Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Adun Kerdau Zaharudin Abu Kassim di atas pemergian Allahyarham.
Pilihanraya kecil DUN Kerdau merupakan pilihanraya kecil yang ke 16 yang akan dilalui oleh parti-parti politik.
Kecuali pilihanraya kecil Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau, pilihanraya kecil yang lain disebabkan oleh kematian wakil rakyat.
16 pilihanraya kecil merupakan satu rekod dalam politik negara. Tidak mustahil rekod ini dapat dipecahkan selepas PRU-13 nanti kalau Najib Razak masih mengamalkan politik selamat.
Lihat saja barisan Kabinet beliau. Rais Yatim sudah menjangkau 69 tahun. Sekiranya pilihanraya umum diadakan tahun ini dan Rais terus dipilih menjadi calun, beliau akan menjadi Ahli Parlimen sehingga usia beliau 74 tahun.
Nor Mohamed Yakcop akan mencapai usia 69 tahun dalam masa 5 tahun akan datang sekiranya beliau dipilih lagi. Sudah terdengar desas-desus ada NGO di Tasik Gelugor yang akan mendesak Najib untuk mengekalkan Nor Yakcop.
Tidak mustahil sekiranya kita ditadbir oleh Kabinet yang tua usianya sekiranya Najib tidak berani membawa perubahan.
Lihatlah apa yang berlaku di Perlis. Shahidan Kassim yang sudah berusia 60 tahun masih berminat kembali sebagai Menteri Besar Perlis. Hari ini bukan main hebat Shahidan menghentam Menteri Besar Perlis Mat Isa Sabu.
Salah siapa? Salah Najib. Sepatutnya sebagai Presiden parti, masalah di Perlis ini sudah lama diselesaikan. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/13/nation/8058076&sec=nation
Ramai mengetahui siapa Shahidan. Sekiranya Najib tegas dan melihat balik fail-fail lama mengenai dakwaan terhadap Shahidan, tidak mungkin bekas Menteri Besar Perlis ini berani bersuara lantang seperti mana yang dilakukan beliau semalam. Lihat sajalah Khir Toyo.
Semalam Najib dapat melihat sendiri sikap pemimpin Umno di dalam pertemuan beliau dengan Ketua-Ketua Bahagian.
Semalam Najib mengetahui betapa seriusnya masalah dalaman parti. Di bawah, tikam menikam berlaku sementara Ketua-ketua bahagian masih lagi berminat mencari kekayaaan.
Yang pasti, semalam Ketua-Ketua bahagian tak kering air liur meminta Najib menganugerahkan projek kepada mereka atas nama untuk memperkuatkan parti.
Inilah masalah Umno. Ketua Bahagian mesti kaya. Mesti dapat projek berjuta-juta ringgit barulah Melayu dan parti boleh dipertahankan.
Semalam Najib tahu bahawa bukan mudah untuk mengadakan pilihanraya umum - bahawa sekadar mendasarkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya umum berdasarkan laporan positif di dalam media massa bukan lah caranya.
Di kalangan pemimpin pembangkang, mereka amat berharap Najib mengadakan pilihanraya umum secepat mungkin kerana mereka tahu bahawa penyakit Umno masih belum diubati.
Mereka yang di sekeliling Presiden akan hanya membawa cereka untuk menghiburkan hati Presiden. Yang buruk, ditutup dengan tudung saji.
Belajarlah dari peristiwa di Tunisia dan Mesir. Politik dunia sudah berubah. Rakyat yang akan menentukan siapa yang berhak memimpin mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betul sangat2 tu..
Yang tua tua tu,cukup cukup la..bagi la generasi muda dan baru pulak mentadbir.
Bila ilmu nak turun kalau asyik letak yang nyanyok jer buat kerja..
Zaman dah berubah,orang muda pun dah lain sekarang..
zaman internet sekarang,sepatutnya orang2 muda lah di beri peluang belajar sebelum terlambat..
Yang tua tua tu elok jadi penasihat saja..Betul tak TUN M..Dia tak nyanyok lagi.Yang lain lain tu hampeh..
Post a Comment