Wednesday, May 25, 2011

RAKYAT DIHANTUI SAMAN

Ketika rakyat dibelenggu kes saman ekor polis, satu lagi saman akan menghantui kita - saman oleh Majlis Bandaraya.

"kadar maksimum kompaun adalah RM300 supaya tidak membebankan orang ramai manakala bagi pesalah yang melakukan tiga kali atau lebih kesalahan dalam tempoh dua bulan, kadar kompaun akan berganda tanpa mengira tempoh bayaran tetapi dihadkan pada RM300 setiap kesalahan." - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarkompaundiselaras/Article/index_html

Nampaknya semakin hari semakin menyerlah betapa bapak-bapak Menteri kita tidak sensitif akan keperitan kehidupan yang sedang dilalui rakyat.

Apakah ekonomi negara terlalu nazak sehinggakan kerajaan terpaksa bergantung kepada kutipan saman untuk menampung keperluan kewangan negara?

Pelbagai kelemahan terdapat di dalam pengeluaran saman ekor dan sehingga hari ini masih belum diselesaikan.

Pelbagai masalah yang menjadi ketidakpuasan hati rakyat terhadap perkhidmatan Majlis-Majlis Bandaraya. Apakah rungutan mereka ini didengari?

Bapak-bapak Menteri perlulah turun ke bawah untuk menyelami keperitan rakyat.

Tidak ada ertinya rakyat dihidangkan dengan isu Melayu dan agama kalau kita hidup di dalam keperitan dan pemimpin terus hidup di dalam kesenangan.

Rakyat mana tidak berkecil hati apabila membaca laporan akhbar seorang pemimpin Umno mempunyai sebuah rumah empat tingkat. Terbakar tingkat atas, tiga tingkat masih ada.

2 comments:

Anonymous said...

Akan berlaku perubahan besar besaran selepas pilihanraya nanti sekiranya pemimpin hari ini masih mengabaikan kebajikan rakyat.

Betullah bila Najib kata rakyat didahulukan....makna Najib tu apa-apa pun rakyat akan kena dulu, potong subsidi, naik harga barang, naik cukai, naik saman.......

Anonymous said...

Kalau semua nak pakat-pakat saman, samanlah...tapi bila dah terlalu ketat sangat...bila PRU nanti rakyat akan SAMAN kerajaan pula. Kalau nak saman pun biaq patut.

1. Tempat letak kenderaan - boleh saman kalau petak yang disediakan mencukupi...kalau guna kupon, jual tempat yg memudahkan pengguna. Kalau tempat x cukup jangan gatai dok saman.

2. Perangkap had laju (PDRM) ...tok sah dok sembunyi2 lagi lepas hantaq saman ekoq...nanti rakyat tumbuh ekoq baru depa tau!!!

3. Nampak sangat kerajaan x ada duit...saman merata2...nanti rakyat bebai dan x makan saman baru depa nak kelupoq...rakyat pun ada "power" tunggu masanya...kita SAMAN kerajaan balik...masa tu baru depa nak tau..langit tu, tinggi ke rendah.