Bila PRU-13?
Najib Razak semasa berada di Sabah semalam memberi gambaran ianya mungkin diadakan tahun ini atau paling lewat tahun hadapan.
"Perdana Menteri berkata ini mungkin lawatan terakhir beliau ke Sabah sebelum pilihanraya umum." - kata Pairin Kitingan, Presiden PBS.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/30/nation/9003403&sec=nation
Tidak mungkin pilihanraya diadakan sebelum Oktober ini. Pada 7 Oktober ini, Najib akan membentangkan belanjawan untuk 2012.
Belanjawan ini sudah pasti akan memberi petanda bila pilihanraya akan diadakan. Pada belanjawan inilah peluang Najib untuk cuba memenangi hati kakitangan kerajaan dengan memberikan mereka bonus dan potongan cukai pendapatan yang lumayan. Tanpa bonus, BN boleh melupakan sebarang peluang untuk mendapat mandat 2/3 di dalam PRU-13. Dengan bonus, tiada jaminan nasib 2008 akan berubah.
Pada 29 November, Umno akan mengadakan perhimpunan Agongnya. Di sinilah Najib akan meniup sangkakala pilihanraya umum dengan meminta ahli bersatu menentang pembangkang.
Oleh itu, besar kemungkinan PRU-13 akan diadakan pada bulan April 2012.
Sebenarnya Najib sudah pun meniupkan sangkakala pilihanraya. Tetapi, persoalannya, apakah BN akan menang besar dengan mengadakan pilihanraya tahun ini atau 2012?
Tiada gunanya mengadakan PRU-13 kalau BN kalah di dalam pilihanraya tersebut. Kalau dilihat secara kasar sentimen pengundi sekarang, tidak mustahil BN boleh kalah sekiranya PRU-13 diadakan sekarang.
Terlalu banyak isu yang masih belum diselesaikan oleh Najib. Isu kenaikan harga barang, isu Rosmah Mansor, isu keadilan di mahkamah, isu polis, isu perpaduan parti dan parti-parti komponen dan pelbagai isu lagi masih belum diselesaikan.
Mungkin bagi penasihat-penasihat Najib, ini isu-isu remeh. Tetapi yakinlah, suasana sekarang ini masih sama sepertimana pada 2008.
Silap perkiraan, BN akan merana.
Thursday, June 30, 2011
Saturday, June 18, 2011
DS NAJIB & MENANTU DARI KAZAKHSTAN
Semalam berlangsung upacara pertunangan anak perempuan DS Najib Tun Abdul Razak dan DS Rosmah Mansor, Noorhayana Najwa dan Daniyar Nazarbayev dari Kazakhstan, di Seri Perdana.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
Tahniah kepada Najib dan Rosmah.

Wednesday, June 15, 2011
NG YEN YEN & CUTI-CUTI MALAYSIA
Bukan main mudah Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan, menangkis isu Kementerian beliau membelanjakan RM1.8 juta untuk membangunkan 6 Facebook untuk mempromosikan aktiviti pelancongan Malaysia.
Apa yang Ng Yen Yen lakukan hanyalah dengan membuat sedikit kajian dan menolak dakwaan tersebut dengan hanya mengatakan Australia dan Filipina membelanjakan lebih dari itu untuk mempromosikan negara mereka melalui Facebook.
Dan Ng Yen Yen berpandangan alasan yang beliau berikan sudah cukup untuk menyakinkan pembayar cukai bahawa tiada penyelewangan di dalam isu tersebut.
Australia bukan Malaysia. Kalau nak dibandingkan tahap keterbukaan dan ketelusan Australia, bagaikan langit dengan bumi.
Isu Facebook ini bukan isu berapa banyak Australia belanja dan berapa banyak isu Filipina berbelanja untuk promosi pelancongan menggunakan Facebook.
Ini isu ketelusan dan kredibiliti Ng Yen Yen. Isu ini bukan isu pertama melibatkan Ng Yen Yen dan Kementerian Pelancongan.
Sebelum ini, Ng Yen Yen dihantui isu perbelanjaan perjalanan beliau ke luar negara.
http://freemalaysiakini.com/modules.php?name=News&file=print&sid=6120
Diikuti isu pavilion Malaysia di China. http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11103
Kemudian timbul pula isu kawan karib Ng Yen Yen Junie Ewe. http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=57442
Seperti kata blogger Rocky Bru. Cuti-Cuti atau Curi-Curi 1Malaysia? http://www.rockybru.com.my/

