Jelapang bersahur di Kuala Perlis malam tadi bersama beberapa peminat politik Perlis. Tidak memeranjatkan apabila topik perbualan hanya berkisar kepada "kenapa Menteri Besar Perlis yang baru Azlan Man tidak dilantik Pengerusi Perhubungan Umno Perlis".
Sebaliknya bekas Menteri Besar Shahidan Kassim menjadi pilihan Najib Razak.
Rupanya walaupun Perlis hanya sebuah negeri kecil - hanya ada 3 Bahagian Umno saja - ragam politiknya mengalahkan politik di negeri-negeri lebih besar seperti Selangor dan Terengganu.
Kata mereka, kalau negeri-negeri lain Pengerusi Perhubungannya adalah Menteri Besar, Najib memilih untuk membuat keputusan yang lain dari yang lain.
Rupa-rupanya bermacam-macam cerita sensasi di Perlis. Katanya, ada pemimpin Umno Perlis yang mahu membina empayar di Indera Kayangan.
Selepas menjadi Menteri Besar selama 13 tahun, pemimpin ini, kata mereka, mahukan adiknya pula dilantik sebagai Menteri Besar.
Oleh itu Najib mengambil jalan mudah dan malas berfikir. Untuk menyelamatkan diri beliau semasa pemilihan Umno hujung tahun ini, Najib melantik Shahidan sebagai Pengerusi Perhubungan. Oleh itu selamat lah Najib. Shahidan akan memastikan 3 bahagian di Perlis memberi undi kepada Najib dan kekallah Najib sebagai PM.
Dulu, kata mereka, Menteri Besar Mohd Isa Sabu menjadi mangsa politik Perlis. Muak dengan perebutan kuasa di Perlis, Isa mengambil keputusan untuk meninggalkan jawatan Menteri Besar dan enggan dicalonkan semula semasa PRU-13.
Mereka juga berkata, kalau nak jawatan di dalam Umno, GLC dan Kabinet, kita tak perlu ada pendidikan atau berlatarbelakang yang baik. Kita hanya perlu "UGUT PM" dan dapatlah jawatan di dalam Kabinet, Umno dan GLC seperti mana pemimpin Perlis ini.
Itu kata peminat politik di Perlis.
Selepas Aidilfitri nanti, Jelapang akan ke Kuala Perlis sekali lagi untuk menjamu selera ikan bakar di Restoran Diana di Kuala Perlis dengan rakan-rakan politik ini untuk mendengar cerita baru politik Umno Perlis.
Mana lah tahu, ada lagi cerita sensasi yang nak dibawa oleh rakan-rakan politik kita ini.
Berikut senarai Ketua Perhubungan UMNO dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO yang diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti tempoh hari:
Perlis:
Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan - Wan Azlan Man
Kedah:
Pengerusi - Datuk Mukhriz Mahathir
Timbalan - Datuk Ahmad Bashah Hanipah
Kelantan:
Pengerusi - Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan - Datuk Dr. Awang Adek Hussain
Terengganu:
Pengerusi - Datuk Ahmad Said
Timbalan - Datuk Seri Idris Jusoh
Pulau Pinang:
Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Othman
Timbalan - Datuk Dr. Hilmi Yahaya
Perak:
Pengerusi - Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Pahang:
Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan - Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
Selangor:
Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar
Timbalan - Datuk Abdul Shukor Idrus
Wilayah Persekutuan:
Pengerusi - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Negeri Sembilan:
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hassan
Timbalan - Datuk Seri Shaziman Mansor
Melaka:
Pengerusi - Datuk Idris Haron
Timbalan - Datuk Ahmad Hamzah
Johor:
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin
Timbalan - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
Sabah:
Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman
Timbalan - Datuk Salleh Tun Said Keruak
Wednesday, July 31, 2013
Tuesday, July 30, 2013
GILIRAN ZAM MENGKRITIK NAJIB
Semalam pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di siang hari di tempat letak kereta di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur. Bagaimanapun isteri beliau cedera di tangan terkena tembakan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/30/mstar_berita/20130729183624&sec=mstar_berita
Dan ini komen bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin (ZAM) menerusi blog beliau mengenai kejadian ini.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/30/mstar_berita/20130729183624&sec=mstar_berita
Dan ini komen bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin (ZAM) menerusi blog beliau mengenai kejadian ini.
