Tuesday, April 30, 2019

RM4 BILION DUIT ORANG PENCEN DIPINDAHKAN DARI KWAP

Image result for najib kaabah

RM4 BILION (RM4,000,000,000 atau RM4,000 JUTA) duit orang pencen/pesara (Kumpulan Wang Persaraan -KWAP) dipindahkan ke akaun SRC International dan Najib Razak tak bagitau pesara dan rakyat?

Itu yang kita dengar di mahkamah hari ini.


"KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa diberitahu sejumlah RM4 bilion wang dipindahkan dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada akaun syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).
Saksi ke-24 yang merupakan pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen memberitahu mahkamah bahawa transaksi pertama berlaku pada 26 Ogos 2011 melibatkan empat transaksi."
Baca mengenai TRAGEDI malang ini di link ini:  http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-src-rm4-bilion-dipindah-dari-kwap-ke-src-saksi-206510

Mudahnya perpindahan wang bilion-bilion ini di era Najib.

Paling menghairankan macam mana orang MELAYU MALAYSIA masih "tak marah" pada Najib bila duit orang pencen/pesara dipindahkan sesuka hati.

Sepatutnya setiap pergerakan wang pesara/orang pencen harus diumumkan untuk pengetahuan rakyat bukan dibuat cara sembunyi-sembunyi.

Image result for habibul rahman

Di mahkamah juga, orang yang menjaga editor-editor media utama, Habibul Rahman Kadir Shah, mengaku menerima RM2.5 juta dari Najib untuk "khidmat risikan dan rundingan politik".

Beliau juga mengaku wang tersebut dikeluarkan melalui CEK untuk anak dan isteri beliau.

Setakat ini, saksi-saksi yang tampil semua mengaku menerima wang dari Najib, belum ada seorang yang menafikannya.

No comments: