Saturday, March 7, 2015

SOKONG MUHYIDDIN: LAKUKAN AUDIT FORENSIK KE ATAS 1MDB

Image result for muhyiddin+najib
SEMALAM  Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai isu 1MDB di mana beliau menekankan perlu dilaksanakan AUDIT FORENSIK untuk menentukan tiada PENYELEWENGAN di dalam urusniaga 1MDB.

Muhyiddin juga mendesak supaya SIASATAN ke atas 1MDB sejak 2009 lagi.

Timbalan Perdana Menteri juga mahukan supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara turut memulakan siasatan SERENTAK tanpa menunggu audit yang akan dilakukan oleh Ketua Audit Negara.

Apabila membaca kenyataan Muhyiddin, Jelapang merasakan rupa-rupanya Perdana Menteri Najib Razak mempunyai gandingan kepimpinan yang mantap bersama Muhyiddin.

Terkenang Jelapang kepada Allahyarham Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman (kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos 1973), gandingan yang jitu bersama Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa Najib.

Allahyarham Tun Dr Ismail dikenali sebagai seorang yang TEGAS dan bertanggungjawab memulihkan KEYAKINAN RAKYAT semasa pentadbiran Tun Razak.

Ismail Rahman.jpg
Walaupun tiada akhbar Umno semalam berani meletakkan kenyataan Muhyiddin di muka hadapan, nampaknya kenyataan Muhyiddin semalam menggambarkan Timbalan Perdana Menteri kini sedang BERUSAHA KERAS untuk cuba mengembalikan semula KEYAKINAN RAKYAT KEPADA NAJIB DAN ROSMAH MANSOR yang sudah lama LUNTUR dan PUDAR.

Amat jelas sekali kenyataan Muhyiddin semalam menunjukkan sikap IKHLAS beliau mahu memperbaiki keadaan dan memastikan NAJIB terus memimpin negara walaupun diserang hebat berikutan rekod pentadbiran yang kurang memuaskan dan imej buruk yang dibawa oleh Rosmah. Juga jelas sekarang Muhyiddin memiliki salah satu kualiti yang ada pada Tun Dr Ismail.

BERIKUT KENYATAAN MUHYIDDIN YASSIN SEMALAM MENGENAI 1MDB



KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
BERHUBUNG ISU 1MDB
 
6 MAC 2015
 
Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.
 
Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB yang mana laporannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk penelitian lanjut.
 
Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya. Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte.
 
Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita. Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.
 
Oleh kerana dakwaan terhadap 1MDB  melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks serta menyentuh kepentingan negara dan kerajaan, Ketua Audit Negara mestilah diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama untuk menyiapkan satu laporan yang lengkap dan komprehensif. Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur. Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan.
 
1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial. Untuk membersihkan nama 1MDB, tindakan undang--undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas. Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.
 
Lembaga Pengarah perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan. Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat. Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.
 
TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1114701


NOTA: Jelapang terkejut dengan berita adanya ura-ura mahu MENUTUP 1MDB. Bukankah firma audit Deloitte telah memberikan laporan yang memuaskan kepada Kabinet Rabu lepas. Jika 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan, kenapa mahu ditutup 1MDB?


PETIKAN DARI KENYATAAN NAJIB

"Setelah menerima penjelasan dari 1MDB dan Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB, dan hasrat mereka supaya syarikat itu dibenar melaksanakan hasil semakan strategiknya yang dicadangkan."

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/03/04/najib-arah-ketua-audit-negara-sahkan-audit-1mdb/

Friday, March 6, 2015

ADA KETUA BAHAGIAN MEMILIKI HELIKOPTER, ADA KETUA BAHAGIAN YANG SUKA "MEMINTA"

Image result for najib+1mdb

Rakan Jelapang, GELAGAT ANWAR, menulis mengenai perjumpaan Ketua-Ketua Bahagian Umno yang akan berhimpun di PWTC Ahad ini dan di akhir perjumpaan mereka dikatakan akan menyatakan sokongan padu kepada Najib Razak.

Ini budaya Umno. Apabila pemimpin hampir kepada saat-saat akhir hayat politik mereka, maka akan adalah perhimpunan seumpama ini.

Di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pun sama. Pada satu ketika petani dan peladang di bawa berbas-bas oleh Menteri Pertanian pada masa itu, Sanusi Junid, ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba dan Tun Dr Mahathir.

Apabila Tun Dr Mahathir mendengar desas desus akan dicabar, setiausaha-setiausaha politik akan menghantar "mesej" ke akar umbi meminta penyokong keluar beramai-ramai menyambut ketibaan beliau di lapangan terbang untuk memberi gambaran bahawa Tun Dr Mahathir disokong ramai. Begitu juga dengan Pak Lah.

Ahad ini tiada beza dengan era Tun Dr Mahathir dan Pak Lah.

