Monday, September 19, 2022

ZAHID HAMIDI NAK GUNAKAN BANJIR UNTUK LEPASKAN DIRI DARI PENJARA

 









ZAHID Hamidi tengah GELABAH - tidur tak lena memikirkan akan kena PENJARA macam rakan beliau -NAJIB RAZAK.

Dalam pemikiran Zahid, agaknya, hanya PRU yang boleh menyelamatkan beliau dari merengkok ke dalam penjara. Mungkin, pada Zahid, dengan kuasa apabila menang PRU dan dia menjadi Perdana Menteri, kuasa yang ada pada PM boleh membebaskan dia dan Najib.

Atau jika kalah mungkin cikgu beliau, Anwar Ibrahim, boleh bebaskan beliau atau sekurang-kurangnya di kurung di tempat paling selesa di Malaysia.

Dalam kekalutan hidup Zahid, beliau sanggup MEREDAH BANJIR untiuk PRU walaupun rakyat sedang kesusahan mengharungi banjir.

Itulah otak presiden Umno - tak berubah. Segala-galanya untuk kepentingan diri sendiri.


Sunday, September 11, 2022

TOK MAT TAMAK MAKIN SOMBONG

 









TAK cukup dikenali sebagai TOK MAT TAMAK kerana MENGHALAU Khairy Jamaluddin dari Rembau, beliau menambah satu gelaran pada diri beliau - SOMBONG.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/998656/di-parlimen-mana-suka-hati-sayalah-saya-timbalan-presiden

"Suka hati sayalah,  saya Timbalan Presiden", kata Tok Mat Tamak apabila ditanya di mana beliau akan bertanding.

Nampaknya semua orang atasan Umno jenis bongkak, takbur dan sombong dan Tok Mat Tamak di antaranya.

14 tahun dan 3 penggal Khairy Jamaluddin "menjaga" Parlimen Rembau dengan baik, tiba-tiba Tok Mat Tamak menghalau beliau dari Rembau.

Kerana ketamakan beliau, Tok Mat Tamak bukan hanya mahu mengambil alih tempat Khairy, malah mahu juga bertanding di DUN Rantau.

Semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Umno tumpas di tangan PKR dan pembangkang. Tidak lah sehebat mana Tok Mat Tamak ni.

Hari ini, Khairy memberi gambaran Tok Mat Tamak berbohong apabila tidak mengaku ada "mengarahkan" KJ keluar dari Rembau.

Makin terserlah perangai BURUK Tok Mat Tamak sekarang ini.


https://www.agendadaily.com/politik/ia-benar-kata-kj-setelah-diarah-beri-laluan-kepada-tok-mat-di-rembau/

Thursday, September 8, 2022

MALAYSIA CIPTA SEJARAH, SPEAKER DEWAN RAKYAT BENARKAN BANDUAN HADIR SIDANG PARLIMEN

 









https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/08/najib-kekal-ahli-parlimen-hingga-proses-pengampunan-semakan-kehakiman-selesai-kata-azhar/

HARI ini teringin nak tanya satu soalan kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Negara mana yang benarkan BANDUAN hadir sidang Parlimen?

Atau Malaysia adalah negara pertama dalam sejarah dunia membenarkan seorang BANDUAN iaitu Najib Razak hadir ke sidang Parlimen, bertanya soalan, berdebat dan kemungkinan kena teh tarik dan kopi O di lobi Parlimen sambil di ekori oleh pegawai Penjara.

Semakin hari semakin pelik Speaker Dewan Rakyat.

Nak jadi pelik tak ada masalah, tapi jangan nampak bodoh.

Satu dunia akan ketawakan Malaysia bila Najib masuk ke Parlimen sebagai BANDUAN.


Wednesday, September 7, 2022

TOK MAT (HASAN) TAMAK

 











UMNO tak akan berubah.

Sifat tamak, takbur dan terpalit dengan kegiatan rasuah di kalangan pemimpin Umno tidak akan hilang begitu sahaja. Tidak akan ada KEINSAFAN. Contoh terbaik - Najib Razak.

Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Umno dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan kini dikenali sebagai "TOK MAT TAMAK" di kalangan ahli Umno.

Ini berikutan kenyataan beliau "MENGHALAU" Ahli Parlimen Rembau dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin keluar dari Parlimen Rembau.

Mat Hassan bukan saja mahu menyingkir KJ dari Rembau, malah ketamakan beliau terserlah apabila Mat Hassan mengumumkan mahu bertanding kedua-kedua kerusi Negeri dan Parlimen - Dun Rantau dan Parlimen Rembau.

Mudahlah kalau macam itu. Umno dah seperti parti tak tentu arah - pemimpin tentukan mana kerusi mereka nak kaut, bukan rakyat.

Apa kata semua ketua-ketua bahagian mencontohi Mat Hassan Tamak - bertanding di Parlimen masing-masing dan bertanding juga di salah satu Dun di bawah kawasan mereka?

Sudah bertahun-tahun KJ mencurah keringat di Rembau dan kini di "terajang" keluar oleh Mat Hassan Tamak.

Tapi kadang-kadang terasa juga padan muka KJ. Selama ini bukan main taat kepada Mat Hassan Tamak.

Kini KJ pun merata "KACAU" kawasan orang lain. 

Kejap-kejap nak pergi Port Dickson, kejap-kejap Kuala Pilah, kejap-kejap Tampin.

KJ sudah jadi pengacau kawasan orang. Takut dengan Mat Hassan Tamak dan berubah jadi pengacau kawasan orang lain.

Adalah lebih baik KJ bersara. Tak ada orang rasa RUGI kalau beliau bersara dari politik.

Takat nak jadi Menteri jaga Kesihatan, akan ada orang lebih baik dari beliau untuk menjaga portfolia Kesihatan.

BERSARA LAH, KJ! YOU WILL NOT BE MISSED.

https://www.astroawani.com/berita-politik/tok-mat-mahu-pertahan-kerusi-dun-rantau-tanding-parlimen-pada-pru15-379294



  

Sunday, August 28, 2022

ZAHID DAN PEMIMPIN UMNO SEKARANG AKAN MUSNAHKAN NEGARA JIKA KEMBALI BERKUASA

 













SEMALAM, harapan Umno untuk kembali berkuasa melalui PRU15 MUSNAH.

Ianya diMUSNAHkan oleh presiden mereka sendiri, Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas NAJIB RAZAK merengkok di dalam Penjara Kajang pada SELASA, 23 OGOS 2022, di dalam suasama ketakutan, Zahid Hamidi menekan Perdana Menteri Ismail Sabri untuk mengadakan PRU secepat mungkin, dan muslihatnya kita semua tahu, Zahid mahu merampas kuasa dan menjadi Perdana Menteri untuk memastikan mahkamah tidak memenjarakan beliau.

Tetapi kerakusan Zahid telah membunuh secebik peluang yang ada untuk Umno menang PRU15 nanti.

Semalam, Zahid menyerang rakannya sendiri iaitu Ismail Sabri di hadapan puluhan ahli Umno.

Bukan itu saja. Zahid dan kuncu-kuncunya termasuk Azalina Othman Said mendedahkan kepada rakyat bagaimana mereka akan memusnahkan sistem demokrasi negara termasuk menukar hakim-hakim dan Peguam Negara jika mereka memerintah.

Iannya bermaksud, jika Umno memerintah, jika pemimpin mereka MEROMPAK sepertimana dilakukan oleh Najib dan Zahid, hakim-hakim dan Peguam Negara yang akan mereka pilih dari penyokong mereka akan memastikan mereka selamat dari apa-apa tindakan undang-undang. Sistem kehakiman negara hanya untuk rakyat marhein dan bukan untuk pemimpin Umno seperti mereka.

PRU akan diadakan bila-bila masa. Bubarlah sekarang. Ia akan menjadi bahana kepada Umno.

Umno mesti ingat , Umno tidak ada pun 3 juta ahli. Kalau ada pun, dengan 3 juta ahli, Umno tak akan menang pilihanraya dengan mudah.

