Wednesday, October 24, 2018
IRWAN SERIGAR DIDAKWA ESOK
Irwan Serigar ditahan SPRM, didakwa esok
Sharaimei Shaik Ahmedullah & Hakimi Ismail
24 Oktober 2018 6:20 PM
PUTRAJAYA 24 Okt. - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pecah amanah membabitkan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).
Menurut sumber, beliau ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan pada pukul 3.25 petang.
Dalam pada itu, SPRM dalam satu kenyataan berkata, Irwan Serigar akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok.
Sementara itu, SPRM turut menggeledah rumah Irwan Serigar di Presint 8 di sini selepas beliau dibawa keluar oleh lima pegawai SPRM pada pukul 4.30 petang dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey bewarna emas.
Menurut sumber, SPRM ke rumahnya untuk menggeledah bagi mendapatkan bukti mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan IPIC.
Operasi mengeledah rumah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu berakhir 15 minit kemudian sebelum beliau dibawa semula ke ibu pejabat SPRM untuk meneruskan sesi mengambil keterangan.
Ketika keluar dari rumah tersebut, pegawai SPRM dilihat membawa satu beg bimbit dan dua pasang blazer atau kot dipercayai miliknya.
Beberapa petugas media yang terdiri daripada wartawan dan jurugambar turut berada di rumah beliau untuk merakam sesi geledah itu namun, dihalang oleh ahli keluarganya.
Jurugambar turut diminta oleh ahli keluarganya agar memadam gambar yang diambil kerana dakwa mereka tindakan itu seolah-olah tidak menghormati privasi. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/irwan-serigar-ditahan-sprm-didakwa-esok-1.774164#ixzz5UrF6oYPM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, October 23, 2018
ANWAR IBRAHIM & KELUARGA KE SANA KE SINI NAIK PRIVATE JET SAJA
Malam tadi Jelapang menerima satu video mengenai Anwar Ibrahim berPRIVATE JET ke Sarawak.
Apabila digoogle, bukan sahaja Anwar, anak beliau, Nurul Izzah, pun ke sana ke sini berPRIVATE JET.
Hebat keluarga Anwar. Main private jet saja.
Anwar katanya terpaksa gadai rumah untuk cari wang deposit untuk calun PRU lima bulan lepas tetapi hari ini mampu berPRIVATE JET ke sana sini.
Siapa punya PRIVATE JET ini? Ahli perniagaan mana?
Jika ianya kepunyaan ahli perniagaan, jelas Anwar sudah "berhutang" dengan ahli-ahli perniagaan ini sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.
Dulu-dulu apabila Najib dan Rosmah Mansor serta Mahdzir Khalid berPRIVATE JET bukan main hebat sekutu Anwar menghentam mereka.
Hari ini? Cakap tak serupa bikin. Tetapi itulah wajah sebenar Anwar Ibrahim. Wajah yang sama yang kita lihat pada tahun 1998.
Seperkara lagi, hari ini Jelapang terbaca isteri Anwar, Wan Azizah Ismail, hendak ke Vietnam esok.
Sejak jadi Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah asyik terbang ke sana ke mari.
Rasanya Wan Azizah baru saja balik dari Belgium. Sebelum ini ke Indonesia dan Mongolia.
Setiap kali terbang, duit rakyat dibazirkan.
Jelapang teringat kata-kata Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Apabila ditanya kenapa beliau (Ghafar) tidak dikenali oleh dunia, Allahyarham bertanya balik: "Tuan-Tuan kenal ke John Prescott (Timbalan Perdana Menteri Britain)? Orang tak kenal John Prescott, orang hanya kenal Tony Blair. Samalah dengan saya."
Kalau ambil kira kata-kata Allahyarham Tun Ghafar, dunia hanya kenal Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak kenal Wan Azizah.
Atau mungkin juga Wan Azizah tergesa-gesa sebelum Anwar sapu kerusi TPM.
