"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" - Shahrizat Jalil.
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/isu-projek-lembu-nfc-shahrizat-lontar-bom-pada-ketua-wanita-pkr.html
Kita kagum dengan kecekalan Ketua Wanita Umno dalam mengharungi krisis paling getir dalam karier politik beliau.
Selang beberapa jam selepas Shahrizat "melontar bom" (istilah yang digunakan oleh portal berita Agenda Daily), PKR melontar cabaran kepada Shahrizat dengan membuat pendedahan baru bahawa NFC menggunakan RM5 juta untuk membeli sebuah kereta Mercedes, tanah di Putrajaya dan perbelanjaan bercuti di Bandung, Phuket dan beberapa tempat lain.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nfc-spent-rm5m-on-mercedes-putrajaya-land-and-holidays-pkr-claims/
Nampaknya tiada kesudahan isu Shahrizat dan Feedlot ini.
Kita perlu kagum dengan semangat setiakawan di dalam Umno walaupun isu lembu dan kondo Feedlot ini sukar untuk kita pertahankan.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil untuk mempertahankan Shahrizat kerana kata beliau Shahrizat adalah "kakak sulung kita dan sentiasa ke hadapan mempertahankan Umno".
Khairy mengambil risiko mempertahankan Shahrizat walaupun ditohmah dengan teruk kerana pendirian ini sehinggakan ada yang menuduh Khairy mendapat habuan dari projek ini.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/umno-youth-told-to-defend-shahrizat-in-nfc-scandal/
Kita berharap Shahrizat tidak lupa akan jasa Khairy ini.
Dalam Umno, lupa jasa perkara biasa. Shahrizat pasti ingat bahawa dahulu selepas Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, ramai Menteri dan pemimpin Umno yang mencemuh Khairy.
Kita berharap di masa hadapan, apabila Ketua Pemuda Umno pula diserang pembangkang, Shahrizat akan bangun mempertahankan Khairy seperti mana Khairy mempertahankan beliau dalam isu lembu ini.
Tetapi berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, iannya tidak begitu.
Dulu, apabila Pak Lah berkuasa, ramai Menteri-Menteri menyanjung dan memuji Khairy Jamaluddin. Apabila Pak Lah pergi, Menteri-Menteri yang sama mengeji Khairy. Shahrizat tahu siapa mereka ini.
Kita semua dah masak dengan kehidupan dalam parti. Bagaimanapun, kita ingin mengingatkan Shahrizat, berpolitik biarlah berpolitik secara bermaruah.
Kita tak akan ke mana kalau kita berseorangan mengangkat kain menyingsing lengan menyerang pembangkang.
Seperkara lagi, lebih baik Shahrizat dan ahli keluarga beliau menangkis setiap serangan pembangkang ini demi kebaikan Umno dan BN.
Menangkis bukan bermaksud menyerang pembangkang. Menangkis bermaksud menangkis tuduhan pembangkang sehingga ianya menyakinkan pengundi bahawa apa yang dilakukan oleh suami dan anak-anak beliau bukanlah satu penyelewengan.
Tidak adil sekiranya kerana isu ini, Umno dan BN merana kerananya.
Time to move on from the minimum wage debate
36 minutes ago
4 comments:
salam tuan, saya ikut beberapa artikel tuan tentang isu ini dan saya suka pandangan tuan. Hanya saja semua berpendirian sama ...