PRU 15 akan menyaksikan sekali lagi kebangkitan rakyat menentang PERASUAH seperti Zahid dan Najib dan konco-konco mereka.

Rakyat akan menolak Zahid sebagai Perdana Menteri. 




Friday, April 15, 2022

ISMAIL SABRI BUKAN PERDANA MENTERI YANG DIGERUNI ORANG POLITIK, MUDAH DIKOTAK KATIKAN

 









APABILA Muhyiddin Yassin bergelar Perdana Menteri, ramai pemimpin politik TAKUT kepada Muhyiddin termasuk Zahid Hamidi yang didedahkan oleh Muhyiddin sendiri membawa bertimbun file meminta PERTOLONGAN untuk dilepaskan dari diPENJARAkan.

Begitu juga Najib Razak. Muhyiddin ketika itu bukan pun Presiden Umno atau Naib Presiden Umno. Muhyiddin dari parti musuh Umno iaitu Bersatu.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri kali kedua, lintang pukang pemimpin-pemimpin Umno dan semasa pentadbiran Dr Mahathir, Najib ditangkap, rumah digeledah, beg tangan mahal-mahal Rosmah Mansor dirampas, Najib dan Rosmah di dakwa dan Najib dijatuhkan hukuman PENJARA 12 tahun. Tun juga pada masa itu bukan Presiden Umno dan bukan Naib Presiden Umno.

Tun Abdullah Badawi dikatakan seorang yang lembut tetapi para pemimpin Umno GENTAR dengan beliau. Ada Menteri yang memegang jawatan dalam tempoh singkat dan digugurkan oleh Pak Lah.

Kini Ismail Sabri bergelar Perdana Menteri. Pertama kali dalam sejarah Umno seorang Naib Presiden Umno memegang jawatan politik tertinggi di dalam negara.

Ada pemimpin politik TAKUT dan GENTAR kepada Ismail Sabri yang dikenali sebagai MAIL di kalangan ahli politik?

Ada kah orang politik TIDAK takut dengan Perdana Menteri?

Semasa PRN Johor, Zahid "tolak tepi" Mail dan beri penghormatan kepada Najib di atas kemenangan besar Umno di Johor. 

Semalam Majlis Kerja Tertinggi Umno bermesyuarat dan Mail diARAH oleh MKT yang diketuai Zahid Hamidi supaya JANGAN sambung MOU yang ditandatangani dengan pembangkang.

Di ARAH, ya, diARAH! 

Yang jelas Zahid tak TAKUT dengan Mail. Zahid tak takut kepada Perdana Menteri.

Kenapa begitu? 

Kerana Ismail Sabri tak berani seperti Dr Mahathir, seperti Muhyiddin, seperti Pak Lah. Pentadbiran yang cukup lemah, boleh di tolak ke sana ke mari oleh Zahid.

Jika Ismail percaya dengan keputusan MKT bahawa beliau akan dicadangkan sebagai PM untuk PRU-15, maka Ismail antara mereka yang hidup mereka mudah diTIPU.

Di Johor, Zahid pernah berkata, "barang lain yang di order, barang lain yang dapat".

Kalau tak percaya, Ismail tanyalah bekas Menteri Besar Johor HasniMohammad.

Ismail akan mengalami nasib yang sama seperti Hasni selepas PRU 15. 

Monday, February 28, 2022

MANA DASAR PENYELESAIAN EKONOMI ISMAIL SABRI PADA NEGARA?

 

ADA kah menggunakan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa begitu PENTING kepada Ismail Sabri yang baru setahun jagung menjadi Perdana Menteri?


Rakyat sudah lama menanti satu dasar dari Ismail yang berguna untuk negara. Harga barang naik. ekonomi entah ke mana.

Rakyat nak tahu bagaimana Ismail mahu membangunkan ekonomi rakyat dan menyakin dunia luar bahawa Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang mampu menerajui negara ke arah lebih baik.

Jika kepada Ismail menggunakan Bahasa Melayu di majlis rasmi dan antarabangsa lebih penting dari semua itu, kita terima saja lah nasib kita sekarang ini.