Ketua-ketua bahagian yang sepertimana dikatakan Gelagat Anwar yang "tidak akan mati miskin dan tidak akan mati tidak berduit" akan berpusu-pusu ke PWTC untuk menyokong Najib.
https://gelagatanwar.wordpress.com/2015/03/05/apa-lah-demand-170-ketua-umno-bahagian-najib-akan-manjakan-ketua-umno-bahagian-bagai-menatang-minyak-yang-penuh-masyuk/

TETAPI bukan semua Ketua Bahagian hidup mewah. Ada ketua bahagian yang sudah 4 penggal menjadi Ketua Bahagian sanggup "meminta" dari orang lain "duit belanja" untuk mengadakan mesyuarat bahagian.

 Ada ketua bahagian sanggup menghadiri apa saja majlis yang diadakan di pusat dengan harapan dapat "duit poket" di akhir majlis.

Jelapang sedih melihat nasib sesetengah Ketua Bahagian yang menyokong MEMBABI BUTA tetapi cara hidup mereka jauh berbeza dari Naqib-Naqib (meminjam kata-kata Gelagat Anwar) disekeliling Najib.

Jelapang tahu ada Naqib memiliki helikopter persendirian. Ada Naqib yang hidup dibela oleh towkay-towkay Cina. Jelapang tahu Ketua Bahagian mana dan Ketua Wanita mana yang menerima gaji dari syarikat kepunyaan Cina.

Jelapang juga tahu anak-anak ahli politik mana yang di"park"kan di syarikat-syarikat Cina.

Towkay-towkay Cina dan India seperti Vincent Tan, Francis Yeoh dan Ananda Krishnan sudah pasti ketawa sendiri ketika hendak beradu memikirkan gelagat ahli politik Melayu Umno ini.

Apa tidaknya, hidup pun disuapkan oleh mereka bertiga.

Tetapi tidak mengapa. Ketua-ketua bahagian yang bukan Naqib ini rela diperbodohkan oleh Naqib-Naqib ini.

Mereka tidak akan mati miskin tetapi mereka tidak akan merasa akan kemewahan yang dikecapi oleh Naqib-Naqib ini.

Esok, Najib akan menerima sokongan padu dari Ketua-Ketua Bahagian.

Kita tidak terpegun dengan sokongan tersebut kerana sudah menjadi lumrah di dalam Umno, disaat-saat akhir hayat politik seorang pemimpin, mereka perlu dilihat disokong rakyat walaupun menanti masa untuk meninggalkan persada politik.

NOTA: Jelapang berharap Ketua-Ketua Bahagian juga turut bersatu mengucapkan terima kasih kepada Jutawan berketurunan India, Ananda Krishnan, kerana menyelamatkan 1MDB tempoh hari. Tanpa jutawan India dan Cina, siapalah Melayu ditanahair sendiri. Kalau 1MDB terkulai, Melayu juga yang malu.

Tuesday, March 3, 2015

TIADA GUNA PERTEMUAN SOLIDARITI TANPA PEMIMPIN TERDAHULU & AHLI KELUARGA NAJIB

Image result for najib 1mdb

TAHNIAH kepada Ketua Bahagian Cheras Syed Ali Al-Habshee kerana menyokong kuat rancangan untuk mengadakan mesyuarat S-O-L-I-D-A-R-I-T-I Ahad ini bagi menunjukkan kepada DUNIA bahawa Perdana Menteri Najib Razak mendapat sokongan kuat dari akar umbi.

Menurut Syed Ali, 170 ketua bahagian sudah bersetuju untuk menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan Ahad ini.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/02/27/Umno-division-chiefs-for-solidarity-meet/

Alangkah baiknya sekiranya Syed Ali turut memastikan adik-adik Najib - Johari, Nizam, Nazim dan Nazir - juga turut serta di dalam program solidariti ini.

Dan DUNIA akan kagum dengan Syed Ali sekiranya beliau berjaya membawa bersama bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Bendahari Umno dan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin serta bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk turut serta menunjukkan semangat solidariti kepada Najib Ahad nanti.

Tiada makna solidariti kalau adik-adik Perdana Menteri dan bekas pemimpin besar Umno tidak menghadiri majlis tersebut.

Apalah nilai Ketua Bahagian sekarang ini jika dilihat kepada sikap oportunis politik mereka dan setakat menjadi "yes man" atau "pak turut".

Ketika rakyat membicarakan mengenai isu 1MDB, Jelapang ingin bertanya kepada Syed Ali berapa ramai Ketua Bahagian yang faham mengenai isu 1MDB.

Malahan ada para Menteri sendiri pun terkial-kial hendak menjawab isu 1MDB.

