Saturday, October 31, 2009

SIAPA MAT AZIZ UNTUK MENGAJAR PM?

Bisa betul kata-kata Mohamad Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading. Khamis lepas beliau mendesak Ong Tee Keat dan Koh Tsu Koon meletakkan jawatan dalam kabinet kerana didakwa tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Jarang sekali kita mendengar anggota Parlimen dari BN mengkritik Menteri dari BN. Mohamad Aziz salah seorang yang lain dari yang lain.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_02.htm

Persoalannya siapa Mohamad Aziz untuk menilai samada Tee Keat dan Tsu Koon diterima rakyat atau tidak?

Sedarkah Mohamad Aziz bahawa Tsu Koon dan Tee Keat adalah Menteri Kabinet yang dipilih oleh Najib Razak dan bukan dipilih oleh beliau? Mereka dipilih kerana Najib yakin akan kemampuan mereka untuk membantu beliau dalam mentadbir negara.

Tindakan Mohamad Aziz mempertikaikan kedudukan mereka di dalam kabinet akan dilihat sebagai tindakan mempertikaikan kebijaksanaan Najib memilih mereka sebagai Menteri.

Masalah dengan Mohamad Aziz ialah tuduhan beliau tidak disertakan dengan asas. Hanya berdasarkan persepsi beliau sahaja. Berikut ialah kenyataan Mohamad Aziz semasa mengkritik Tee Keat dan Tsu Koon di Parlimen.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:Tetapi kalau Menteri Kabinet, maruah dia, imej sudah jatuh di hadapan rakyat, bagaimana dia hendak membantu Perdana Menteri.
Kalau ada Menteri Kabinet yang hilang kepercayaan daripada ahli partinya, buat apa tunggu menjadi ahli Kabinet, berhenti! [Ketawa]


Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, apakah Yang Berhormat Sri Gading merujuk kepada Presiden MCA? Yang sudah kalah dalam EGM yang dia undi, dan sebelum undi dia kata, kalau kalah salah satu dia akan berhenti, bermakna dia tipulah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Kinabatangan, sudah terang lagi bersuluh, [Ketawa] kalau ada harga diri, kalau ada maruah diri berhenti, jangan menyusahkan Perdana Menteri...

Mentang-mentang awak presiden parti yang tidak lagi mendapat kepercayaan daripada ahli, berhenti. Orang lain dalam MCA boleh menggantikan tempat, apa you seorang sahaja yang pandai, [Ketawa] [Disampuk] Jangan batu api... [Ketawa]

Saya bercakap kepentingan rakyat, kadangkala Perdana Menteri, dia seorang yang bermaruah, tetapi menterinya harus juga bermaruah, sedarlah diri, kalau ada muka, berhenti buat apa tunggu, kalau kepimpinannya tidak berkesan. Ini saya bercakap dari segi apa yang dirasai oleh sebahagian rakyat bukan sebahagian kecil. Ini ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, menteri pun harus bersikap rakyat didahulukan, rakyatnya tidak mahu, jalan. Jangan tunggu...

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Jangan main-main.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dato' Sri Mohd. Najib orang yang serius, saya tabik, salute, kita rasa amat bahagia mendapat seorang Perdana Menteri yang begitu tinggi harapannya untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Ini Menteri sudah tidak dapat kepercayaan buat apa tunggu,

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Cabutlah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Get out you. [Ketawa] Ini ada Menteri, jaga KPI, dia punya diri pun tidak ada KPI. [Ketawa] Saya bercakap secara terus terang, saya peduli apa, saya orang lama dalam politik, saya berhak apa saya hendak cakap, hendak jawab, jawablah

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Sikit, sikit sahaja. [Ketawa] Adakah Yang Berhormat, dengan terus terang mencadangkan bahawa bukan sahaja Presiden MCA, tetapi Presiden Gerakan pun patut undur. [Ketawa]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sudah terang lagi bersuluh. [Ketawa] Jaga KPI, kalau diri sendiri tidak ada KPI, kakitangan di bawah hilang kepercayaan, bagaimana kekesanan kita sebagai Menteri. Saya hendak berterus terang. No, no...

Kesian kawan saya di Batu Kawan, dahulu dia seorang Ahli Parlimen yang baik, tetapi kawasan ini dirampas oleh presidennya, presidennya bertanding kalah. Kalah satu negeri. Selepas itu hendak jaga KPI. Saya minta maaf [Disampuk] ini kuasa Perdana Menteri, tetapi saya sebagai Ahli Parlimen, wakil rakyat, suara Ahli Parlimen juga harus didengar walaupun ini kuasa Perdana Menteri...

...jadi Senator minta maaf, masuk pintu belakang jadi Menteri, tetapi setelah menjadi Senator, jadi Menteri tidak datang pun ke Parlimen ini, Perdana Menteri datang, dia datang. Kalau Perdana Menteri tidak ada, dia pun tidak ada, ini namanya Menteri mengampu. http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-29102009.pdf

Memang benar Koh Tsu Koon tidak mendapat sokongan rakyat apabila ditolak oleh pengundi Batu Kawan semasa pilihanraya umum 2008 yang lalu. Memang benar Tee Keat ditolak oleh parti beliau sendiri sebagai Presiden MCA semasa mesyuarat luarbiasa baru-baru ini.

Penolakan ini tidak bermaksud Tee Keat and Tsu Koon tidak mampu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai Menteri. Kalau penolakan ini dijadikan asas, maka pemimpin-pemimpin Umno yang kalah semasa pemilihan Umno awal tahun ini juga perlu digugurkan dari Kabinet kerana mereka juga tidak mendapat sokongan ahli-ahli Umno. Begitu juga dengan Menteri-Menteri Besar yang tewas. Menteri-Menteri dan Menteri Besar-Menteri Besar yang membuat keputusan untuk tidak bertanding dan bersemuka dengan ahli semasa pemilihan yang lalu perlu juga digugurkan.

Sebenarnya kedudukan mereka dalam Kabinet hendaklah ditentukan berdasarkan prestasi mereka sebagai Menteri. Kalau Tee Keat dan Tsu Koon tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, menjadi tanggungjawab Najib menyingkirkan mereka dari Kabinet.

Dan Najib tidak memerlukan Ahli Parlimen seperti Mohamad Aziz untuk memberi pandangan mengenai Kabinet beliau.

Protes dari ahli Gerakan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

2 comments:

Andin Muhammad Syukri said...

salam..

saya hormat pandangan anda..tetapi cuba kita fikir, DS Najib tidak akan mengatakan hal yg sama seperti mana yg diperkatakan oleh MP Sri Gading itu, walaupun beliau seakan-akan dilihat ingin berkata demikian.

yg penting kini ialah moral..jika begitu eloklah DS Chua Soi Lek menjadi menteri kerana beliau lebih matang dan berpengalaman.

DS Ong Tee Keat perlu berundur kerana DS Chua turut 'berundur'..

ikut cara Tun Ling Liong Sik dan timbalannya dahulu yg berundur demi kestabilan parti MCA..

Quantum Metal Consultant said...

Mat aziz dipilih oleh rakyat sepertimana rakyat memilih Ong Tee Kiat dan Najib, Mat Aziz bercakap atas kapasiti rakyat yang memilihnya untuk bersuara. Najib mungkin masih memendam rasa tetapi itu tidak perlu pada Mat Aziz.

Ong Tee Kiat dan Su Kun dilantik beberapa bulan yang lepas dan kini masa, ahli parti dan rakyat sudah tidak berpihak kepada mereka.

Jalan terbaik..ialah keluar samada secara terhormat atau ditolak tanpa maruah.

Mat Aziz 999.9% betul.