TAHNIAH NAJIB: BLUE OCEAN MENJADI STORMY OCEAN
KEJAYAAN BESAR HAPUKAN ISA/EO
APABILA BANGUN SAHUR PAGI INI DAN
MEMBACA BERITA SMS DARI THE STAR
MENGENAI PENGASAS BANK ARAB MALAYSIA- AM
BANK BERHAD, HUSSAIN AHMAD NAJADI
DI TEMBAK MATI DI JALAN CEYLON KUALA
LUMPUR SEMALAM( 29 JULAI) MAKA KEJUTANNYA
SERTA MERTA MENDORONGKAN SAYA UNTUK
UCAPKAN TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI
MALAYSIA DATUK SERI NAJIB KERANA SEMAKIN
BESAR KEJAYAANNYA DALAM MENGHAPUSKAN
ISA/ EO.
INILAH JUGA KEJAYAAN BLUE OCEAN ATAU DALAM
BAHASA MELAYUNYA STRATEJI LAUTAN BIRU(SLB)
YANG DIGUKANAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
SEBAGAI BAHAN RUJUKAN DAN PANDUAN UNTUK
MENGATASI SEGALA MASAALAH NEGARA DENGAN
BAYARAN BERJUTA RINGGIT KEPADA
PANASIHAT -PENASIHATNYA.
HASRAT NAJIB UNTUK MENJADI SELEBRITI DUNIA
SEBAGAI JUARA PEMBEBASAN DAN HAK ASASI
MANUSIA TELAH MENGHAPUSKAN KEBEBASAN
RAKYAT SENDIRI YANG SEKARANG BERADA DALAM
KEBIMBANGAN DAN KETAKUTAN SETIAP HARI
DISAMPING KEYAKINAN DUNIA SEMAKIN TERHAKIS.
RAKYAT SEMAKIN MARAH KERANA MELIHAT USAHA
RAKYAT SEMAKIN MARAH KERANA MELIHAT USAHA
UNTUK MENGATASI KESILAPAN SENDIRI YANG
DIAKUI DENGAN MAHU MENGADAKAN
UNDANG-UNDANG BARU BERLAKU SAMBIL LEWA,
ACUH TAK ACUH, BERJALAN MACAM KURA KURA.
TIDAK MEMPERLIHATKAN SENSE OF URGENCY.
RAKYAT TIDAK LAGI MEMPERSOALKAN APA JUGA
RAKYAT TIDAK LAGI MEMPERSOALKAN APA JUGA
YANG MENYEBABKAN HUSSAIN AHMAD NAJADI
75 TAHUN DITEMBAK MATI TETAPI RAKYAT
MEMPERSOALKAN ADAKAH INI HARGA YANG
HARUS MEREKA BAYAR UNTUK MALAYSIA
MENJADI JUARA HAK ASASI DUNIA.
SEPERTI KATA ANAK HUSSAIN, PASCAL YANG
SEPERTI KATA ANAK HUSSAIN, PASCAL YANG
DIHUBUNGI STAR DI MOSCOW BAPA NYA YANG
DILAHIRKAN DI BAHARIN MEMILEH UNTUK MENETAP
DI MALAYSIA KERANA NEGARA INI SELAMAT.
TETAPI KATANYA SEKARANG " IS NOT MALAYSIA MY
TETAPI KATANYA SEKARANG " IS NOT MALAYSIA MY
FATHER KNEW AND LOVED AND THE WHOLE WORLD
WILL BE WATCHING TO SEE HOW THE AUTHORITIES
HANDLE THIS CASE"
TULISAN SAYA INI BOLEH DIANGGAP SEBAGAI CURAHAN
TULISAN SAYA INI BOLEH DIANGGAP SEBAGAI CURAHAN
PERASAAN SENTIMEN TETAPI SENTIMEN AKAN MENJADI
PERSEPSI DAN PERSEPSI MENJADI OPINION. MASA DEPAN
NAJIB SEDANG DICANTAS SETIAP HARI OLEH
PENJENAYAH.
JELAPANG: Kini kita mempunyai Menteri Dalam Negeri
yang baru, Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua Polis
Negara yang baru, Khalid Abu Bakar.
Kalau dulu kita mengkritik Hishammuddin Hussein
sebagai Menteri Amaran dan Ketua Polis Negara Ismail
Omar hanya layak dilantik menjadi Pengarah Jabatan
Kerajaan, kini kita masih menunggu perubahan yang
akan dibawa oleh Zahid dan Khalid dalam memastikan
keselamatan awam terjamin.
Menyogok rakyat dengan statistik yang kononnya kadar
jenayah telah berkurangan dan tindakan media massa
tidak membesarkan kejadian jenayah adalah satu
tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Rakyat mahu tahu apakah yang mahu dilakukan oleh
Najib Razak, Zahid dan Khalid untuk mengembalikan
keyakinan rakyat bahawa kita selamat ke sana ke sini
di negara sendiri.
Rakyat mahu tahu bagaimana begitu ramai penjenayah
kini bersenjatakan pistol?
Kita mahukan jawapan.
Monday, July 29, 2013
DR MAHATHIR: ADA ORANG CADANGKAN NAJIB DILANGGAR
Tun Dr Mahathir Mohamad: “Saya
di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan melayu yang mengadu mereka tidak
selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantara nya mencadang
kan DS Najib di langgar”.
Ini adalah petikan dari blog The Chulan.
Artikel penuh di bawah:
Ini adalah petikan dari blog The Chulan.
Artikel penuh di bawah:
“Kalau
Pemimpin Bersin Pun Ahli UMNO Akan Tepuk Tangan”- Mahathir
Ungkapan
kata ini diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO dalam
satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet semalam (26/7/2013) di pejabat nya.
“Mereka
akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin
UMNO walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti” tambah nya.
“Ahli
UMNO sudah tidak berkualiti lagi,apa tidak nya jika ramai orang yang berpendidikan
tinggi dan berpelajaran dihalang masuk kedalam UMNO” kata nya.
“Jika
ketua bahagian itu guru besar misal nya dia akan cuba halang orang yang
kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam
bahagian nya, jika orang itu guru biasa baru lah di luluskan, begitu seterus
nya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk ,
lama lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi
menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semua nya tidak berkelayakan”
“Orang
orang yang dihalang masuk ini akan kemudian nya masuk kedalam parti
lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebab nya retired general,
pensyarah semua masuk kedalam parti lawan” ujar nya.
“Dulu
waktu saya jadi Presiden MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi , isu
Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan
yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu menghantar wakil
memujuk Musa”
“Kerosakan
UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib
gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.
“Akibat
perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan
kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun
berlaku sekarang”.
“Lihat
sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada
desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan
ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”
“DS
Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO
sudah tidak bagus lagi”
1Malayisa
tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina
ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud
tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”
“Keadaan
bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan
sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”
“Pemuda
UMNO sekarang tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana
Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada
penentu kuasa orang melayu.
“Nak
kira 700 undi pun makan masa 8 jam” kata nya lagi.
“Kita
kini dalam keadaan yang cukup bahaya” jelas Tun Mahathir.
“Saya
di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan melayu yang mengadu mereka tidak
selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantara nya mencadang
kan DS Najib di langgar”.