Mungkin Syed Ali antara yang PAKAR dalam isu 1MDB. Jika benar beliau amat memahami isu 1MDB, kita berharap beliau dapat menjelaskan isu ini kepada pengundi Cheras supaya di dalam PRU-14 nanti, BN menang di bahagian beliau.

Tiada guna pertemuan solidariti kalau setakat menjadi "pak turut".

Tanggungjawab Ketua Bahagian ialah menjaga wang rakyat dan 1MDB adalah wang rakyat.

Kalau isu 1MDB pun Ketua Bahagian tidak faham, ini kan pula ingin "menjaga" wang rakyat di dalam 1MDB.

Saturday, February 28, 2015

MASIH LAKUKAH IMEJ NAJIB?

SEMALAM, Merdeka Center mengeluarkan hasil kajian mereka dan keputusannya ialah - POPULARITI Najib Razak menurun kepada 44 peratus dari 46 peratus awal tahun ini.
Image result for najib+rosmah

Apa kesannya kepada Umno? Dan yang lebih penting apa kesannya kepada BN pada PRU-14 nanti?

Tidak perlu kita bertanya kepada Ketua-ketua Bahagian Umno yang akan berkumpul ramai-ramai pada 8 Mac nanti untuk menunjukkan sokongan kepada Presiden parti.

Umum mengetahui, Ketua-ketua Bahagian adalah opportunis. Mereka menyokong berdasarkan kepentingan.

Sokongan mereka tiada MAKNA dan NILAI. Tanya Dr Mahathir Mohamad dan Pak Lah.

Majlis sokongan besar-besaran seperti ini perkara biasa dalam Umno (sekarang diberi nama baru - SOLIDARITI) dan majlis seumpama diadakan apabila pemimpin yang disokong merasakan dirinya TERGUGAT.

Maka untuk memberi gambaran bahawa beliau masih disokong, maka dihimpunkan Ketua-Ketua Bahagian untuk menunjukkan sokongan.

Perhimpunan yang sama dibuat di era Tun Dr Mahathir dan sekiranya Anwar Ibrahim tidak disingkir dari Umno dan disingkirkan, Dr Mahathir pun boleh "jalan" pada masa itu.

Di zaman Pak Lah pun sama. Ketua-ketua bahagian, termasuk Najib, juga menyatakan sokongan terhadap Pak Lah dan akhirnya, Pak Lah rebah. Pada masa itu, ada Ketua Bahagian sampai ke tahap sanggup TIDUR di rumah Pak Lah. Lebih gelihati, ada yang sanggup MENG-URUT kaki Pak Lah untuk menunjukkan tanda sokongan.

Kesudahannya, bila tiba masanya, Pak Lah toleh belakang dan dapati semua Ketua Bahagian dah LARIKAN diri.

Oleh itu, bagi Jelapang, perhimpunan Solidari Ketua Bahagian 8 Mac nanti tiada makna apa-apa kepada Ketua-Ketua Bahagian - "hampa suruh mai, aku mai".

Tetapi sudah pasti ia amat bermakna kepada pemimpin yang merasakan dirinya tergugat.

Kepada ahli-ahli Umno, adalah baik jika mereka merenung hasil kajian terkini Merdeka Center.

Apa kesannya kepada Umno? 

Jika semasa PRU-13, BN menjual imej Najib kepada rakyat, apakah imej yang sama akan "LAKU" pada PRU-14.

Renung-renunglah.

Baca hasil kajian Merdeka Center di link ini:
file:///C:/Documents%20and%20Settings/Admin/My%20Documents/Downloads/january%202015%20national%20poll%20approval%20rating%20%20top%20issues%201.pdf


file:///C:/Documents%20and%20Settings/Admin/My%20Documents/Downloads/news%20release%20-%20jan%20%202015%20approval%20rating.pdf



Wednesday, February 25, 2015

SAYANGKAH LAGI UMNO KEPADA TUN RAZAK?

Image result for siblings+najib

JELAPANG begitu bersimpati dengan keluarga Toh Puan Rahah pada masa ini.

Sedih kerana tiada satu pun media milik Umno semalam dan hari ini yang menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh anak-anak Allahyarham Tun Abdul Razak untuk MEMASTIKAN nama bapa mereka, NEGARAWAN TERUNGGUL, dari tercemar.

Jelapang tidak berminat untuk mengulas apa yang tersirat di dalam kenyataan semalam.

Apa yang dilakukan oleh anak-anak Allahyarham semalam hanya ingin memperjelaskan bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak adalah pemimpin yang BERPRINSIP, BERJIMAT dan BERINTEGRITI.

Allahyarham Tun Razak merupakan HAMBA kepada rakyat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno sehinggakan beliau sakit pun disembunyikan beliau dari ahli keluarga semata-mata mahu MENGHAMBAKAN diri kepada rakyat.

