Berikut ialah kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai pemilihan Isa Samad sebagai calon Umno di Bagan Pinang seperti yang dilaporkan Bernama malam tadi.
Tun Dr Mahathir Tidak Akan Berkempen Di Bagan Pinang
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
"Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira," katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN.
Pada Selasa, Isa, 59, diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang.
Apabila ditanya adakah ia akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini, katanya, "Saya rasa kita ada peluang baik. Kita akan menang."
Bagaimanapun, apabila ditanya tentang majoriti, beliau berkata: "Saya tidak tahu. Mungkin boleh. Saya agak."
BN memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 2,333 pada pilihan raya lepas bagaimanapun ia kosong selepas kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor.
Pengumuman berhubung pencalonan Isa dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Selasa.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada Sabtu ini dengan pengundian pada 11 Okt.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=443432
Kenyataan Tun Dr Mahathir sebelum ini yang tidak mahu Isa diumumkan sebagai calon.
1) http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cf1660ff-7f000010-6cf97c00-27de4ef5
2) http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=441278
3) http://www.malaysiakini.com/news/113199
4) http://kedahku.blogspot.com/2009/09/dr-mahathir-lupakan-isa-samad.html
Thursday, October 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tak apa lah. Dia tolong kempen pun sebelum ini makin teruk kalah.
Dia dah gadai jalan raya di Malaysia. Skrg nak lalu kena bayar. Rakyat marah. Itu lah modal besar pembangkang yg dihadiahkan oleh Tun.
Kalau tak turun kempen tak pa tapi jangan beri kenyataan yang boleh menguntungkan pembangkang
Post a Comment