Friday, October 2, 2009

BATIK: NYAHKAN TUNTUTAN MALAYSIA,

SELEPAS keris dan batik diisytiharkan hak warisan Indonesia, Indonesia, yang kini dilanda bencana alam, akan berusaha menjadikan angklung dan gamelan juga hak negara itu.

Ketika rakyat Malaysia menunjukkan sikap prihatin kita terhadap penderitaan rakyat Indonesia yang dilanda gempa bumi dengan melancarkan tabung derma kemanusiaan, Indonesia masih merayakan kemenangan mereka terhadap Malaysia berikutan pengisytiharan Batik sebagai warisan Indonesia.

Jakarta Post melaporkan anggota delegasi Malaysia yang hadir pada majlis pengisytiharan itu telah mengucapkan tahniah kepada Indonesia.

Kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia Jero Wacik: "Delegations from Malaysia came to Abu Dhabi (to attend the UNESCO ceremony). They congratulated Indonesia's delegations after the ceremony."
http://www.thejakartapost.com/news/2009/10/02/malaysia-congratulates-ri-over-batik-minister.html

Sementara akhbar Kompas menyiarkan tajuk berita: Get Rid of Malaysia's Claim! Happy Batik Day, Indonesia (Nyahkan tuntutan Malaysia. Selamat Hari Batik, Indonesia!)
http://english.kompas.com/read/xml/2009/10/02/08344141/Get.Rid.of.Malaysias.Claim.Happy.Batik.Day..Indonesia.

Dan apa kata Malaysia?

5 comments:

Anonymous said...

Salam untuk Jelapang.
Ketika Media Massa dan sebilangan kecil Rakyat Indonesia berarak dan bersorak untuk mengayang Malaysia, takdir Allah dengan berkat kesabaran dan kewarasan kita dalam persahabatan, Tuhan telah menguji Rakyat Indonesia dengan menurunkan berbagai BALA supaya mereka insaf.Perbuatan dan sikap mereka terhadap kita akhir2 ini bolih melukai hati dan menghakis kesabaran kita. Walaubagaimana pun Kita tidak berdendam dan masih meneruskan amal jariah kita untuk membantu mereka supaya mereka sedar yang Tuhan itu MAHA kaya dan adil dalam pembalasanNya.

Jurutera Pencen

Arif Omar said...

sekarang mangsa-mangsa gempa tu boleh le puak-puak di indon tu makan bateknya dan tarian pendetnya. juga makan sekali angklong dan gamelan.inilah bangsa tak sedar diri

Anonymous said...

Msia patut kuatkuasa pengharaman batik indonesia. Jgn beli batik indon

Lia Suraya said...

Betul juga, jangan beli batik Indon. Batak sutera Malaysia lagi cantik dan bermutu.

Cuma kita patut perjuangkan hak kita, kerana batik pun hak kita.

Anonymous said...

Kalau dikaji dengan teliti semua yang dikatakan kepunyaan mereka itu adalah salah..kesemua iaitu gamelan, keris, angklong, tarian pendet dan batik adalah berasal melalui sejarah dari India dan pengaruh Hindu.

bat69