Wednesday, June 26, 2019
'BOSS KITA" ZAHID HAMIDI DIDAKWA TERIMA RASUAH DUIT SINGAPORE
KEHEBATAN Ahmad Zahid Hamidi semasa memegang jawatan kerajaan dan Presiden Umno semakin terserlah hari ini.
Zahid didakwa MENERIMA 4.24 JUTA (lebih RM12 juta) dalam matawang Singapura daripada sebuah syarikat pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), dua tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/06/469234/zahid-didakwa-terima-sogokan-sgd424-juta
Selepas didakwa, kem Zahid menyebar satu poster dan video kononnya diTAHAN kerana mendaulatkan Islam.
Video tersebut dipenuhi dengan gambar-gambar Zahid mengimamkan solat dan berdoa disurau-surau dan masjid. Biasalah bila mahukan simpati, muzik yang mengiringi video tersebut mestilah bernada sedih.
Kalau itu caranya mempertahankan Islam, ramai nak jadi macam Zahid - RM137 JUTA yang didakwa jatuh ke riba Zahid (setakat yang kita tahu hari ini) sepanjang beliau memegang jawatan Menteri KDN.
Beberapa hari lepas heboh katanya Zahid akan mengumumkan di bulan Syawal yang mulia akan kembali dari bercuti dan menerajui Umno semula dengan nama popular "BOSS KITA".
Jika rasuah mencari darah daging kita, tidak salah kita terus dipimpin oleh ketua yang didakwa menerima rasuah.
Jika itu yang ahli Umno mahukan.
Labels:
najib razak,
zahid hamidi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment