the five gangsters in Penang on Monday.

Waythamoorthy claims he has seen the photos of the shootout victims and it is difficult to believe that there was a shootout that led to their deaths.

“Looking at the photos I do not think anyone with the right frame of mind would believe that there was actually a shoot-out between the police team and the suspects.

“The police appear to be giving a standard answer that they were shot at and they acted in self-defence. But the injuries do not describe a shootout. The photos show they were shot at point blank,” Waythamoorthy said in a statement posted on his Facebook page.

Waythamoorthy also said that it is baffling when the police linked the shootout to ten other murder cases.

“The Inspector General Police's (IGP) statement that they have conducted ballistic tests which linked the weapons to 10 other murder cases is shocking.

“One wonders how such tests could have been carried out at super speed and even if that was possible how it could be linked to 10 previous murders so hastily?” he asked.

Waythamoorthy urged the Attorney General to call for an inquest to determine the cause of death of the five youths.

“Evidences are still fresh and an immediate inquest would dispel the mistrust the community has on police investigating their own alleged misconduct,” he said.

On Monday, a shootout in a service apartment in Sungai Nibong left five men, believed to be 04 gang members, dead.

The men were believed to be members of the notorious Si Lian Kia (04) gang. They were also believed to be involved in the recent spate of shootings in Penang.

The five are J. Gohinath, 31, R. Ramesh, 27, A.Vinuvt, 23, M. Suresh, 25, and M. Gobinath, 21 .

All except M. Gobinath and Vinuvt had previous criminal records. Ramesh was also on the police wanted list.

IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar had said that there five were linked to 10 murder cases and two attempted murder cases in Penang, Kedah and Negri Sembilan.


JELAPANG: Agak melucukan apabila kita membaca komen-komen dari Zahid dan Hishammuddin.

Kenapa perlu Waythamoorthy didesak meletakkan jawatan? 

Kenapa Zahid dan Hishammuddin tidak mendesak Perdana Menteri Najib Razak MEMECAT Wathamorthy dari Kabinet?

Kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri adalah KUASA Perdana Menteri. 

Amat jelas kenyataan Waythamoorthy bertentangan dengan semangat Kabinet.

Dan seharusnya Najib memperlihatkan KETEGASAN beliau dengan MEMECAT Waythamoorthy. 


Thursday, August 22, 2013

SHAHIDAH LETAK ANAK JADI SETIAUSAHA SULIT, TAJUDDIN LETAK MENANTU

Nazri Aziz dikiritik meletakkan anak beliau Nedim sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan.

Kini terdedah pula bahawa Shahidan Kassim meletakkan anak beliau Nur Shafizah sebagai Setiausaha Sulit beliau.

Bukan mereka berdua sahaja meletakkan anak di Kementerian masing-masing. 

Six-million-dollar-man Tajuddin Abdul Rahman pula meletakkan menantu beliau - Firdaus Mufazal Faiz - sebagai Setiausaha Sulit beliau.

Apa kata Najib Razak?

Yang pasti tiada tindakan yang akan diambil kerana Umno kini sedang gagah selepas menang besar di dalam PRU-13 baru-baru ini - pencapaian yang KONONNYA lebih baik dari Abdullah Ahmad Badawi.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/masih-ada-ahli-keluarga-menteri-timbalan-menteri-bekerja-di-kementerian

Tuesday, August 20, 2013

NAJIB HILANG TARING KERANA TAKUT PADA NAZRI?

Laporan Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Desakan agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) semakin kuat dan terbaharu dibuat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Pemimpin KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Mohamed Nazri perlu berbesar hati untuk bertanding agar tidak membebankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau ke jawatan MT.

Katanya, bagaimana UMNO hendak menjadi sebuah parti yang kuat jika panglima-panglima berjawatan menteri pun takut hendak 'bersilat' dalam gelanggang politik sendiri, sebaliknya hanya mengharap lantikan Perdana Menteri.

"Jangan bebankan Presiden parti untuk melantik beliau sebagai Ahli MT disebabkan Mohamed Nazri berjawatan menteri. Beliau perlu bertanding," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zamil mengucapkan tahniah kepada Mohamed Nazri kerana menukar pendirian apabila melantik anaknya, Muhammad Nedim sebagai pegawai khas bagi menjaga kawasan Parlimen Padang Rengas.

