ADAkah Pas benar-benar RAKAN Umno untuk PRU-14 nanti?
Sehingga petang semalam, Pas merupakan rakan karib dan TALI HAYAT Umno untuk PRU-14.
MALAM tadi satu INSIDEN berlaku di Parlimen di mana pihak Kerajaan hampir-hampir KALAH dalam pengundian untuk kelulusan belanjawan bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Insiden ini mencetus pelbagai interpretasi dan senario politik.
1. PAS
Sebelum ini sebarang usul yang dibawa oleh Pakatan Rakyat TIDAK disokong oleh Ahli Parlimen Pas.
Usul belanjawan 2018 yang dibawa sebelum ini oleh Najib Razak juga dibuat UNDI BLOK dan ditentang oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Pas mengambil ketetapan BERKECUALI, dengan kata lain tidak menentang (boleh juga ditafsirkan menyokong) Belanjawan yang dibawa Najib.
Sudah pasti sikap PAS ini cukup SELESA buat Najib, Umno dan BN. Petanda PAS benar-benar berpegang kepada JANJI untuk MEMASTIKAN Umno MENANG BESAR semasa PRU-14 nanti.
Tiba-tiba malam tadi, 6 Ahli Parlimen Pas menyertai Pakatan Harapan mengundi menentang belanjawan untuk Kementerian Kepenggunaan.
Lain pula nampaknya sikap Pas malam tadi. Kejap ke kanan, kejap ke kiri. Kejap ke Umno, kejap ke Pakatan. Boleh ke sana ke sini.
Apakah apabila Parlimen diBUBARkan, Pas ke Pakatan?
2. KEHADIRAN AHLI PARLIMEN BN
Ramai blogger Umno menhentam Ahli Parlimen BN yang tidak hadir semasa undi blok semalam menyebabkan BN diMALUkan.
Lebih 80 Ahli Parlimen TIADA di Dewan semasa pengundian dijalankan termasuk Najib, Timbalannya Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno Hishammuddin Tun Hussein.
Blogger-blogger Umno mencadangkan mereka digugurkan dari bertanding pilihanraya akan datang.
Baik cadangan mereka. Tetapi beranikah Najib?
Kritikan-kritikan ini nampak seperti dihalakan kepada Ahli Parlimen bawahan sahaja.
Ketua Penerangan Umno Annuar Musa ada ke semasa pengundian semalam? Teuku Adnan Teuku Mansor, Setiausaha Agong Umno mengundi ke tidak malam tadi? Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada ke semalam?
Menteri Kewangan Kedua Johari Ghani ada ke? Jangan cadangkan Ahli Parlimen bawahan saja diGUGURkan. Yang harus diHUKUM lebih ialah yang Ahli Parlimen yang bertaraf Menteri dan bertaraf Ahli Majlis Tertinggi.
Bila mereka tidak hadir, ada orang tafsirkan mereka tak hormat Najib. Apa tidaknya, mereka Menteri, ada pelbagai keistimewaan. Ada drebar. Ada bodyguard. Ada pejabat besar. Katanya di Parlimen pun ada pejabat. Ada satu platun pegawai-pegawai khas.
Seperkara lagi, ada juga mengatakan tidak hadir Parlimen adalah perkara biasa. Lihat gambar atas. Suatu ketika dulu, apabila Najib menjawab soalan, hanya Teuku Adnan yang hadir (lihat kerusi kosong dalam gambar atas). Menteri-Menteri Kabinet yang dilantik Najib menerima gaji bulanan hampir RM50,000 pun tidak hadir semasa Najib ke Parlimen.
3. KELAB PENYOKONG BN (BN BACKBENCHERS CLUB)
Kita bernasib baik dapat menonton sidang Parlimen setiap hari di kaca TV. Tak perlu orang Padang Besar atau orang Johor membawa rombongan orang kampung ke Kuala Lumpur semata-mata nak tengok sidang Parlimen.
RTM menyiarkan sidang Parlimen secara "live" setiap hari ketika Parlimen bersidang di saluran HyppTV.
Jelapang bila lapang, sering menonton sidang Parlimen termasuk malam tadi apabila Kerajaan hampir-hampir KALAH dalam undi blok.
Sejarah demi sejarah dicipta oleh Parlimen Malaysia ini.
Sejarah apa? Bersidang paling lama dalam sejarah Malaysia.
Pada April tahun ini, PARLIMEN mencipta sejarah, bersidang sampai 5.05 PAGI. Rekod sebelum itu ialah 4.25 PAGI, mengalahkan rekod terdahulu 3.21 PAGI.
Ayuh Parlimen Malaysia. Cipta rekod baru dalam sidang ini. Pastikan bersidang melebihi 5.05 PAGI semasa sesi ini.
Sesi ini, hampir setiap malam Parlimen BERSIDANG sehingga 10 malam dan hampir tengah malam.
Di Parlimen England, tak pula mereka bersidang lewat macam kita.
Lihat masa persidangan Parlimen England di bawah:
Oh ya. England lain, kita lain. Mereka negara maju. Kita?
Satu perkara Jelapang perasan apabila Parlimen bersidang sampai larut malam, muka yang sama saja yang tersengguk-sengguk menghadiri sesi Parlimen. Ahli Parlimen Umno dan BN yang sama saja kena menahan mata di dalam Parlimen setiap malam.
Siapa mereka ini? Ahli Parlimen bawahan.
Ahli Parlimen yang berjawatan Menteri, bergaji ribuan ringgit, entah ke mana. Entah di rumah, entah di hotel.
Malam tadi kerusi bapak-bapak Menteri KOSONG semasa pengundian dijalankan.
Itulah nasib Ahli Parlimen BN yang tak bertaraf Menteri atau berjawatan besar dalam Umno.
Memandangkan ramai meminta Ahli Parlimen BAWAHAN ini dikenakan HUKUMAN dengan menGUGURkan mereka dari PRU-14 ini, ramai antara mereka mengeluh.
Tadi pagi ada yang menghantar mesej kepada Jelapang meluahkan kekecewaan. Tidur lewat, kena bangun awal ke Parlimen.
Padahal Pak Menteri dan mereka yang berjawatan tinggi dalam Umno entah ke mana.
1 comment:
Assalamualaikum saudara Jelapang. Setuju sangat dengan penulisan tuan.Ahlix Parlimen yang berjawatan terlalu sibuk bagi menghadiri majlis majlis Kementerian, Jabatan dan apax apa program parti yang mereka ketuai atau sertai. Agenda hakiki iaitu Membela serta meyuarakan keperluan rakyat amnya atau kawsan Parlimen mereka sudah tidak memjadi Agenda utama. Ramai yang mementingkan menhadiri majlis sosial dan riadah kononya mendapat undangan dan kepentingan Kementerian. Akhirnya semua suara dan amanah rakyat yg diwakili mereka tidak kesampaian. Rakyat tetap memderita, tidak terbela disebaliknya wakil rakyat mereka berbahagia dengan gaji besar dan segala macam kemudahan sehingga lupakan tugas dan tanggungjawab merka. Setuju sangat dengan cadangan semua ahli Parlimen yang tidak hadir sidang di pecat atau digantung tugas.
Post a Comment