Saturday, April 9, 2011

TAIB MAHMUD PUNCA BN KECUNDANG

Apakah isu paling kritikal buat Barisan Nasional di Sarawak? Adakah ianya isu Buku Jingga pembangkang?

Adakah isu video Anwar Ibrahim? Atau adakah isu balak dan tanah NCR?

Sebenarnya yang paling kritikal di Sarawak ialah keputusan Taib Mahmud untuk terus bertanding di dalam pilihanraya negeri Sarawak walaupun beliau dibelenggu pelbagai isu.

Adakah isu Taib ditangani dengan baik oleh BN atau pimpinan BN termasuk Najib? Jawabnya tidak.

Tidak seorang pun pimpinan BN, termasuk Najib, berani berhadapan dengan Taib dan menyatakan bahawa beliau lah liabiti besar BN dalam pilihanraya negeri kali ini.

Jelapang kebetulan singgah di sebuah bilik gerakan BN di Sarawak dan terpampang di dinding akan hasil risik Jabatan Penerangan yang mengisytiharkan 15 kerusi sebagai kawasan hitam dan 6 lagi kelabu.

Dalam diam-diam, pimpinan BN mengakui sekiranya BN tewas 15 kerusi kali ini, puncanya ialah Taib Mahmud. Sebentar tadi di TV3 Naib Presiden SUPP Lily Yong secara tidak langsung menyalahkan Taib Mahmud sebagai punca parti beliau tidak popular.

Sebenarnya Lily perlu sedar. Bukan Taib Mahmud sahaja yang akan merosakkan BN, malah bos beliau George Chan juga merupakan liabiliti besar kepada BN.

Agak pelik sikap Taib. Pemimpin seangkatan dengan beliau termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lama meninggalkan pentas politik.

Tetapi nampaknya hidup Taib hanya untuk politik dan beliau sudah hilang pertimbangan akan waktu terbaik untuk beliau mengundur diri. Mungkin keputusan Taib merupakan sesuatu yang baik kepada BN.

Kita berharap BN kalah 15 kerusi di Sarawak dan ianya menjadi pengajaran kepada BN dan Najib bahawa ada hadnya seseorang pemimpin itu disayangi oleh rakyatnya.

Tun Mahathir di saat-saat terakhir pemerintahan beliau hampir dibenci oleh rakyat.

Tetapi Tun Mahathir lebih bijaksana dan beliau tahu sudah tiba masanya untuk mengundur diri sebelum dibenci. Malangnya Taib memilih untuk diingati sebagai pemimpin yang dibenci rakyat Sarawak di akhir pemerintahan beliau.

2 comments:

hafiz said...

Masalah kalau lama sangat memerintah...

Anonymous said...

PRU 12 BN kalah 5 Negeri sebeb rakyat bukan marah BN tetapi Pak Lah anak beranak.. tak mau dgr pandangan rakyat.. nak dgr yg baik baik aja...kat swk aku agak sama aja.. tp bumi sini tak ada banyak komputer.. tak baca blog atau sewaktu dgn nya...16 april jam 11pm kita tau lah kehendak suara rakyat swk...sejarah beb semua kerusi di tandingi...panas tu...