Menurutnya, sebagai pegawai khas yang akan menjaga kebajikan pengundi di Padang Rengas, Muhammad Nedim perlu mengumumkan alamat pejabat berserta nombor telefon agar rakyat dapat berhubung dengan mudah.

"Kita harap pelantikan ini bukan sekadar untuk mengaburi mata Perdana Menteri dan rakyat. Jika perkara ini benar, Muhammad Nedim perlulah bermastautin di Padang Rengas sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130820/po_02/Desakan-Nazri-Aziz-tanding-MT-makin-kuat


APA JAWAPAN NAZRI SEBELUM INI:






Dan apa reaksi Najib Razak:

""Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan."
http://www.sinarharian.com.my/nasional/tiada-masalah-menteri-ambil-ahli-keluarga-bekerja-1.192634


JELAPANG: BETAPA LEMAHNYA PERDANA MENTERI MALAYSIA. ISU BEGINI PUN NAJIB TAK BOLEH BERTEGAS!!!

Thursday, August 15, 2013

RAYUAN PADA NAJIB: TARIK BALIK PERLANTIKAN AZEEZ RAHIM

Disiarkan komen dari seorang pelayar siber yang mahukan perlantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ditarik balik oleh Perdana Menteri Najib Razak.

"Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji. Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau. Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian. Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama. kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb. Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. .... on 100 HARI NAJIB: HANYA GURAUAN SENDA MENJADI INGATAN"

Sebelum ini blogger berikut ada menulis mengenai Azeez Rahim. Baca di LINK ini: http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/01/14/be-professional-about-politics-part-ii/

Wednesday, August 14, 2013

100 HARI NAJIB: HANYA GURAUAN SENDA MENJADI INGATAN

 Semalam genaplah 100 HARI Najib Razak diberi mandat untuk mentadbir negara sehingga tahun 2018. Masih tergiang-giang di telinga kita akan pujuk dan rayu beliau untuk rakyat memberi mandat buat pertama kalinya kepada beliau untuk 5 tahun lagi.

Tergiang-giang di telinga kita akan kata-kata beliau bahawa "bayangkan" apa yang akan dapat dilakukan beliau untuk 5 tahun akan datang "selepas melakukan pelbagai perkara sejak 2009".

Setiap rakyat mahu melihat pemimpinnya bersemangat dalam tempoh 100 hari. Dan setiap pemimpin mahukan rakyat KAGUM dengan kesungguhan beliau mentadbir dalam tempoh 100 hari.

Tetapi malangnya, apa yang kita lihat adalah sebaliknya. Dalam tempoh 100 hari ini, kita dihidangkan dengan imej Perdana Menteri yang longlai, ketandusan idea dan hilang arah. Atau dengan kata lain, Perdana Menteri hanya pada nama dan hanya seorang "passenger" (penumpang).

Gambar di atas tersebar meluas di alam siber. Katanya inilah iklan hari raya Najib yang masih belum disiarkan oleh stesen-stesen TV. Ia menjadi senda gurauan di alam siber.
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2013/08/iklan-kompang-pulak.html  
Sebelum PRU-13, Najib, mungkin atas nasihat para penasihat beliau, memakai baju kaum India dan menjadi bahan ketawa rakyat apabila beliau menyarung pakaian kaum tionghua dan memalu gendang, untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Tionghua yang kesudahannya kaum Cina sendiri naik muak dan membuat keputusan menyokong Pakatan Rakyat.

Sepanjang hari raya ini, Najib dipersendakan dengan iklan di atas. Apakah Najib masih tidak dapat membaca mesej dari akar umbi?

Iklan ini hanya menggambarkan betapa orang sudah hilang rasa hormat pada beliau, dihina begitu cara dan kredibiliti di tahap rendah dan kini Najib menjadi bahan gurau senda komuniti siber.

Apakah Najib dan penasihat-penasihat beliau serta pemimpin-pemimpin BN tidak menyedari perkara ini?

Tiada apa yang istimewanya 100 hari pertama dalam mandat pertama Najib sebagai Perdana Menteri.

Hanya yang menarik perhatian kita ialah betapa ramainya ditembak mati saban hari. Semalam peniaga nasi kukus yang berkain pelikat pun ditembak mati. 

Dan kalau mengikut Perdana Menteri, kita kena menunggu sidang Parlimen bulan September nanti untuk melihat satu usaha konkrit untuk menangani isu jenayah. 