Saturday, June 11, 2011
KHIR TOYO PENDERHAKA KEPADA RAKYAT
Ada pemimpin yang tidar menyedari bahawa mereka diletakkan di singahsana oleh rakyat. Tempat yang dianugerahkan dikhianati dan rakyat diperhambakan.
Tiada apa yang boleh Umno banggakan mempunyai pemimpin seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo.
Malahan lebih berfaedah sekiranya pemimpin seperti Khir Toyo disingkirkan dari parti dan diperosok ke penjara kerana mengkhianati negara dan rakyat.
Berapa gaji Khir Toyo ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor? RM100,000 sebulan? RM50,000 sebulan?
Seorang Jawa, budak kampung dan doktor gigi mampu mengubahsuai rumah dengan harga RM6.5 juta?
Rakyat mana yang tak marah. Siapa yang menanggung bebannya? UMNO!
Bukan perkara mudah untuk memperbetulkan persepsi orangramai.
Di mahkamah minggu lepas, Khir Toyo dikatakan membayar secara TUNAI sebanyak 8 kali dan setiap kali bernilai RM500,000 untuk kos mengubahsuai mahligai beliau.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=592740
Pemimpin negara perlu diberi pengajaran bahawa jawatan yang diberi adalah amanah rakyat. Mereka berada di jawatan apa pun, adalah pemberian rakyat.
Baik jawatan Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Perdana Menteri malah isteri Perdana Menteri adalah pemberian rakyat.
Janganlah keterlaluan sehinggakan rakyat diperbodohkan kerana rakyat akan menghukum setiap sifat kesombongan kita. Banyak kita dengar mengenai kesombongan Menteri-menteri dan isteri-isteri mereka.
Pemimpin tidak akan hilang apa-apa. Khir Toyo akan kekal kaya walaupun dipenjarakan. Tetapi siapa yang akan merana. UMNO yang akan menerima musibahnya.

Friday, June 10, 2011
ROMBAKAN KABINET: FARID GANTI RAIS YATIM?
Ketua Eksekutif Media Prima Berhad Farid Ridzuan akan menggantikan Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan?
Itulah khabar angin yang dihebahkan wartawan hiburan Berita Harian.
Kalaulah benar, yang pastinya, Farid akan menjadi Menteri Penerangan yang lebih efektif dari Rais.
Rais tidak kenal Facebook dan Twitter bukanlah mainan Rais. Ketika dunia berkomunikasi melalui Facebook, Twitter dan laman-laman sosial lain, sehingga sekarang kita masih menunggu Abang Rais bertwitter dan berfacebook.
Bagaimanapun, kita merasakan tidak mungkin Farid akan dinobatkan sebagai Menteri Penerangan dalam masa terdekat ini dan Rais akan terus menjadi Menteri Penerangan buat masa ini.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dengarnya_FaridbakalMenteriPenerangan_/Article

Thursday, June 2, 2011
PENDAPATAN TAHUNAN CEO TNB RM1.8 JUTA
Pelbagai alasan diberikan oleh kerajaan untuk menaikkan kadar elektrik bermula bulan ini.
Ada yang munasabah dan ada yang tidak.
Bagaimanapun mampukah kerajaan mempertahankan pendapatan tahunan Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Che Khalib Mohamed Noh yang dikatakan berjumlah lebih dari RM1.8 juta setahun?
Sebuah portal berita hari ini memperincikan pendapatan tahunan Che Khalib.
GAJI: RM1.2 JUTA
SUMBANGAN KEPADA KWSP: RM236,964
ELAUN KERETA: RM60,000
ELAUN KHAS: RM7,200
JUMLAH BESAR: RM1,806,664.00
Untuk meneliti gaji-gaji eksekutif lain termasuk Pengerusi TNB Leo Moggie, lihat link berikut:
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/02/tnb-chiefs-see-surge-in-salary/
Mampukah kerajaan memperjelaskan kewajaran pendapatan Che Khalib?

Wednesday, June 1, 2011
BENARKAH MUTIARA GOODYEAR SYARIKAT BUMIPUTERA?
" UDA Holdings Bhd (UDA Holdings) memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.15 hektar di Jalan Sultan Ismail kepada Mutiara Goodyear Bhd. pada harga RM215.5 juta bagi membayar baki premium tapak bekas Penjara Pudu berjumlah RM104 juta, yang masih tertunggak, sebelum September ini.
"Atas pertimbangan itu, UDA Holdings perlu menjual tanah berkenaan terus kepada Mutiara Goodyear yang menawarkan harga terbaik iaitu lebih RM1,400 kaki persegi berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM800 kaki persegi.
"Selain itu, pihak UDA Holdings juga sudah menjalankan kajian terhadap syarikat Mutiara Goodyear Bhd, dan mendapati statusnya adalah sebagai sebuah syarikat bumiputera.” - Nur Jazlan Mohamed.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_37.htm
Betulkah Mutiara Goodyear Berhad syarikat bumiputera?
Berdasarkan website Mutiara Goodyear:
Pengerusi Eksekutif: Hamidon Abdullah
Pengarah Eksekutif & CEO: Kee Cheng Teik
Pengarah Eksekutif: Lim Beng Guan
Senarai penuh pengurusan Mutiara Goodyear di link berikut: http://www.mutiaragoodyear.com/investor.html

Subscribe to:
Posts (Atom)