Friday, February 11, 2011

NG YEN YEN, JUNIE EWE & KONTRAK KEMENTERIAN PELANCONGAN

Siapa Junie Ewe?

Kata Menteri Pelancongan Ng Yen Yen, Junie Ewe adalah rakan karib beliau.

Tetapi penulis akhbar The Sun hari ini memberi gambaran bahawa Junie Ewe lebih dari seorang rakan kepada Ng Yen Yen.

Menurut penulis tersebut, Junie Ewe merupakan konsultan kepada sebuah syarikat yang bernama Impact Creations yang diberi kontrak oleh Kementerian yang diterajui oleh Ng Yen Yen untuk iklan-iklan pelancongan di Kementerian beliau.

Baca artikel The Sun ini di SINI: http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=57442

Nampaknya kita masih belum belajar dari kesilapan dahulu. Kedua-dua Menteri Pelancongan terdahulu - Tengku Adnan Tengku Mansor dan Azalina Othman Said - juga diselubungi kontroversi. Ia memberi gambaran seolah-olah Kementerian Pelancongan umpama lubuk emas kepada Menteri-Menteri Pelancongan.

Sementara Ng Yen Yen tidak sunyi dari kontroversi. Banyak masa beliau dihabiskan di benua Eropah, Australia, China dan Amerika. Jarang benar kita mendengar Ng Yen Yen mempromosikan Malaysia di Bangladesh, Kampuchea, India atau Pakistan.

Salah siapa? Salah Najib Razak. Kalau Perdana Menteri sendiri tidak berani menegur Menteri-Menteri beliau, siapa lagi.

Lihatlah pada Nor Mohamed Yakcop. Semalam bekas Setiausaha Sulit beliau didakwa di mahkamah kerana pemindahan wang haram sebanyak RM2.1 juta. Tetapi Nor Mohamed Yakcop masih lagi Menteri dan membuat keputusan-keputusan penting melibatkan khazanah negara.

Begitu juga dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan yang didapati menghantar RM10 juta melalui penukar wang asing (money changer). Beliau masih lagi Menteri Besar.

Yang dikenakan tindakan ialah 41 penukar wang asing yang hidup mereka bergantung kepada komisen. Tuanpunya wang masih berjawatan tinggi.

Siapa kata kita sudah berubah?

4 comments:

Anonymous said...

SETUJU!!!
Ng yen yen lagi korup pada azalina, tapi of course pandai cover sbb lembu lembu dia org cina yg memang tahu nak pusing duit!

Najib oh najib.

Anonymous said...

Do you know why Sulaiman Taib as Timbalan resign that post?According to PA YBDuad himself Ng Yen2 is too much.But Ng Yen2 say ,he is sick? Sick of What?

Dot said...

MEMANG KITA SUDAH BERUBAH!!!

dulu2 hanya melayu yg didakwa korup tapi sekarang dah ramai puak2 bukan melayu yg over over corrupt! tak berubah ka tu????

Anonymous said...

kelakar la korang ni.. kalau korang sebagai bos satu syarikat, pastu pegawai korg yang makan rasuah, xkan korang yang kene masuk penjara @ letak jawatan? same la kesnyer dgn yakcop tu.. yg kes menteri pelancongan lak, korg ade bukti ke? penah tipon junie ewe tu sendri, tanye dia? korg petik the Sun.. korg ingat diorg tu betul sgt ke fakta? pls la eh... jgn main petik je, siasat dulu.. pastu klu nk nulih kt blog pon, biarle betul2.. korg reka crite ikut sedap airliur je, sok kt akhirat, jwb le ko.. dosa free. pdhal org2 yg korg kata ni, xtau pun kewujudan korang..