Yang jelas sepanjang 100 hari ini, kita tidak lagi melihat Najib, Rosmah Mansor dan para menteri mengangkat jari telunjuk untuk mempromosikan 1MALAYSIA.

Hidup lagi kah semangat 1MALAYSIA?

Bagi kita, 4 tahun pertama Najib sebagai Perdana Menteri adalah 4 tahun yang terbaik yang mampu beliau usahakan. Tidak mungkin 5 tahun yang akan datang akan menjadi 5 tahun yang terbaik dalam karier beliau sebagai Perdana Menteri.

Tetapi malangnya, Perdana Menteri tidak dipilih rakyat. Sebaliknya rakyat diarah memilih beliau sebagai Perdana Menteri. Itulah sebabnya hampir setiap hari kita akan didendangkan dengan kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu untuk memastikan jawatan No 1 dan No 2 tidak dipertandingkan.

Sepanjang 100 hari ini, bukan sahaja Najib longlai, Kabinetnya turut longlai.

Ada di antara Menteri-Menteri Kabinet beliau mem"BISU" dan rakyat sendiri tertanya-tanya apa yang sedang mereka rancangkan untuk negara.

Ada Menteri yang dicop sebagai MENTERI CAP AYAM.

Ada Menteri yang sehingga hari ini masih belum bercakap di Parlimen (Idris Jala mencipta rekod dengan tidak pernah bercakap di Parlimen).

Ini kah KABINET yang akan membawa negara menjadi maju 8 tahun dari sekarang?

100 hari ini, Najib hanya akan diingati dengan gurauan senda. Itu saja kesimpulannya.   

Sunday, August 11, 2013

ZAHID HAMIDI: 266,000 PENJENAYAH DI JALANAN

266,000 PENJENAYAH BERKELIARAN DI SEKELILING KITA?

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahidi Hamidi hari ini mendedahkan bahawa beliau menganggarkan terdapat 266,000 penjenayah yang sedang berada di jalanan sekarang ini.

"Faktor kedua, mereka yang dilepaskan dari tahanan itu mempunyai pengikut tegar. Mengikut perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka sekurang-kurangnya 10 orang, ertinya ada 266,000 orang." - Zahid Hamidi dalam satu termuramah dengan Utusan Malaysia.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130811/re_01/Bersikap-adil-kepada-polis


TIDAK KAH INI SATU SITUASI YANG SERIUS?

Dan apa kah yang Zahid, Polis dan Perdana Menteri mahu lakukan sekarang untuk memastikan rakyat selamat?


Monday, August 5, 2013

KEGHAIRAHAN MELOBI UNTUK CHUA SOI LEK & AZIZ ZAINAL

 Bagi sesetengah orang terutamanya orang politik, jawatan adalah segala-galanya. Bagi orang politik, kalau boleh mereka mahu mati berjawatan. Kalau tidak dilantik Menteri, jadi Pengerusi GLC pun jadi lah. Kalau tidak Pengerusi GLC, jadi penasihat bertaraf Menteri pun OK. Kalau itu pun tak dapat, jadi Duta pun tidak mengapa. Rais Yatim sebagai buktinya - berjawatan Presiden UIA dan Penasihat Kebudayaan Kerajaan bertaraf Menteri.

Dipilih menjadi Duta tidak lah sehebat manapun. Agak kurang glamour sekiranya dipilih menjadi Duta ke Amerika Syarikat, Peranchis dan United Kingdom. Sebabnya - ketiga-tiga tempat ini menjadi destinasi popular orang politik terutamanya bapak-bapak Menteri bercuti.

Bila tiba musim cuti atau summer, Duta-Duta Malaysia di ketiga-tiga negara ini akan sibuk - sibuk memastikan percutian VIP Malaysia ke negara-negara ini berjalan lancar. Duta-Duta ini perlu memastikan kereta cukup, bilik dan laluan VIP tersedia di Lapangan Terbang dan jika diperlukan menemani VIP makan atau isteri VIP "shopping" di kedai-kedai tertentu.

Walaupun agak berat tanggungjawab sebagai Duta, yang penting mereka berjawatan.