Tetapi sedihnya, penjelasan semalam oleh anak-anak Allahyarham - Johari, Nizam, Nazim dan Nazir - tidak mendapat tempat di dalam media Umno.

Itulah nasib bekas pemimpin.

Ingat-ingatlah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Esok bila sudah tiada, nasib yang sama akan menimpa mereka.

Sebagai menghormati keluarga Toh Puan Rahah, Jelapang siarkan semula penjelasan anak-anak beliau semalam.

"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak. Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan hidmatnya serta pengorbanannya kepada negara. Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya. Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini." 

Tuesday, February 24, 2015

ALLAHYARHAM TUN RAZAK SEORANG YANG BERPRINSIP & BERINTEGRITI, KATA JOHARI, NAZIM, NIZAM & NAZIR

Image result for tun razak

"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak. Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan khidmatnya serta pengorbanannya kepada negara. Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya. Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini." 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-razak-bimbang-spekulasi-tentang-harta-peninggalan-kata-adik-beradi

Kenyataan di atas dikeluarkan oleh anak-anak Allahyarham Tun Abdul Razak yang ditandatangani oleh anak Allahyarham - Johari, Nizam, Nazim dan Nazir - KECUALI Perdana Menteri Najib Razak.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan The New York Times baru-baru ini. 

http://www.nytimes.com/2015/02/09/nyregion/jho-low-young-malaysian-has-an-appetite-for-new-york.html?_r=0

Monday, February 23, 2015

KOS DYE RAMBUT ROSMAH RM1,200

Image result for rosmah mansor

"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya. Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti." - ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rosmah-khuatir-peniaga-ambil-kesempatan-terhadap-suri-rumah-dengan-gst

KESUDAHANNYA, kita mengetahui RAHSIA kecantikan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Untuk rambut kelihatan cantik, kosnya tidak MURAH. RM1,200 dibelanjakan oleh Rosmah untuk setiap kali men"dye"kan rambut beliau.

Kos untuk membuat baju pun tidak murah - RM500 sehelai.

Kasihan Jelapang membaca keluhan Rosmah hari ini berikutan kos dye rambut dan tempah baju yang mahal. Nasib baik ada GST, kerana dengan GST, kata Rosmah, ianya dapat mengawal harga men"dye" rambut dan menempah baju.

Sebagai rakyat, kita kena terima. Rosmah adalah isteri Perdana Menteri dan perlu sentiasa kelihatan cantik lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa ke luarnegara bersama Perdana Menteri bertemu isteri-isteri pemimpin dunia. 

Mungkin ada orang Kedah yang merasa terkilan. RM1,200 bukan sedikit. Untuk dapat RM1,200 sebulan bukan main perit.

Berjemur tengah panas di bendang sampai 4 bulan belum tentu ada hasilnya. Ada yang tak pernah tengok KLCC dan Putrajaya kerana tak mampu ke KL. Kalau tengok Putrajaya dan KLCC pun di RTM TV1. 

Yang jadi nelayan, berjuang dengan gelombang besar untuk dapatkan RM1,200 sebulan. Tetapi realitinya, nak dapat RM500 sebulan pun payah.

Yang menoreh getah, kena fikir berapa batang pokok getah kena toreh kalau nak dye rambut. Yang jual kuih, kena kira berapa karipap perlu dijual untuk men"dye" rambut.

Orang Melayu yang tinggal di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, ada yang tak pernah tengok Langkawi kerana jangankan nak melancong, nak makan hari-hari pun tak pernah mencukupi. Begitu juga dengan kakitangan kerajaan.

Tetapi tidak mengapa. Yang penting di tanah tumpah darah kita ini ialah PERPADUAN. Orang Melayu tak sanggup berpecah kerana jika berpecah, maka kuasa Melayu akan tergugat.

Walaupun kualiti pemimpin hari ini bagaikan langit dengan bumi dibandingkan dengan pemimpin terdahulu, tidak mengapa, yang penting orang Melayu BERSATU dan mendokong pemimpin yang ada.

Walaupun begitu besar keangkuhan mereka dengan kekayaan, tidak mengapa, orang Melayu pentingkan perpaduan walaupun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.

Thursday, February 12, 2015

TUN MAHATHIR MAHU NAJIB LETAK JAWATAN?

Image result for mahathir+najib


"Saya akan meletakkan jawatan. Jika anda tidak melaksanakan dan orang mengatakan anda tidak bagus, sila letak jawatan." - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Baca artikel di link ini :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-letak-jawatan-kalau-masih-pm-kata-dr-mahathir

SIAPA yang bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno maksudkan?

Walaupun Tun tidak menyatakan siapa yang harus meletakkan jawatan, Jelapang membuat kesimpulan, ianya DITUJUKAN KEPADA NAJIB RAZAK.