Tuesday, February 22, 2011

PELAJAR PRO-PEMBANGKANG MENANG DI UM & UKM

Menurut laporan sebuah akhbar Inggeris, barisan pelajar anti-establishment yang dikenali sebagai Pro-Mahasiswa menang besar di dalam pilihanraya pelajar di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di UM, Pro-Mahasiswa memenangi 23 kerusi sementara barisan pro-establishment iaitu Pengerak Mahasiswa atau Pro-Aspirasi hanya memenangi 16 kerusi.

Sementara di UKM, kumpulan anti-establishment buat pertama kalinya di dalam tempoh 7 tahun memenangi pilihanraya pelajar. Kumpulan Pro-Mahasiswa memenangi 23 kerusi sementara kumpulan pro-establishment memenangi 13 kerusi.

Bagaimanapun, kumpulan pro-establishment menang besar di UPM (32-11), USM (22-6) dan UTM (34-7).
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/22/nation/8112944&sec=nation

Keputusan memeranjatkan ini sudah menjadi perbualan di kalangan pemimpin-pemimpin Umno. Malahan sudah kedengaran kritikan dari dalam terhadap Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin.

Apakah nasib Khaled Nordin sekiranya kabinet dirombak sekarang?

3 comments:

airman_1 said...

tidak ada apa yg boleh dibuat didlm perkara ini, orang2 bn bimbang utk trlibat didlm pergerakan pelajar kerana anggapan orang2 bn, tugas pelajar adalah belajar utk mendapatkan diploma, ijazah dsbnya tapi pihak pmbangkang tidak mengambil kira soal sprti ini malah mereka akan mengambil segala peluang utk menjadikan pelajar2 trsbt sebagai rikrut politik pada masa kini dan masa hadapan, apa yg bolih dilakukan ialah pihak bn ialah mendekati pelajar2 tsbt dgn cara sebaik mungkin.

IWE said...

PEMBANGKANG MMG SUKAR NAK MASUK KAMPUS. KALAU BN SENANGLA SBB BOLEH GUNA PLATFORM KEMENTERIAN. KALAU TAK, MUNGKIN DI USM, UPM DAN UTM, PRO-ESTABLISH TAK MENANG. UKM PUN STLH 7 TAHUN BARU BOLEH MNG PEMBANGKANG

abuarif said...

khalid nordin tak bolih pakai!!!!!!!!!Perangai sama macam dolah bodowi saja,,,,,,,,cuba tanya pegawai2 atasan pengajian tinggi,,,,apa ckp mereka,,,,,kalau dah student pon tak bolih control ,,,singkir saja dato najib,,,,,,,jgn ada sabotaj dari dlm,,,hati2,,,,,