Tuesday, September 26, 2017

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA TUTUP KEDAI. KERAJAAN TAK MAMPU URUS KEDAI RUNCIT?

Image result for kedai rakyat 1 malaysia najib

Image result for kedai rakyat 1 malaysia tutup

RAKYAT Malaysia nampaknya sudah semakin berani cakap sinis, perli-perli Najib Razak dan kerajaan. Tetapi setakat bercakap di kedai kopi saja lah.

Kalau hendak tahu, mata dan telinga kerajaan kena sanggup meninjau ke akar umbi dan dengar rintihan rakyat.

Kedai Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2011 oleh Najib nampak macam sudah gulung tikar walaupun Menteri yang bertanggungjawab membuat kenyataan ianya distruktur semula.

Dahulu apabila ditubuhkan, katanya. ia bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan keperluan dengan harga lebih rendah.

Rupa-rupanya KR1M ini tak tahan lama.

Maka ada yang menjadikannya bahan jenaka.

Ada yang berjenaka:

1. Kerajaan pun tak mampu nak urus kedai runcit.

2. Kerajaan pun terjejas dengan kenaikan harga barang, apa lagi kita rakyat marhaen.

3. Pelik betul lah, kedai runcit kerajaan pun tak larat hidup, padahal kedai-kedai runcit Pak Ali, Ah Chong, Samy atau kedai runcit mamak tak pula ada masalah.

Tapi tidak mengapa. Kerajaan pun tak kisah sebab rakyat tak kisah. Setakat bising-bising tin kosong. Bila masa mengundi, parti yang sama dipilih. 

Itulah hakikatnya.


5 comments:

Anonymous said...

bukan masalah tak mampu nak urus beb. kalau operator yg dilantik tak mampu melaksanakan kontrak perjanjian maka kontrak perlu ditamatkan. antara terma ialah harga barangan mesti lebih rendah atau tidak melebihi harga pasaran. namun secara beransur-ansur operator yang dilantik telah menaikkan harga barangan runcit menyebabkan rungutan pelanggan. itulah pasal kontrak kena batal dan operator baru akan dilantik. bukankah itu antara cara mengurus yang baik dengan tidak menurut sahaja apa2 yang operator nak buat. jangan memilih memesongkan fakta walaupun dalam hati benci dan meluat. yang benar tetap benar walau tidak selari dengan nafsu sendiri.

Anonymous said...

Minda di tutup berpuluh tahun , hanya percaya satu dumber. Baca dumber lain Dan buat perbandingan.

Anonymous said...



Anon 3.29

operator kena main dgn kjaan kut

Anonymous said...

Ringgit lemah di bawah pemerintahan najib, macam mana mydin nak tanggung pembelian secara pukal dari luar negara & dalam masa yang sama letak harga di bawah harga pasaran? Lepas tutup, ada pak sanggup nak teruskan? Tak ada..apa kata yayasan keluarga najib jadi operator pulak lepas ni.

Anonymous said...



nak kelentong apa lagi. Padanlah 1MDB gagal. rupa2nya najib nak urus kedai runcit pun tak tau.

jgn lah bagi alasan salah operator. kedai runcit 7 eleven, speedmart 99 tak tutup pun.

tiba2 kedai rakyat 1msia bungkus.