Friday, February 6, 2009

BN MERUDUM JIKA EKONOMI MERUDUM

Sebelum Mac 2008, pentadbiran negara pimpinan Abdullah Ahmad Badawi sentiasa dilamun suasana berbulan madu seolah-olah tiada yang cacat dan celanya dengan pentadbirannya sehinggalah rakyat menjatuhkan hukuman ke atas pentadbiran beliau.

Apabila lima negeri dan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pembangkang, barulah Pak Lah terjaga dari tidurnya - hanya menyedari selepas 4 tahun bahawa rakyat muak dengan cara pentadbirannya dan kelakuan pemimpin-pemimpin BN terutamanya Umno.

Maka diadakan satu sesi pemukiman di Glenmarie kononnya bertujuan mencari jalan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno. Maka ditubuhlah pelbagai jawatankuasa. Salah satu daripadanya dinamakan jawatankuasa penjenamaan semula Umno.

Empat minggu lagi, genaplah setahun selepas pilihanraya Mac 8. Apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran negara selama tempoh tersebut?

Kalau nak disingkap akan apa yang dilakukan kerajaan 12 bulan yang lalu, pastinya ada pihak enggan menerima hakikat bahawa tiada apa perubahan pun yang dibuat dalam tempoh itu.

Pemimpin-pemimpin Umno sibuk menjatuhkan satu sama lain. Hanya politik menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin Umno. Hasilnya, Pak Lah digulingkan dan Najib Razak mendapat faedah daripadanya.

Minggu ini kita dihidangkan lagi dengan drama politik di mana kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan dengan kemasukan seorang Adun DAP dan dua ahli Pakatan Rakyat. Tidakkah ianya memualkan?

Kalau dahulu dua Adun Pakatan Rakyat dicerca kerana terlibat dengan skandal rasuah seks dan wang, kini mereka disanjung sebagai penyelamat ummah. Itulah politik dan itulah perangai orang politik.

Politik menjadi tumpuan pentadbiran sekarang sehinggakan ramai yang lupakan akan isu yang lebih penting dari menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak iaitu ekonomi.

Semalam, media massa utama hanya memberi ruang kecil kepada masalah ekonomi negara. Berita Titan Chemicals bercadang membuang pekerja hanya dimuatkan di mukasurat bisnes begitu juga dengan tindakan Bumiputra-Commerce Holdings Bhd yang memotong gaji staf bahagian equiti dan CIMB-GK Securities mereka sebanyak 10% hingga 20%.

Pelbagai lagi berita negatif yang disiarkan tetapi dibiarkan berlalu begitu sahaja. Antaranya:
Intel to shut sites and cut up to 6,000 jobs, Malaysian economy left to drift dan Panasonic, Qimonda cuts hit M'sian electronics.

Pakar-pakar ekonomi dunia sudah memberi amaran bahawa ekonomi akan hanya pulih selepas tiga hingga empat tahun.

Percayalah, Umno akan terus dilamun kejayaan di Perak beberapa minggu lagi. Selepas itu berlakulah semula percakaran sesama sesendiri. Mereka akan pijak memijak sesama sendiri untuk memastikan mereka dinobatkan sebagai pemimpin tertinggi Umno.

Selepas pemilihan, berlakulah lobi-melobi untuk menjadi Menteri Kabinet. Tahun ini tahun berpolitik. Ekonomi nampaknya akan ditolak tepi.

Sekiranya ramalan pakar ekonomi dunia tepat bahawa ekonomi akan hanya pulih selepas tiga atau empat tahun lagi, BN mempunyai harapan tipis dalam pilihanraya akan datang. Kejayaan di Perak akan menjadi hanya kejayaan sementara.

Sudah jelas akan kemarahan pengundi dengan apa yang berlaku di Perak. Umno mungkin menafikan akan adanya kegelisahan dan ketidakpuasan hati pengundi dengan cara berpolitik di Perak. Tetapi itulah hakikatnya.

Kegelisahan ini jelas dari kenyataan Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim semalam yang berkata ahli-ahli politik terlalu sibuk berpolitik hingga lupa mewujudkan kerajaan yang baik.

Beliau mendesak supaya "ahli-ahli politik Malaysia lebih bertanggungjawab dan tidak melibatkan diri dalam pertelingkahan politik kerana ini akan menyebabkan pelaburan langsung asing (FDI) menjauhi Malaysia. (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=388112) (http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=388095)

Jelas Umno akan terus mengalami zaman sukarnya dan ekonomi akan menentukan jangka hayat Umno dan BN. Politik syok sendiri yang diomong-omongkan oleh pemimpin BN dan Umno akan berterusan.

Mungkin itulah tanda-tanda ketibaan maghrib kepada parti yang dianggap Musa Hitam kini sudah tua. http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/22/mstar_berita/20081022175231&sec=mstar_berita

3 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan.
Tepat dan bernas sekali article tuan ini. Saya sangat bersetuju dengan tuan bahawa pertukaran kerajaan di Perak menyemarakkan lagi tentangan rakyat kepada kerajaan, kerana cara pengambil alihan kuasa itu secara klik kluk oleh YB sahaja. Tunggulah episod berikutnya tahu lah langit itu tinggi rendahnya, laut itu dalam tohor airnya..

Pemerentah kita terlalu asyik berpolitik sahaja sehingga dilihat mengabaikan tanggong jawab kepada rakyat walaupun ada pakej rangsangan ekonomi kali kedua oleh TPM. Mereka ashik berkalikong ajer kerana hampir setahun berlalu selepas PRU 12, tiada tindakan drastik dibuat samaada oleh kerajaan atau umno. Nampaknya keadaan complacent masih meghantui pemimpin umno rupanya. Sikap takpa, takpa, takpa rakyat senang diperbodohkan dan digula-gula masih ada lagi pada benak pemimpin besar kita..

RAHISAM RAMLI said...

Benarkah semuanya salah kerajaan?

Bourne said...

slam tuan,

negeri hang dulu dikenali dengan nama jelapang padi. la ni nama apa hangpa dok pakai. kita lupakan lah agenda politik ni kerajaan hanya membentuk kestabilan itu yang perlu. tanggungjawab kita adalh membentuk kestabilan diri sendir.

hang ada berapa ekar tanah? dapatkan dalam 20 ke 30 ekar tanahsawah padi untuk kerjasama pilot project. aku ada technology untuk pemngembangan dan pecepatan kadar keluaran padi.

mana nak tau kot nanti nanti kita kaya balik. tang politik ni hangpa biarlah dulu.

tu komen yg nama sam tu tah sedar ke tak yang dia sendiri cekik perut. pasal apa? pasal keadaan sendiri yg tak mantap nak salahkan orang buat apa?

meh kita bisness.....email kat aku