Agak lama Jelapang tidak menulis kerana menyahut lambaian Kaabah.
Selama berada di Tanah Suci, berkesempatan juga memerhatikan tingkah laku jemaah haji Malaysia.
Rupa-rupanya jemaah kita, walaupun berada 7,000km dari tanahair, tidak ketinggalan mengikuti perkembangan politik negara walaupun khusyuk menunaikan ibadah haji.
Cerita Shahrizat Jalil, Lembu, Condo, 1Menerung dan Feedlot merupakan topik paling popular di Mekah dan Madinah. Begitulah canggihnya jemaah Malaysia terutamanya mereka yang berbekal Blackberry dan Ipad.
Kata jemaah haji yang juga penyokong Umno, jalan penyelesaian kepada isu ini mudah saja - Shahrizat perlu meletakkan jawatan demi parti.
Kata penyokong pembangkang, Shahrizat adalah simbol salahguna kuasa dan rasuah pemimpin Umno yang mentadbir negara selama ini. Kalau pemimpin pembangkang yang melakukan penyelewengan ini, dah beribu kali pejabat dan rumah mereka diserbu SPRM dan polis.
Kedua-dua pandangan ini ada kebenarannya.
Isu lembu ini cukup memalukan Umno terutamanya Wanita Umno. Sehingga hari ini, tiada seorang pun pemimpin Wanita bangun mempertahankan bos mereka.
Dan Shahrizat pula kini menyembunyikan diri dari khalayak ramai. Mungkin Selasa ini, beliau akan tampil di PWTC buat pertama kali selepas hampir 3 minggu isu ini menarik perhatian rakyat.
Inilah pertama kali Shahrizat takut publisiti. Selama ini, siang malam beliau mengejar publisiti. Tak cukup tampil di kaca TV, beliau tampil menerusi poster-poster Wanita di seluruh negeri.
Sehingga hari ini, Najib Razak mengambil sikap mendiamkan diri seolah-olah isu ini tidak penting atau mungkin, seperti yang disindir oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib terlalu sibuk sehinggakan beliau tidak sempat untuk mendapatkan masa meniliti isu ini.
Alangkah baiknya sekiranya Najib memberikan sedikit perhatian kepada isu Lembu Feedlot dan Condo 1Menerung ini.
Barisan Nasional tidak akan menang pilihanraya dengan hanya poster Najib diletakkan serata negara atau dengan hanya mengumumkan ETP baru atau dengan hanya bermodalkan gambar beliau bersama Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat.
Rakyat mahu melihat skil Najib mentadbir negara. Bukan setakat skil berucap di majlis-majlis perasmian.
Rakyat mahu melihat bagaimana Najib menyelesaikan isu ini. Rakyat mahu melihat akan ketegasan Najib dalam mentransformasikan negara.
Ini termasuk membersihkan Umno dan Kabinet dari salahguna kuasa.
Nama Najib akan menjulang naik sekiranya beliau tegas dengan Shahrizat Jalil. Rata-rata ahli Umno mahukan Shahrizat disingkirkan sebagai ketua wanita Umno.
Bagaimanapun, kita tidak yakin Najib berani melakukannya. Kalau Shahrizat disingkir, bagaimana dengan Menteri-Menteri lain yang juga diselaputi kudis?
Dan Najib juga terkenal dengan politik selamat.
Rabu nanti, Shahrizat akan berhadapan dengan perwakilan Wanita.
Ucapan beliau kali ini sudah pasti ucapan paling menarik dalam karier Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno.
Kalau Shahrizat sayangkan parti, beliau akan meninggalkan pentas Rabu ini sebagai bekas Ketua Wanita Umno.
Sekiranya berlaku sebaliknya, maka diri Shahrizat lebih penting dari parti.
Kita tunggu ucapan Perdana Shahrizat Jalil Rabu nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Demi nama baik UMNO Shahrizat wajib kena letak jawatan segera sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.
2,Demi nama baik kerajaan Pimpinan DS Najib Shahrizat wajib juga letak jawatan sebagai menteri.
UMNO/BN sedang bersiap sedia untuk PRU 13.Isu mak cik Shahrizat dan projek lembu sudah jadi cakap-cakap yang tak menguntungkan BN dimerata tempat.Dikedai kopi,rumah kenduri,tempat kematian.Isu yang cukup popular dan merugikan BN.
Pembangkang tak akan simpati sama sekali dengan isu ini.Walau pun media kerajaan atau UMNO cuba menyembunyikan isu tetapi tidak berhasil.Malah orang UMNO sendiri pun naik angin dan marah-marah.
Demi UMNO/BN wajar lah letak jawatam.
Setuju...setuju...setuju..dengan tuan blog. Najib kena tegas dan pantas menyelesaikan masaalah UMNO dengan segera. Rata-rata orang ramai mengatakan kabinet Najib sangat korap dan lemah dan dikelilinggi dengan Menteri-menteri dan Senator yang kalah dan korapsi dan skandal sek tapi dilantik juga dalam kabinet melalui jawatan Senator. Jadi sekarang kabinet Najib jadi CIRCUS dan badut-badut politik berkeliaran dalam kabinet yang memalukan malaysia. Jika Sharizat tak dipecat segera ...maka pergerakan wanita akan pecah belah dengan halautuju wanita yang tak menentu arah perginya. Alangkan sekarang dah banyak berkecamuk diperingkat grassroot dan negeri..hingga keperingkat kebangsaan yang hanya akan melemahkan wanita dan Umno jika ketua nya tidak dikeluarkan dan digantikan dengan wanita yang ada kaliber dan kepimpinan seperti IBU Zain. Tapi Najib penakut dan sikap jaga periok nasi masing-masing hingga bila nyawa dah sampai kehujung buntot barulah agaknya Najib bertindak. Masa tu dah terlambat dan UMNO dah kalah dan tak payah Najib ambik tindakan lagi...bak kata orang putih "too long too late... the harm is irrapprable". Baik Najib letak jawatan daripada UMNO kalah!!!!
Post a Comment