Atau mungkin Wan Azizah dah mula SYOK jadi TPM.
Wallahuallam
Sementara itu elok kita teliti satu kenyataan akhbar oleh bekas kawan baik Anwar, Ezam Mohd Noor baru-baru ini.
Baca di bawah.
KENYATAAN AKHBAR HISBAH
1.Minggu lalu, dalam minggu pertama kempen PRK PD kita mendapat laporan mengenai penggunaan aset dan jentera kerajaan khususnya didalam sesi-sesi kempen melibatkan calon Dato Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan, koalisi yang menguasai kerajaan hari ini.
2.Dalam minggu ke 2 kempen ini pula Hisbah sendiri mendapat laporan mengenai penggunaan aset2 ahli perniagaan oleh calon yang sama Dato Seri Anwar Ibrahim.Beliau juga merupakan suami kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
3.Hisbah memandang serius hal ini kerana laporan ini dibuat terhadap suami kepada Timbalan Perdana Menteri yang mendokong sebuah kerajaan baru yang membuat komitmen melaksanakan reform dan pembaharuan.
4.Negara dan rakyat Malaysia baru sahaja keluar daripada sebuah pentadbiran yang melakukan banyak kesalahan besar menyalahgunakan pengaruh dan kedudukan membabitkan Perdana Menteri dan isteri.Apakah rakyat harus hadapi kisah yang sama membabitkan TPM dan suami?Kisah keluarga yang berkuasa dan berkepentingan.
4.Didalam laporan terperinci termasuk foto yang sebahagian sudah tular di media sosial, suami kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden sebuah parti pemerintah telah dilaporkan menggunakan sekurang-kurangnya 4 jet pesawat peribadi kepunyaan 4 ahli perniagaan besar (tycoon) didalam perjalananan dalam dan luar negeri semenjak isteri beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
5.Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan seorang ahli parlimen juga disebut didalam laporan itu secara berasingan menggunakan pesawat peribadi kepunyaan ahli perniagaan juga.
6.Lebih mengejutkan apabila salah satu dari pesawat peribadi itu adalah kepunyaan keluarga seorang ahli perniagaan yang terkenal dalam aktiviti perjudian dan pernah dihukum tahun lepas kerana terlibat didalam aktiviti perjudian.
7.Laporan Hisbah juga mendapati Datuk Seri Anwar menggunakan asset berupa sebuah rumah banglo yang mempunyai sejumlah 25 bilik di kawasan perumahan mewah di Petaling Jaya dan menjadikan aset itu sebagai pejabat peribadi beliau sejak beberapa bulan ini.
8.Adalah amat malang sekiranya laporan ini benar kerana ianya bukan sahaja akan menjejaskan reputasi sebuah kerajaan baharu yang mahu melaksanakan reform malah akan mewujudkan persoalan pertindihan kepentingan (conflict of interest) yang merupakan perkara asas didalam urustadbir baik sebuah pentadbiran yang pro reform.
9.Maka Hisbah meminta kerajaan hari ini mengambil serius perkara ini dan melakukan langkah2 pembetulan segera demi nama baik kerajaan baru yang berteraskan reform ini.
10.Hisbah ingin mengingatkan pimpinan yang diberi mandat oleh rakyat dan amanah oleh Allah swt agar benar2 jujur melaksanakan kebaikan dan pembaharuan sesuai janji2 mereka sebelum berkuasa dan tidak menjadikan komitmen itu hanya sekadar umpan politik semasa pilihanraya dan menghumbannya sebaik menang dan mendapat kuasa.