Itulah sebabnya kita melihat trend baru dalam negara. Kalau semasa pilihanraya, ramai melobi untuk menjadi calon tetapi selepas pilihanraya, mereka melobi menjadi Pengerusi GLC.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan satu berita di mana 15 bahagian MCA melobi mahu Presiden MCA Chua Soi Lek dikekalkan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Sehari sebelum itu, MCA Kedah juga membuat ketetapan yang sama mahukan Soi Lek kekal Pengerusi PPC.
 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/04/mca-chua-soi-lek.aspx
Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia dan NST digunakan oleh Presiden JMM Azwandin Hamzah untuk melobi jawatan Pengerusi MAS untuk bekas Panglima Angkatan Tentera dan Duta Malaysia ke Peranchis, Abdul Aziz Zainal.
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130803/ko_02/Abdul-Aziz-layak-terajui-MAS---JMM

Begitulah pentingnya jawatan kepada seseorang.

Yang menariknya, kini di Malaysia sudah ADA trend melobi sehingga ke jawatan Pengerusi GLC.

Nampaknya, siang-siang tangan Najib Razak mahu diikat oleh pelobi-pelobi Soi Lek dan Aziz.

Sunday, August 4, 2013

TEGURAN BUAT KETUA POLIS NEGARA

 Setiap kali ada kejadian tembak mati di Amerika Syarikat, akhbar utama di negara kita menyiarkan berita tersebut besar-besaran dan tidak pula kita mendengar Setiausaha Luar Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan menyelar tindakan akhbar Malaysia menyiarkan berita tersebut.

Bagaimana pun kita masih boleh menerima tindakan Menteri Luar Anifah Aman memprotes tindakan sebuah akhbar di Singapura, New Paper, menyiarkan berita mengenai betapa murahnya nyawa di Malaysia dan betapa mahalnya untuk rakyat kita untuk memastikan umur mereka panjang. Mungkin niat Anifah ialah untuk mempertahankan imej negara dan menyakinkan pelabur asing dan pelancong bahawa Malaysia masih selamat walaupun hampir SETIAP HARI akan ada orang yang kena tembak.     
 Tetapi kita tidak faham apabila Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar turut serta membuat membuat kenyataan mengkritik New Paper.

Sepatutnya yang kena kritik ialah Khalid bukannya New Paper. Sejak dilantik sebagai Ketua Polis Negara Mei lalu, rakyat mahukan beliau memastikan keselamatan negara bertambah baik. Malangnya, sehingga hari ini, kita sendiri tidak tahu apa yang dilakukan Khalid untuk memastikan rakyat selamat ketika "berhenti di lampu isyarat". 
 Dua guru ditembak mati. Ahli perniagaan di tembak mati. Warga emas berusia 75 tahun pun ditembak mati di depan isteri beliau. Di Malaysia, tidak ada akhbar dan tidak akan ada Pengarang akhbar yang berani menulis sepertimana New Paper menulis.
Tindakan Khalid mengkritik New Paper dan tindakan Anifah memprotes laporan New Paper tidak membawa apa-apa makna kepada orangramai. Kritikan yang dibuat oleh Khalid dan Anifah tidak akan mengubah kebimbangan rakyat terhadap keselamatan negara.

Tidak perlu lah pihak Polis hendak menyalahkan akhbar atau memesong perhatian rakyat kononnya suasana keselamatan hari ini juga disebabkan tiada  lagi ISA dan tiada lagi EO.

Kita masih lagi menunggu apa hasil siasatan polis kepada kes pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam yang ditembak di lampu isyarat yang lokasinya tidak sampai 1 km dari Pejabat Perdana Menteri.

Tidak kah Khalid sebagai Ketua Polis Negara merasa malu kepada rakyat bahawa sehingga hari ini seluruh  Jabatan Polis masih gagal menyelesaikan kes ini? Apakah begitu rendahnya kualiti siasatan Polis hari ini?

Di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala yang selama ini menyifatkan kes jenayah hanya persepsi?

Sekiranya kita sebagai Ketua Polis Negara dan Idris, kita akan merasa malu untuk menghadap Perdana Menteri apabila hampir setiap hari ada kes tembak.

Kita akan malu kepada rakyat kerana kita gagal memastikan keselamatan negara terjamin sehingga orang asing takut untuk melawat negara kita.

Apatah lagi rakyat biasa - sehinggakan kita sendiri sekarang ini takut untuk berhenti dilampu isyarat kerana bimbang penembak tersilap orang - tertembak pelanduk dua serupa.

Kita rakyat biasa - bukan nya VIP atau Menteri yang sentiasa dilindungi "bodyguard bersenjata".   Oleh itu kita berhak bertanya kepada Khalid, apa yang hendak dilakukan beliau untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa negara kita selamat.