Balek-balek Sharizat berlindung dibelakang tiket Wanita UMNO dan bukan atas tiket PERIBADINYA sebagai ahli keluarga NFC. Rata-rata dalam dewan perwakilan Wanita UMNO bersungut dan mengata Sharizat, pacak jurubahas yang ada kepentingan politik dan ekonomi yang dipilih untuk berucap di khalayak ramai dan kebanyakannya KRONI Shahrizat yang dah dicucuk hidung macam lembunya supyaya tidak menghentam Sharizat berkenaan lembu dan kondonya. Kebanyaknya muka2 yang boleh dibeli oleh Sharizat dan berlatar belakang usahwan dan sangat capitalis dan materialis dan tidak ada pun semangat nasionalis. Maka mesyuarat perwakilan wanita jadi hambar dan BORING buat semangat perwakilan wanita yang lain yang begitu serious mahu menangani masaalah lembu Sharizat dibuka untuk dibahas oleh perwakilan wanita2 UMNO yang tulen yang bukan ampuizum dan membodek kejelitaan anak mami yang bertaraf bollywoood yang giler glamor tu ..malangnya tidak diberi peluang oleh Sharizat dan KRONI2nya untuk berucap. Sharizat takut dibantai oleh hardcore2 wanita umno yang outspoken dan radikal untuk membersihkan nama wanita umno yang dah terpalit dengan TAIK LEMBU SHARIZAT. Tapi apakan daya Sharizat telah sekat mana2 perwakilan wanita untuk membahas mengenai isu rakyat iaitu LEMBU NFC. Shahrizat dengan KRONI EXCONYA SYOK SENDIRI...tidak ambil kira tentang akibatnya bila Sharizat merapu-rapu tanpa menjelas cerita sebenar yang berlaku dalam NFC. Wanita UMNO mahu tahu cerita sebenar sahaja iya ke tidak NFC belanja duit rakyat macam duit bapak dia. Jawab saja lah dan tak payah melenting-lenting. Prestasi Sharizat makin menurun bila taraf dia jatuh bila berhujah macam mak cik kampung dan terlalu emosional dan personal bukan professional. KAMI WANITA UMNO YANG TULEN MAHUKAN SHARIZAT LETAK JAWATAN. Nohta!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Balek-balek Sharizat berslindung dibelakang Wanita UMNO dan bukan diatas tiket peribadinya untuk membela lembu keluarganya. Rata-rata perwakilan wanita UMNO bersungut dan mengata Sharizat telah sekat perwakilan yang serious mahu MEMBAHAS ISU LEMBU NFC tetapi tidak diberi peluang olih Sharizat dan Kroni2 Exconya untuk bersuara ...ini macam arahan KUNCI MULUT aje. Persidangan apa namanya ni ...ini persidangan lembu-LEMBU cucuk hidung kerana takut suara2 perwakilan menyaurakan fakta yang berlaku dalam NFC maka persidangan wanita umno jadi hambar TIDAK BERMAYA BORING DAN ampu bodek MACAM PUPPET ON THE STRING. Semua yang membahaskan usul wanita semalam adalah KRONI2 Shahrizat yang dah dibeli olih dia mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang langsong tidak menyentuh isu LEMBU Sharizat. Maka Sharizat dengan KRONI2NYA SYOK SENDIRI dan persidangan Wanita tidak mencapai matalamat. Ramai perwakilan wanita UMNO yang HARDCORE, RADICAL dan TULEN yang tak pandai mengampu, atau berpura-pura ke....... malangnya tidak diberi peluang untuk membahaskan isu lembu NFC. Kebanyakan perwakilan wanita yang membahaskan usul adalah KRONI2 Sahrizat yang berlatar belakang usahwan yang capitalis, materialis dan tiada semangat nasionalis banyak mengampu dan membodek kejelitaan anak mami ni yang bertaraf bollywood. Shahrizat dan KRONI2 Exconya tidak memberi peluang kepada perwakilan2 wanita UMNO yang TULEN yang tak pandai mengampu dan yang serious mahu membahas isu2 lembu dan kondo. Kerana perwakilan mahu penjelasan dari Sharizat hal sebenar NFC bukan nak melihat Sharizat melenting, menyinsing lengan dan kroni2nya melompat lompat menyokong macam kera kena belacan. Sangat memalukan sikap Sharizat yang terlalu emosional dan personal..... langsong tak nampak sikap professional menangani isu lembunya..cara Sharizat menjawab macam lagak MAK CIK KAMPONG dan jatuh taraf dia selaku Ketua Wanita yang professional. MAKA KAMI WANITA UMNO YANG TULEN MAHU SHARIZAT LETAK JAWATAN. Nohta!!!!!
Apa kena Najib dan Hishamudin ni suroh polis lepaskan NFC dari siasatan korapsi ketika UMNO sedang bersidahng hari ini membahaskan ucapan dasar presiden...dimana banyak perwakilan UMNO yang tak sukakan isu penyelewengan keluarga Sharizat yang TERANG2 kita nampak melakukan melalui media. Apa dah jadi ni...macam ada tak kena aje! Hai susahlah macam ni UMNO nak turun berjuang buat lemah semangat jer sebab semua pucuk pemimpin UMNO nampoknya menyokong kuat perkara yang tak betul...agak2nya semua pimpin dan menteri umno memang sukakan pemimpin yang berkurap...LANTOKLAH RASAKAN PADANYA NANTI!!!!.....yang sayangkan UMNO.
Post a Comment