11.Dalam pada itu Hisbah mengalu2kan kenyataan tegas dari Pengerusi SPR yang baru mengenai tata etika semasa kempen PRK PD.Dalam hal yang sama Hisbah juga ingin menegur calon PH Dato Seri Anwar Ibrahim yang menempelak saranan Pengerusi SPR itu.Ianya satu sikap salah dan tidak melambangkan ciri2 seorang pemimpin berjiwa besar dan pro reform.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
8 Okt 2018/ 28 Muharam 1440H.
Monday, October 22, 2018
ZAHID HAMIDI MEMALUKAN MELAYU, PERLU DIPECAT SEBAGAI PRESIDEN UMNO
TOPIK perbualan paling popular di kalangan pemimpin Umno ialah, "perlukah Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden Umno berikutan dakwaan rasuah dan pecah amanah melibat RM114 juta".
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan memanggil mesyuarat untuk membincangkan kedudukan Zahid.
Dan Tengku Razaleigh berkata Umno perlu mengadakan pemilihan semula jika Zahid terpaksa meletakkan jawatan.
http://www.astroawani.com/berita-politik/jemaah-penasihat-umno-akan-bincang-isu-ahmad-zahid-tengku-razaleigh-188814
Zahid didakwa dengan 45 pertuduhan.
Bagi kita tuduhan terhadap Zahid amat memalukan.
Antaranya menerima sogokan berbentuk wang tunai seolah-olah kutipan bulanan.
RM3.8 juta pada bulan Mei 2016, RM10.6 juta pada bulan Jun 2016, RM12.35 juta pada bulan Julai 2016, RM600,000 pada bulan Ogos 2016, RM600,000 pada bulan Sept 2016, RM1.2 juta pada bulan Nov 2016, RM4.81 pada bulan Januari 2017, RM600,000 pada bulan Feb 2017, RM7.2 juta pada bulan April 2017, RM8.3 juta pada bulan Mei 2017, RM1.8 juta pada bulan Ogos 2017, RM600,000 pada bulan Oktober 2017, RM600,000 pada bulan Nov 2017, RM600,000 pada bulan Disember 2017, RM600,000 pada bulan Januari 2018, RM600,000 pada bulan Februari 2018, RM1.3 juta pada bulan Mac 2018, RM600,000 pada bulan April 2018.
Tuduhan-tuduhan ini sudah cukup untuk Zahid hilang kelayakan sebagai Presiden Umno.
Jika Zahid enggan melepaskan jawatan, Majlis Tertinggi harus memecat beliau kerana tuduhan-tuduhan ini walaupun belum dibuktikan di mahkamah amat memalukan orang Melayu.
Zahid perlu menghentikan menggunakan agama untuk mempertahankan diri.
Apa yang menimpa Umno sekarang ini memerlukan pendekatan yang rasional untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.
Tidakan paling rasional sekarang ialah memecat Zahid sebagai Presiden Umno.
Friday, October 19, 2018
ZAHID DIDAKWA RASUAH RM114 JUTA BUKAN DENDAM, RASUAH TETAP RASUAH
RM114 JUTA (RM114,000,000).
Presiden Umno Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah hari ini melibatkan RM72 juta pengubahan wang haram dan rasuah RM42 juta melibatkan sebuah Yayasan.
Ya, RM114 juta. BUKAN RM114 ribu.
Pemimpin-pemimpin Umno nampaknya main bilion-bilion dan juta-juta saja.
Kita terbaca ramai penyokong Zahid berdiri di tengah panas untuk memberi sokongan moral kepada presiden mereka sementara pemimpin mereka berteduh di porch Mahkamah.
Memberi sokongan moral kepada Presiden mereka satu tindakan yang baik tetapi jika hendak mengatakan Zahid di zalimi, fikirlah habis-habis.
Tanya Zahid adakah semua tuduhan itu palsu? Tanya Zahid betul kah duit ada sebanyak itu - RM114 juta?
Nak bagi sokongan moral, berilah. Nak kata di zalimi,tak patutlah.
Tiada siapa hendak menzalimi Zahid.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tak ada kemampuan hendak menzalimi sesiapa. Umur beliau sudah 93 tahun, baling gelas pun tak pecah, angkat pen pun tak larat, hampir nyanyuk.
Semalam Jelapang ada terima satu video pesanan dari isteri Zahid, Hamidah Kamis.
Antaranya Kak Midah berkata Melayu sedang meruntuhi Melayu dan Dr Mahathir berdendam.
Kak Midah lupa kah siapa yang meruntuhi dan memusuhi Melayu sebelum ini?
Kak Midah lupa kah suami Kak Midah selongkar Jabatan Pendaftaran Negara hendak tengok IC Mahathir untuk pastikan beliau Anak Lelaki Iskandar Kutty dari Kerala?
Kak Midah sudah tentu memahami perasaan seorang wanita bernama Norainee Abdul Rahman?
Pemimpin parti Kak Midah menuduh suami Norainee berzina dengan seorang perempuan Cina. Kak Midah lupa kah?
Kak Midah lupa kah bagaimana Muhyiddin Yassin dihina? Muhyiddin itu bukan bangsa Cina atau India. Dia Melayu lah Kak Midah! Melayu Umno masa itu menghina Muhyiddin dan Mahathir, dan Kak Midah pada masa itu tak teringin pun hendak mengingati suami Kak Midah supaya tidak "meruntuhi dan memusuhi sesama Melayu".
Dakwaan kepada Zahid bukan dendam. Rasuah tetap rasuah.
Ada ibu di dakwa dan dipenjara kerana mencuri susu bayi kerana tidak mampu membelinya.
Bertabahlah Kak Midah. Biar mahkamah tentukan Zahid bersalah atau tidak.
https://www.malaysiakini.com/news/447996
Thursday, October 18, 2018
ANWAR KENA COOL BILA DIAJU SOALAN LIWAT
SOALAN dari seorang pelajar Unisel kepada Anwar Ibrahim malam tadi: "Saya nak tahu, sama ada pihak mana yang bersalah dalam kes liwat terdahulu sama ada Datuk Seri (Anwar) bersalah atau ini satu fitnah pihak sebelah sana?."
Menurut laporan Malaysiakini, Anwar TEMPELAK pelajar tersebut.
Jawab Anwar:"Sekarang sudah 2018. Kalau kamu masih tak faham lagi (tentang kes liwat), kamu baca apa? Kamu dengar apa? Kita dah terangkan di Youtube, di Facebook, dan ada buku yang menerangkan semuanya sekali. Bacalah, jangan malas.”
Kenapa nak tempelak/jelak. Tak kan tanya pun tak boleh?
Tahniah kepada pelajar yang bertanyakan soalan tersebut. Sergahan jangan malas membaca itu, jawapan defensif.
Ramai hendak dengar jawapan Anwar kepada soalan tersebut, malangnya tidak dijawab oleh Anwar.
Jika ada peluang, tanya lagi.
Kepada pelajar Unisel tersebut, sebenarnya soalan macam ini boleh juga dikemukakan kepada Saiful Bukhary Azlan, Shazryl Eskay Abdullah yang sekarang ini menternak kambing di Padang Terap, Kedah, S.Nalakaruppan, Sukma Darmawan, Munawar Anees, Azizan Abu Bakar yang memberitahu mahkamah beliau pernah diliwat 10 hingga 15 kali pada tahun 1992 dan beberapa orang lagi.
Harap Anwar "cool" jika ada lagi soalan-soalan seumpama ini.
Bukan apa, jika Dato' Seri jadi PM besok, Dato' Seri lah Perdana Menteri pertama Malaysia yang mempunyai banyak dakwaan skandal seks. Saya hanya kata dakwaan.
Tetapi biasalah orang Melayu. Kalau ada video orang biasa dituduh liwat dan zina, semua orang percaya.
Tetapi bila ada video pemimpin, orang Melayu lebih percaya pemimpin. Macam-macam alasan diberikan - perut buncit lah, perut pemimpin itu tak buncit, macam-macam lah.
Banyak bersabar lah Dato' Seri. Sampai ke akhir hayat soalan liwat ini akan ditanya.
