Showing posts with label irwan serigar abdullah. Show all posts
Showing posts with label irwan serigar abdullah. Show all posts

Wednesday, October 24, 2018

IRWAN SERIGAR DIDAKWA ESOK






Irwan Serigar ditahan SPRM, didakwa esok


Sharaimei Shaik Ahmedullah & Hakimi Ismail

24 Oktober 2018 6:20 PM

PUTRAJAYA 24 Okt. - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pecah amanah membabitkan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Menurut sumber, beliau ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan pada pukul 3.25 petang.

Dalam pada itu, SPRM dalam satu kenyataan berkata, Irwan Serigar akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Sementara itu, SPRM turut menggeledah rumah Irwan Serigar di Presint 8 di sini selepas beliau dibawa keluar oleh lima pegawai SPRM pada pukul 4.30 petang dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey bewarna emas.

Menurut sumber, SPRM ke rumahnya untuk menggeledah bagi mendapatkan bukti mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan IPIC.

Operasi mengeledah rumah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu berakhir 15 minit kemudian sebelum beliau dibawa semula ke ibu pejabat SPRM untuk meneruskan sesi mengambil keterangan.

Ketika keluar dari rumah tersebut, pegawai SPRM dilihat membawa satu beg bimbit dan dua pasang blazer atau kot dipercayai miliknya.

Beberapa petugas media yang terdiri daripada wartawan dan jurugambar turut berada di rumah beliau untuk merakam sesi geledah itu namun, dihalang oleh ahli keluarganya.

Jurugambar turut diminta oleh ahli keluarganya agar memadam gambar yang diambil kerana dakwa mereka tindakan itu seolah-olah tidak menghormati privasi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/irwan-serigar-ditahan-sprm-didakwa-esok-1.774164#ixzz5UrF6oYPM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, May 9, 2015

NAJIB: CUKUPLAH. SINGKIRKAN AZEEZ RAHIM & EMPAT SEKAWAN INI DARI TABUNG HAJI

"KAMI pun ada maruah. Kami pertahankan maruah kami." - Azeez Rahim, Pengerusi Tabung Haji.


MARUAH apa? Kalau Tabung Haji ada maruah, ia tidak akan mengkhianati penyimpan dengan tindakan membeli tanah dengan harga RM2,800 kaki persegi padahal tanah tersebut yang asalnya kepunyaan orang Melayu dijual oleh Kerajaan kepada 1MDB dengan harga RM60 kaki persegi.

Pembelian ini dibuat secara diam-diam dan jika tidak didedahkan di blog, sudah pasti Tabung Haji akan terus berleluasa menyelamatkan 1MDB.

Sehingga hari ini, bila disebut 1MDB, apa yang terbayang di fikiran rakyat ialah gambar Jho Low berpesta arak dengan aktres Amerika Syarikat Paris Hilton.
Image result for jho low

Orang kampung memerah keringat menabung untuk ke Tanah Suci, Azeez dan kuncu-kuncunya dengan tanpa ada perasaan bersalah membayar harga yang mahal untuk menyelamatkan 1MDB dan Jho Low.

Apakah Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno merasakan dengan keputusan menjual semula tanah 1MDB, rakyat sudah memaafkan mereka?

Ini bukan isu perniagaan Tabung Haji. Ini isu MORAL.

Isu ini tidak selesaikan dengan keputusan Najib dan Tabung Haji menjual tanah tersebut.

Ini isu Tabung Haji MENGKHIANATI orang Islam. 

Keyakinan rakyat kepada Tabung Haji merudum KECUALI di kalangan beberapa Ketua Bahagian yang "RAPAT" dengan pemimpin tertentu.

Yang bukan Ketua Bahagian, rakyat biasa, tidak mengira Melayu Islam Umno, Pas, PKR, DAP, Melanau MARAH MELUAP-LUAP dengan PENGKHIANATAN Najib, Azeez Rahim dan ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

PENGKHIANATAN Azeez dan ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji ini telah MELUCUTKAN kelayakan mereka untuk terus mengurus Tabung Haji.

TIADA PILIHAN LAIN BUAT AZEEZ, ISMEE ISMAIL, JOHAN ABDULLAH, SAMAD ALIAS DAN ERWAN SERIGAR KECUALI MELETAKKAN JAWATAN.

Isu ini tidak akan selesai dan keyakinan orang Melayu dan Islam kepada Tabung Haji tidak akan pulih sekiranya NAJIB TIDAK MENYINGKIRKAN MEREKA dari Tabung Haji.

HENTIKAN LAH PENGKHIANATAN INI.


P/S: WAHAI JOHAN. WAJAH MU MENGGAMBARKAN KEANGKUHAN KAMU. INGATLAH TABUNG HAJI BUKAN MILIK KALIAN. IA MILIK KAMI, ORANG MELAYU ISLAM. JANGAN SAMPAI KALIAN DILUDAH OLEH ORANG MELAYU DEK PENGKHIANATAN KAMU.