Tun
Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasa kan melayu
tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak
menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan
istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.
Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.
Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.
Tentu
sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan
keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti
selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.
Tun
Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama
mereka , tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang melayu.
Kini
GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan melayu,
sedang itu sahaja yang melayu ada.
“Ada
kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir.
“orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan
melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat
kepada orang melayu.
Tun
juga memberi contoh antara institiusi milik bukan orang melayu dan apa yang
dibuka oleh orang melayu untuk bukan melayu sebagai contoh.
“Orang
Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar
dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan
mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib” kata Tun lagi.
“BR1M
akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan
pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat
memberi nya” kata Tun lagi.
“Saya
Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada
cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan
sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi”
kata Tun.
“Himpunan
besar besaran tidak menentukan sokongan orang cina ujar nya.
Akhir
sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika
mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”.
Dalam
sesi dailog ini nama nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh
Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitive maka tidak perlu di
perjelas kan di sini.
KelabCheDet
juga telah ditaklimat oleh Tun tentang hal hal keselamatan
negara dan kedudukan politik individu UMNO serta pendapat nya berkenaan tokoh
tokoh tertentu.
Pertemuan
di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pasti nya NGO seperti
KCD akan berusha keras untuk merealisasikan nya demi kepentingan Alif Ba Ta.
Sunday, July 28, 2013
SANJEEVAN PERNAH DIUGUT?
Artikel ini disiarkan oleh sebuah laman web www.malaysiancrimewatch.com pada 29 Januari 2013
January 29, 2013-8:30 AM
MyWatch chief: Cop threatened to shoot me
PETALING JAYA: A policeman from the Jelebu police headquarters allegedly threatened to shoot the chairman of anti-crime watchdog MyWatch early this morning, minutes after he informed Bukit Aman of illegal gambling outlets operating in the area.
R Sri Sanjeevan told FMT he had been staking out the illegal gambling outlets in Simpang Pertang alone, waiting for the district police to act on his tip off, when he received a threatening call at 3.43am from a Malay man.
According to Sanjeevan’s police report, the man had demanded in Malay: “who are you, are you drunk, why did you call Bukit Aman, do you think we don’t know what we are doing? I want you to leave that area or I will go there and arrest you or shoot you.”
When Sanjeevan asked who the man was, he allegedly replied: “I am a police officer from IPD Jelebu! If you have the guts, come to IPD Jelebu now!”
Sanjeevan said he immediately called Bukit Aman and was told that the information would be passed on to the Negeri Sembilan contingent police headquarters.
But no response came and Sanjeevan lodged a police report at 4.55am at the Jelebu district police headquarters over the matter.
“The investigating officer confirmed that the number [from the death threat] belongs to IPD Jelebu,” Sanjeevan told FMT.
“So they are narrowing it down and will charge the perpetrator for criminal intimidation. I doubt the case will stick, but the public needs to know that police give death threats as well.”
Sanjeevan said he was certain the man who issued the death threat was a police officer intent on protecting the illegal gambling outlets there, which he said had been operating for two years.
“It was just a four minute difference [from when I informed the police about the outlets]. Within four minutes, I get a threatening call.So who do you think it is?”
Police protecting illegal gambling outlets
Sanjeevan explained that he had gone undercover at 2.50am as a customer of the outlets based on information he received from a source.
“I have been getting complaints too often [over the illegal gambling outlets and] have relayed it to police but they failed so I went down personally,” he told FMT.
“Too many families getting ruined because of this gambling here and too many fights here too,” he said
But Sanjeevan said that despite calling Bukit Aman and the Negeri Sembilan police contingent headquarters multiple times as he staked out the area for over an hour, all he received in return was a death threat.
“I called Bukit Aman first because I thought if the order comes from there, they would act faster. From there, the order would go to the Contingent Control Centre, then to the District Control Centre,” explained Sanjeevan.