Thursday, February 17, 2022

HANYA TUN MAHATHIR BERJUANG MELAWAN KLUSTER MAHKAMAH DARI KUASAI NEGARA

 

TIGA hari lepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi Johor bahawa PRN Johor adalah MUSLIHAT kluster Mahkamah mahu menguasai Kerajaan dalam usaha mahu melepaskan diri dari menrengkuk dalam PENJARA.

Dalam keadaan masih belum sembuh sempenuhnya, Tun terus berjuang melawan kluster mahkamah yang telah melingkup negara selama ini.

Sedihmya Tun berseorangan dalam melawan kluster mahkamah dari terus merosakkan negara.

Pemipin-pemimpin politik laim seperti Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah hanya sekadar melepas batuk di tangga seolah-olah mereka bersama dan bersimpati dengan kluster mahkamah ini.

Muhyiddin masih dengan imej lembab beliau, hanya sekadar membuat herdikan manja kepada Najib Razak, sementara Tengku Razaleigh Hamzah sekadar membuat kenyataan sekali sekala tanpa ada sebarang usaha menentang kumpulan ini.

Anwar kita seda maklum. Beliau rakan karib Najib dan Zahid Hamidi. Tidak memeranjatkan sekiramya PKR bekerjasama dengan BN semasa PRU`15 nanti.

Begitu juga bekas-bekas pemimpin Umno, pemimpin-pemimpin Umno terutamanya ketua-ketua bahagian.

Mereka masih bertenggek kepada Najib. Entah apa rahsia dan keajaiban Najib sehinggakan seorang pesalah rasuah masih disanjung oleh mereka.

Negara tiada harapan selagi orang Melayu masih menyanjung penyamun dan penyanggak. 

Keputusan PRN Johor sudah boleh diduga. Melayu Johor tetap menyokong Umno walaupun parti itu dipimpin perasuah.


Sunday, January 30, 2022

MUSLIHAT ANWAR DAN UMNO MENGGUNAKAN SIMBOL PKR BERTANDING DI JOHOR?

 


CETEK pemikiran kita kalau kita percaya cakap-cakap Anwar Ibrahim bahawa keputusan PKR menggunakan simbol sendiri dan BUKAN simbol Pakatan Harapan kononnya mengambil kira SENTIMEN orang Melayu dan orang kampung.


Dangkalnya pemikiran pemimpin DAP dan Amanah yang GAGAL menghidu MUSLIHAT ini.

Keputusan Anwar ini jelas memberi gambaran bahawa Anwar dan PKR mahu MENJAUHI diri dari DAP dan Amanah.

Menggunakan simbol PH di Johor akan bermaksud PKR bersama DAP dan seteru Pas, parti Amanah.

Ini juga petanda keinginan Anwar mahu menjauhi diri dari DAP untuk kepentingan tertentu.

Sekiranya PKR tidak TERSUNGKUR seperti mana di PRN Melaka dan Sarawak, Anwar kelihatan sudah mengambil haluan lain.

Apa muslihatnya?

Sebarang kemenangan PKR di Johor adalah kemenangan PKR, bukan Pakatan Harapan, dan TIADA kena mengena dengan Pakatan Harapan.

Ia bermaksud PKR tiada hubungan dengan DAP walaupun pembahagian kerusi atas rundingan bersama di dalam PH.

Ia juga bermaksud jika PKR memenangi beberapa kerusi di Johor, Anwar ada peluang untuk membawa PKR bekerjasama dengan Umno dengan menubuhkan kerajaan negeri kerana kemenangan tersebut atas tiket PKR, bukan Pakatan Harapan.

Ia akan memberi ruang kepada PKR berpakat dengan Umno semasa PRU nanti.

Bukan rahsia lagi bahawa Najib Razak, orang yang dihukum penjara oleh Mahkamah, dan Zahid Hamidi yang dalam proses membela diri, ada agenda tertentu demi kepentingan peribadi mereka.

Wednesday, December 8, 2021

NAJIB RAZAK MENGHITUNG HARI UNTUK DIGARI DAN DIHUMBAN KE PENJARA

 

 

 HARI ini hari KEMENANGAN untuk RAKYAT Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk MEMENJARAKAN Najib atas pelbagai tuduhan.

