
"Pada keseluruhannya kaum Tionghoa memang beriktizam untuk menuntut keadilan atas beberapa keadilan misalnya dari segi peluang ekonomi. Saya faham , memang ramai pihak cakap kaum Cina sudah dapat sekian banyak peratusan daripada hasil ekonomi negara, tetapi perlu diingat bahawa peratusan yang dimaksudkan itu sebenarnya tertumpu kepada golongan yang tertentu khasnya mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tertentu. Bukannya peniaga kecil. Kalaulah kita cuma menganalisakan soal peratusan sahaja agak tercicir kerana apa yang rakyat mahu adalah peluang." - Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA.
http://www.sinarharian.com.my/politik/tee-keat-sokongan-cina-tenat-1.22732
Kenyataan ini dibuat oleh Ong Tee Keat dalam satu temuramah yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini.
Sekurang-kurangnya, Tee Keat berterus-terang mengenai isihati pengundi Cina terhadap kerajaan. Apa yang hendak disampaikan oleh Tee Keat ialah pengundi Cina pada PRU kali ini tidak akan menyokong MCA dan Kerajaan dan seperti kata beliau SOKONGAN KAUM CINA TERHADAP BN KINI TENAT.
Kita juga bersetuju dengan pandangan Tee Keat bahawa ramai kaum Cina yang tidak puashati dengan pembahagian ekonomi negara.
Rasanya, apa yang dimaksudkan oleh Tee Keat ialah Cina yang kaya akan terus kaya dan bertambah kaya dan Cina yang miskin, akan terus papa kedana dan tidak terbela.
Apa tidaknya, Perdana Menteri saling bertukar, towkay Cina yang sama juga menjadi pilihan. Tiada nama jutawan Cina baru yang timbul. Mungkin inilah yang menjadi kemarahan pengundi Cina.
No comments:
Post a Comment