But just as he was about to leave the area at 4.15 am to lodge a report over the death threat, he said he spotted three policemen at the entrance of the illegal gambling outlets, smoking and speaking to the staff there.
“They didn’t bother to act or arrest anyone there. I noticed [a] total [of] 15 shops operating as illegal gambling outlets entrance at the back lane,” Sanjeevan had written in his police report.
He told FMT that there was no reason for the police to hesitate in raiding the area or even wait to gather further information as the outlets were clearly operating illegally.
“I urge the Inspector-General of Police Ismail Omar to investigate this matter and I strongly believe officers in IPD Jelebu are protecting the illegal gambling outlets here by not taking action against them,” he said.
PENGERUSI MYWATCH DITEMBAK, MUSA HASSAN SYAK MUNGKIN BERKAITAN HASRAT DEDAH PEMBABITAN POLIS DALAM JENAYAH
Pengerusi MyWatch parah ditembak
JEMPOL 27 Julai - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R. Sri Sanjeevan cedera parah akibat ditembak seorang daripada dua lelaki bermotosikal di pekan Bahau dekat sini petang ini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya berhenti di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka di sini.
Katanya, setibanya di situ, mangsa kebetulan membuka cermin tingkap keretanya sebelum muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan.
"Tembakan itu menembusi tangan kanan mangsa sehingga ke perutnya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa memecut kenderaannya dan berhenti kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
"Rakan mangsa kemudian memandu kereta itu ke Hospital Jempol sejauh 15 kilometer untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah beliau, mangsa kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
"Buat masa ini keadaan mangsa dilaporkan stabil dan rakan mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu," jelasnya.
Menurut beliau, pihak polis kini sedang menyiasat motif kejadian dan sedang mengenal pasti suspek.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130728/je_02/Pengerusi-MyWatch-parah-ditembak#ixzz2aIFLzPiZ
KATA BEKAS KETUA POLIS NEGARA MUSA HASSAN:
Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.
"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.
Saturday, July 27, 2013
PERTEMUAN PENUH EMOSI NAJIB DAN PERKASA
Sebelum PRU-13, Najib Razak mengadakan beberapa pertemuan yang pada hemat beliau amat penting untuk IMEJ dan POLITIK beliau sebagai Perdana Menteri. Antaranya bertemu POPE JOHN PAUL di Vatican.
Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Persatuan DONG ZONG serta mengadakan pertemuan dengan pimpinan Dong Zong di Putrajaya.
Menandatangani persefahaman dengan kumpulan India HINDRAF di mana ianya berakhir dengan perlantikan pemimpin Hindraf di dalam Kabinet beliau.
Mengadakan pertemuan dengan barisan PADERI KRISTIAN MALAYSIA. Yang menjadi tandatanya ialah bilakah Najib akan menjemput NGO Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), ke Putrajaya untuk berbincang?
Tersebar berita kononnya Najib tidak berhajat untuk bertemu Perkasa kerana TAKUT imej beliau terjejas kerana NGO tersebut dilabel sebagai rasis oleh musuh-musuhnya.
PRU-13 berakhir dan prestasi Najib lebih teruk dari Abdullah Ahmad Badawi yang diasak untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.
Akhirnya Najib mengambil keputusan BERTEMU dengan Perkasa yang dipimpin oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali gara-gara tersiar gambar pertemuan Dr Mahathir Mohamad dengan barisan pimpinan Perkasa pada 18 Julai yang lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130718/dn_06/Jangan-gubal-sesuka-hati---Dr.-M
Selepas pertemuan tersebut, Dr Mahathir berkata: "pertemuan tertutup ini lebih kepada luahan rasa tidak puashati pertubuhan itu terhadap beberapa isu kebelakangan ini".
Dan Dr Mahathir mengkritik Najib kerana mengubah undang-undang sewenang-wenangnya sehingga menimbulkan masalah kepada negara.
Mungkin Najib mengetahui lebih banyak mengenai apa yang dibincangkan di antara Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali dan ahli Jawatankuasa Perkasa semasa pertemuan tersebut sehingga beliau mengambil keputusan bertemu pula dengan Perkasa.
Menariknya pertemuan dengan Perkasa ini nampaknya tidak diadakan di dalam suasana yang sama sepertimana pertemuan dengan Pope John Paul, Hindraf, Dong Zong dan Kumpulan Kristian.
Walaupun berita pertemuan di antara Perkasa dan Najib disiarkan umpama berita kaki oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu, yang pasti Najib PANAS TELINGA semasa pertemuan tersebut.
Ini kata Ibrahim selepas pertemuan tersebut: "Pertemuan tersebut diadakan dalam suasana yang sangat EMOSI" dan "pertemuan ini berlangsung dalam suasana PANAS SEJUK kerana kami memberikan pandangan sebagai pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu manakala Perdana Menteri memberikan pendapatnya sebagai Ketua Negara."
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130725/po_02/Perkasa-suara-kebimbangan-kepada-PM
Adakah ini saat-saat akhir Najib sebagai Perdana Menteri?
Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Persatuan DONG ZONG serta mengadakan pertemuan dengan pimpinan Dong Zong di Putrajaya.
Menandatangani persefahaman dengan kumpulan India HINDRAF di mana ianya berakhir dengan perlantikan pemimpin Hindraf di dalam Kabinet beliau.
Mengadakan pertemuan dengan barisan PADERI KRISTIAN MALAYSIA. Yang menjadi tandatanya ialah bilakah Najib akan menjemput NGO Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), ke Putrajaya untuk berbincang?
Tersebar berita kononnya Najib tidak berhajat untuk bertemu Perkasa kerana TAKUT imej beliau terjejas kerana NGO tersebut dilabel sebagai rasis oleh musuh-musuhnya.
PRU-13 berakhir dan prestasi Najib lebih teruk dari Abdullah Ahmad Badawi yang diasak untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.
Akhirnya Najib mengambil keputusan BERTEMU dengan Perkasa yang dipimpin oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali gara-gara tersiar gambar pertemuan Dr Mahathir Mohamad dengan barisan pimpinan Perkasa pada 18 Julai yang lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130718/dn_06/Jangan-gubal-sesuka-hati---Dr.-M
Selepas pertemuan tersebut, Dr Mahathir berkata: "pertemuan tertutup ini lebih kepada luahan rasa tidak puashati pertubuhan itu terhadap beberapa isu kebelakangan ini".
Dan Dr Mahathir mengkritik Najib kerana mengubah undang-undang sewenang-wenangnya sehingga menimbulkan masalah kepada negara.
Mungkin Najib mengetahui lebih banyak mengenai apa yang dibincangkan di antara Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali dan ahli Jawatankuasa Perkasa semasa pertemuan tersebut sehingga beliau mengambil keputusan bertemu pula dengan Perkasa.
Menariknya pertemuan dengan Perkasa ini nampaknya tidak diadakan di dalam suasana yang sama sepertimana pertemuan dengan Pope John Paul, Hindraf, Dong Zong dan Kumpulan Kristian.
Walaupun berita pertemuan di antara Perkasa dan Najib disiarkan umpama berita kaki oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu, yang pasti Najib PANAS TELINGA semasa pertemuan tersebut.
Ini kata Ibrahim selepas pertemuan tersebut: "Pertemuan tersebut diadakan dalam suasana yang sangat EMOSI" dan "pertemuan ini berlangsung dalam suasana PANAS SEJUK kerana kami memberikan pandangan sebagai pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu manakala Perdana Menteri memberikan pendapatnya sebagai Ketua Negara."
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130725/po_02/Perkasa-suara-kebimbangan-kepada-PM
Adakah ini saat-saat akhir Najib sebagai Perdana Menteri?
Subscribe to:
Posts (Atom)