Monday, April 1, 2019

NAJIB RAZAK TAK BAYAR INCOME TAX BERJUMLAH RM.1.5 BILION (RM1,500,000,000)

Image result for najib cukai pengkhianat

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/11/24/elak-bayar-cukai-dianggap-pengkhianat-negara--najib

(JELAPANG: Baru sekarang LHDN mahu bertindak. Rakyat marhaen dikejar sampai ke lubang cacing. Orang atasan dibiarkan. Satu soalan buat LHDN. Berapa ramai ketua bahagian Umno yang hidup bermewah-mewahan dan berkereta mewah yang membayar "income tax" di era Umno? Berapa Azeez Rahim bayar kepada income tax? Berapa Habibul Rahman bayar kepada income tax? Orang awam ada yang terpaksa ikat perut untuk bayar income tax. Pemimpin Umno?)


Laporan: LHDN minta Najib bayar cukai RM1.5b

 1 Apr 2019, 10:00 pagi

Dua hari menjelang perbicaraan mahkamahnya, bekas perdana menteri Najib Razak diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar RM1.5 bilion.

The Edge Markets melaporkan bahawa bil untuk tempoh 2011-2017 itu merupakan jumlah lain dari cukain pendapatan yang sudah dibayar ahli parlimen Pekan itu selama tujuh tahun.

Sumber yang dipetik laporan itu berkata Najib sudah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan melalui surat yang dihantar LHDN kira-kira seminggu lalu.

Menurut sumber, siasatan LHDN mendapati Najib belum mengisytiharkan pendapatan kira-kira RM4 bilion dalam tempoh itu, termasuk RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya sebelum ini yang didakwa berpunca dari 1MDB.

Najib bertegas bahawa RM2.6 bilion itu adalah dari derma keluarga diraja Arab Saudi.

Pakar cukai dipetik berkata, tanpa perlu mengambil kira sama ada wang berkenaan dicuri atau derma, ia masih dianggap boleh dikenakan cukai, dan adalah kesalahan untuk tidak mengisytiharkannya sebagai pendapatan.

"Jika pendapatan itu dari hasil haram, terpulang kepada agensi seperti polis atau SPRM untuk siasat jika berlaku jenayah.

"LHDN hanya menguruskan soal cukai pendapatan," katanya dipetik sebagai berkata.

Najib kini berdepan 42 tuduhan jenayah. Daripada jumlah itu, 10 tuduhan berhubung SRC International, bekas syarikat subsidiari 1MDB.

Tuduhan itu termasuklah tiga dakwaan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta, pecah amanah, dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 8 Feb lalu, pihak pendakwaan menambah tiga lagi tuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib melibatkan dana RM47 juga yang didakwa diterimanya pada 8 Julai 2014.

Najib juga akan berdepan dakwaan berhubung 1MDB pertengahan bulan depan.

1 comment:

Anonymous said...

Rakyat dh tak percaya dgn PH.
Menggunakan semua institusi kerajaan utk kepentingan politik..
Menyalahguna kuasa..
Yg peliknya semua salah Najib..
Memang berdendam betul PH ni..
Tak habis2 dgn fitnah & penipuan..
Ada ajer isu utk burukkan Najib..
Nk dekat PRK Rantau ni, rakyat dh agak dah...
Tengoklah nanti...rakyat tak bodoh dan tak nak kena kencing lagi...
PH akan tumbang sekali lagi...