Proses berikutnya ialah rayuan di Mahkamah Persekutuan. Kita berharap Mahkamah Persekutuan dapat mempercepatkan pendengaran rayuan Najib demi kepentingan rakyat kerana kes ini ada kes yang menyebabkan National Embarrassment. 

Sementara itu bolehlah Najib memulakan persiapan untuk mengharungi hidup baru di PENJARA Sungai Buloh.

Tak lama pun. Cuma DUA BELAS TAHUN SAHAJA.


Wednesday, October 6, 2021

UMNO TAK HEBAT MANA PUN. MINTA TOLONG DAP DI MELAKA

 

TAJUK satu laporan di sebuah portal berita berbunyi: "UMNO "MINTA NYAWA"  DARIPADA DAP SELAMATKAN KERAJAAN MELAKA" - RAUF

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/06/umno-minta-nyawa-daripada-dap-selamatkan-kerajaan-melaka-dedah-rauf/

Tak sehebat manapun Umno. Akhirnya menyembah kepada DAP jua.

Lagi menyedihkan, tak kedengaran pula Umno meminta tolong darpada parti-parti Melayu seperti Pas dan Bersatu.

Itulah Umno hari ini di bawah pimpinan Zahid Hamid dan tinggalan rakan sekluster mahkamah - Najib Razak.


Friday, September 10, 2021

BANDUAN AKAN NASIHAT NEGARA MENGENAI EKONOMI?

 

KHABARnya hari ini Ismail Sabri akan mengumumkan perlantikan Najib Razak yang telah diHUKUM oleh Mahkamah sebagai Penasihat Ekonomi Negara.

Terkenang kita kepada slogan Air Asia - Everyone can Fly.

Perlantikan Najib pastikan menguntungkan rakyat - Everyone can be rich (SEMUA RAKYAT AKAN KAYA)

Tahniah Ismail Sabri


Monday, August 30, 2021

ISMAIL SABRI; JANGAN LAYAN SELERA ZAHID HAMIDI & NAJIB

 







KHABARnya ada yang terlalu GEMBIRA dengan KEJATUHAN Muhyiddin Yassin dan Umno berjaya MERAMPAS jawatan Perdana Menteri tanpa perlu menunggu PRU-15.

Pelbagai agenda peribadi dapat disusun termasuk mereke-mereka yang telah didakwa di Mahkamah.

Malah sudah ada dakwaan di luar sana bahawa akan ada kluster mahkamah akan terlepas termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang awal-awal lagi memberi peringatan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri - JANGAN campurtangan urusan mahkamah.

https://www.sinarharian.com.my/article/94837/KHAS/Pendapat/Campur-tangan-politik-di-mahkamah

Sudah ada persepsi di kalangan rakyat bahawa kluster mahkamah akan terlepas dengan Umno memegang tampuk pemerintahan.

Ismail perlu ingat bahawa mentadbir negara tidak semudah dulu. Rakyat kini bebas mengkritik secara terbuka. Sosial media akan menjadi medan rakyat menilai pentadbiran Ismail.

Najib dan Zahid telah mengkhianati negara, rakyat dan Umno. Dan telah dihukum semasa PRU14 dulu.

Umno akan dihukum lebih dahsyat lagi jika Ismail hanya mahu menjaga SELERA Zahid dan Najib.

Ismail sekarang seorang Perdana Menteri - bukan office boy kepada Zahid atau Najib.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Zahid selepas mesyuarat MKT Umno baru-baru ini umpama mahu mengajar Ismail bagaimana hendak mentadbir negara.

Ismail kena ingat, bukan SELERA Najib dan Zahid yang perlu dipenuhi.

Ianya SELERA rakyat dan negara yang perlu dipenuhi oleh Ismail.

Selamat bertugas, Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.




Friday, August 13, 2021

HALANG GENG KLEPTOKRAT KEMBALI MEMERINTAH

 Ulasan filem dokumentari The Kleptocrats (2018): Kleptokrat tumbang di kaki  rakyat, wartawan | by Haizir Othman | Medium 

"..saya juga seperti anda semua, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat kembali memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera, - petikan terbaik hari ini datangnya dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

RUMAH HADI, JAUH LEBIH TERSERGAM RUMAH PRESIDEN UMNO, NAJIB, ANWAR IBRAHIM

 PM jumpa Hadi di Rusila - Malaysiapost  

INI lah rumah Presiden Pas Haji Hadi Awang.

Jauh bezanya dengan rumah-rumah Presiden parti-parti politik lain, baik Presiden Umno Zahid Hamidi, Presiden PKR Anwar Ibrahim, dan presiden-presiden parti komponen BN.

Rumah-rumah Menteri-Menteri Umno, Ketua-ketua Bahagian Umno jauh lebih tersergam kalau dibandingkan dengan rumah Hadi.

Baik buruk Hadi Awang, tidak lah semewah pemimpin-pemimpin politik lain.

Thursday, June 17, 2021

HANYA MAHIADDIN UNTUNG BUAT DARURAT DENGAN KEKAL SEBAGAI PM, RAKYAT TERUS MERANA

 Image 

SELEPAS tiada RESPON dari Mahiaddin Yassin kepada kenyataan DYMM YPDA dan Majlis Raja-Raja semalam, hari ini Mahiaddin mengeluarkan satu kenyataan sekadar - NOTED - kepada kenyataan-kenyataan Agong dan Raja-Raja.

Respon tersebut hanya kenyataan satu mukasurat dan bukannya menerusi PERUTUSAN khas yang sering Mahiaddin lakukan.

Sehingga petang tadi, kita tertanya-tanya kemana menyorotnya Mahiaddin selepas kenyataan dibuat oleh Raja.

Jika kita teliti betul-betul kenyataan Istana itu, amat jelas ianya memberi gambaran Mahaiddin GAGAL menjalankan tugas beliau kepada rakyat dan negara.

Apa faedah DARURAT kepada rakyat yang dikuatkuasakan oleh beliau? Hanya satu saja FAEDAHnya iaitu DARURAT memberi faedah kepada Mahiaddin untuk kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri dan rakyat terus sengsara - hilang pekerjaan, hilang mata pencarian, paling memilukan hilang ahli keluarga.

Lihatlah pada kenyataan Raja-Raja semalam. Raja-Raja umpama melahirkan rasa kecewa dengan Mahiaddin.

Antara kenyataan Raja-Raja:

1. Covid semakin teruk walaupun negara di dalam keadaan darurat.

2. Ekonomi merudum.

3. Rakyat terus susah - hilang pekerjaan dan pendapatan.

4. Rakyat tidak dapat beribadah.


Hanya Mahiaddin yang tak terjejas - masih berjawatan Perdana Menteri.


Pendek kata, Mahiaddin mentadbir sebuah kerajaan yang GAGAL. Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang GAGAL.

Rakyat nak tengok, bila Mahaiddin nak buka Parlimen. Memalukan apabila kerajaan beliau masih lagi mempermainkan kenyataan YPDA dengan kenyataan kononnya Agong tidak sebut bila Parlimen harus bersidang.

Sungguh memalukan dan menghina cara kerajaan mentafsir kenyataan YDP Agong semalam.


 

Saturday, May 29, 2021

MANA SUMBANGAN ORANG KAYA UNTUK LAWAN COVID?

 Miskin Kaya Yang Niscaya? - Padana Indonesia - Suar Berkelanjutan 

SEMALAM ada bersembang dengan seorang bekas pemimpin negara.

Kata dia, dulu-dulu pernah dia bersembang dengan pemimpin lagi atas dari dia.

Masa tu, kata dia, ada pemimpin di atas secara berseloroh berkata: "Yang kecik-kecik ini kita bagilah kepada yang bawah-bawah tu, yang besar-besar kita agih sesama kita."

Itu dulu. Tapi ada benarnya juga. Kita tengok orang politik kaya raya. Baru-baru ini ada seorang Ahli Parlimen rumahnya macam istana sampai 6 lot bungalow.

Ada juga orang politik rumahnya punya lah luas sampai rumah yang sama mempunyai banyak pintu masuk sehinggakan ada dua alamat rumah jalan yang berlainan kerana kawasan rumah begitu luas sehingga merangkumi dua jalan besar.

Begitulah hebatnya ahli politik Melayu.

Zaman covid ini, ramai yang mengkritik itu ini?

Tetapi ada kita dengar Menteri-Menteri tawar untuk potong gaji mereka? Ada kita dengar selain kritikan, orang-orang kaya dalam PKR, Pakatan Harapan dan Umno buka tabung untuk sumbang bantu kerajaan lawan Covid?

Dulu masa Najib Razak kena dakwa bukan main ada Tabung sampai ada orang yang sumbang rantai leher untuk bantu Najib.

Kita terlihat satu gambar di mana dua frontliner berjalan kaki ke kampung-kampung di Pengkalan Hulu untuk buat ujian swab ke atas penduduk kampung.

 
Image 

YA,berjalan kaki.

Cuba kita ingat balik semasa PRU dan pilihanraya kecil. Beribu-ribu kereta masuk kampung berkempen.

Masa covid ini, frontliner jalan kaki lah.

Tak ada ke orang politik nak bantu sumbang van atau apa-apa sumbangan untuk melawan Covid.

Di negara maju seluruh negara bersatu berganding bahu melawan Covid.

Di Malaysia, lagi teruk Covid, lagi teruk imej Muhyiddin, lagi cerah peluang orang tertentu berkuasa.

Yang pernah jadi penyamun pun, hari ni cuba jadi hero, bermimpi nak jadi Perdana Menteri kali kedua. 

Kalau lah zaman dia tak sapu sebanyak itu, tak lah teruk sangat negara ini merana.

Thursday, May 27, 2021

MUHYIDDIN HARUS DIPUJI KERANA PECAT TAJUDDIN

 tumpang sekole...?: Before slapping Chinese, Tajuddin should first slap  Najib... 

SEMALAM Muhyiddin Yassin MEMECAT Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Rahman sebagai Pengerusi bukan eksekutif Prasarana.

Walaupun tiada sebab dinyatakan, amat jelas pemecatan beliau ada kaitan dengan sidang akhbar Tajuddin yang mempermainkan insiden kemalangan LRT dan tidak sensitif kepada tragedi yang menimpa penumpang LRT serta sikap RASIS beliau terhadap seorang wartawan media antarabangsa.

 
Tajuddin Rahman Dipecat Sebagai Pengerusi Prasarana 

Tindakan Muhyiddin harus dipuji walaupun beliau membuat KESILAPAN dengan memberi jawatan kepada Tajuddin di dalam GLC.

Kita berharap ini NORMA baru Muhyiddin dalam mentadbir negara - PECAT siapa sahaja yang tidak menjalankan tugas dengan baik.

Seharusnya sudah lama Tajuddin diambil TINDAKAN oleh Najib Razak, Umno dan kerajaan terdahulu.

Tetapi siapa tak kenal Najib. Beliau sanggup menyimpan seorang perasuah, rasis dan seksis semata demi kuasa dan kerana si polan menyokong beliau.

Jadi tidak hairanlah jika beliau menerusi posting di FB beliau mengenai Tajuddin cuba meraih simpati untuk Tajuddin.

Apa kita nak hairan dengan Najib, itulah nilai diri beliau selama ini.


Saturday, May 8, 2021

ZAMAN PN, 151 RAKYAT MENINGGAL DUNIA DALAM 8 HARI YANG LALU

  BERNAMA - COVID-19 vaccine: Manufacturing, industrial workers in Penang,  Selangor given priority

OGOS 2020:  Azmin Ali: Jika PH masih Kerajaan, lebih banyak rakyat Malaysia mati akibat COvid-19.

8 MEI 2021; Dalam masa 8 hari minggu, 151 rakyat meninggal dunia kerana Covid.

Ini zaman Kerajaan PN Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.

Itu saja nak beritahu kawan-kawan.