Orang tak tanya pada Najib Razak hal liwat. Orang tak tanya pada Dr Mahathir Mohamad hal liwat.
Jadi Dato Seri kena cool. Jangan gelabah.
Sementara itu tahniah Dato' Seri atas kemenangan di Port Dickson.
Nampak jelas Dato' Seri bertungkus lumus berkempen walaupun melawan calon bebas yang diselubungi bermacam-macam skandal.
Mungkin di dalam kesibukan Dato' Seri berkempen, Dato Seri tidak berkesempatan melihat satu video yang terbit dari kempen di Port Dickson.
Ini video nya.
https://www.malaysiakini.com/news/447805
http://www.sinarharian.com.my/nasional/betul-ke-meliwat-ini-jawapan-anwar-1.893136
Tuesday, October 16, 2018
APA JASA MENTERI PAKATAN MAHU BERGELAR DATO' SERI?
Apa JASA Rina Harun, Dzulkefly Ahmad, Redzuan Yusof, Saifuddin Nasution Ismail dan Mujahid Yusof?
Apa JASA mereka selepas 4 bulan menjadi Menteri sehinggakan layak diberi gelaran Dato' Seri?
Seperti juga di zaman BN dahulu, satu saja kesimpulan yang boleh dibuat - MALAHAP mahu rakyat memanggil mereka Dato' Seri.
Apa Saifuddin buat di Kementerian beliau selain berlagak sebagai seorang Menteri?
Begitu juga Rina. Dzulkefly dan Redzuan.
Rakyat mengubah kerajaan kerana mahukan perubahan untuk masa depan negara bukannya untuk mengubah kehidupan Rina, Saifuddin, Dzulkefly, dan Redzuan untuk mengejar gelaran.
Rakyat dah muak dengan kehadiran jutaan Dato' dalam negara.
Nampaknya minda Rina, Saifuddin, Mujahid dan Dzulkefly sama macam Umno.
Monday, October 15, 2018
ANWAR IBRAHIM AKAN BERI TEKANAN KEPADA DR MAHATHIR?
ANWAR IBRAHIM menang di Port Dickson.
Satu sejarah kini tercipta di mana bapa, emak dan anak dari satu parti politik menjadi wakil rakyat.
Nurul Izzah, anak Anwar dan Wan Azizah Ismail, berkata ianya bukan nepotisme.
Oleh itu PKR hilang hak untuk mengkritik mana-mana parti selepas ini jika anak, bapa, cucu cicit mereka menjadi wakil rakyat.
Apa selepas ini?
Anwar memberi tekanan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad melepas jawatan Perdana Menteri?
Tuesday, October 9, 2018
ANWAR IBRAHIM LEBIH DIINGATI PANDAI MAIN JET SKI DARI BAWA PROJEK BESAR KE PERMATANG PAUH
SATU tajuk berita berbunyi: " ANWAR AKAN BAWA PROJEK BESAR KE PORT DICKSON"
Hebat Anwar Ibrahim. Enam penggal menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.
LIMA tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Tidak ada projek besar yang kita ingat Anwar bawa ke Permatang Pauh.
Yang kita ingat semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh ialah Anwar kerap main JET SKI.
Wednesday, October 3, 2018
ANWAR IBRAHIM BERBOHONG?
RUPA-rupanya Anwar Ibrahim tidak bercakap benar semasa temuramah yang dibuat oleh BBC pada Jun lalu.
Hari ini Anwar berdolak dalik (baca laporan akhbar hari ini). Kononnya salah media.
Agaknya apa lagi yang Anwar tak bercakap benar.
Isu pengampunan oleh Agong - adakah benar seperti yang diwar-warkan oleh Anwar.
Isu liwat Saiful Bukhary Azlan?
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tidak-pernah-minta-maaf-kepada-anwar-1.759485
http://www.utusan.com.my/berita/politik/isu-ini-adalah-gesaan-media-bukan-saya-1.759569
Subscribe to:
Posts (Atom)