Wednesday, July 12, 2017

TENGKU MAHKOTA JOHOR: RASUAH MENJADI BUDAYA MALAYSIA

Image result for khairy jamaluddin+polo
MEMANDANGkan tiada respon dari kerajaan, Khairy Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Umno terutamanya Pemuda Umno, disiarkan sepenuhnya kenyataan Tengku Mahkota Johor untuk tatapan semua.

Seperti mana yang dijangkakan. mereka berharap kenyataan ini akan berlalu begitu saja dan dilupai.

Itulah strategi di era pentadbiran sekarang. Strategi bisu.
SAYA AKAN SENTIASA BERDOA UNTUK KESTABILAN ANDA, MALAYSIA

Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya. Sebuah negara yang saya berdoa untuk kestabilan. Apa yang telah berlaku kepada sahabat kesayangan ku, Malaysia? Saya berharap suatu hari nanti, anda akan kembali pulih semula.

Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana Rasuah telah menjadi sebuah budaya. Sebuah negara di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita. Orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas. Ia telah menjadi tempat di mana orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.

Sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan. Di mana yang berlakun dan individu yang hipokrit dipuji sebagai hero manakala yang pemberi sumbangan dan mereka yang berdedikasi kepada yang baik diabaikan dan dianggap sebagai penjahat. Dimanipulasi oleh gambar-gambar yang mereka lihat.

Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara. Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang Jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya.

Pemimpin yang berpura pura dengan apa yang mereka pakai, tetapi di sebaliknya, memaksa kerajaan untuk menggunakan wang rakyat untuk membayar jet peribadi mereka. Sebuah negara di mana bangsa saya sendiri telah melupakan sejarah, warisan dan budaya kita. Sebuah negara yang meninggalkan budaya tradisi tempatan kita seperti pakaian tradisional kita dan sebaliknya memilih memakai pakaian campuran budaya asing, kononnya ingin menjadi seperti orang Arab.

Tempat yang dicemari oleh sifat cemburu dan iri hati. Tempat di mana anda boleh membeli pangkat dan kini pangkat-pangkat tersebut telah kehilangan nilainya. Ada yang memilih untuk berdiam kerana mereka sendiri mempunyai agenda mereka yang tersembunyi. Sementara masih ada yang seperti saya yang memilih untuk bersuara kerana bimbang tentang apa yang akan berlaku kepada anak cucu-cicit kita dan generasi masa akan datang.

Sebuah negara di mana ramai individu ingin menjadi ahli politik untuk kepentingan peribadi mereka dan tidak lagi percaya kepada tugas untuk berkhidmat kepada rakyat dan institusi kita. Di mana Penafian dan kejahilan telah menjadi panduan hidup. Di mana penipu memperoleh lebih banyak kuasa. Di mana Kebenaran sering diabaikan dan pembohongan diiktiraf sebagai pengakuan.

Kehormatan, kesetiaan dan kesungguhan tidak lagi wujud. Apa yang telah berlaku kepada kamu sahabatku? Walaubagaimanapun, janganlah kau risau, kerana masih ada beberapa yang masih belum kehilangan harapan. Masih terdapat beberapa yang sanggup berkorban demi generasi masa akan datang. Beberapa yang akan mengubah sesuatu dari dalam.

Visinya kini jelas. Sekarang adalah masa untuk melaksanakannya. Visi tanpa pelaksanaan, adalah halusinasi. Kekal bertabah sahabatku. Anda bernasib baik memiliki rakan seperti Sabah, Sarawak dan juga beberapa tempat di Malaysia. Buat baiklah kepada mereka. Hormati mereka. Perpaduan adalah kunci kepada Kejayaan. Saya akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk anda dan saya akan sentiasa berdoa untuk kestabilan Malaysia.

Dari rakan anda dan rakan kongsi yang baik, Johor. Daripada Hamba yang berkhidmat kepada Sultan Johor dan negeri Johor, Ismail.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
-----

I WILL ALWAYS PRAY FOR YOUR STABILITY, MALAYSIA

Whats happening to a country I used to respect? A country that I was once proud to call my home. A country that I pray for stability. Whats happening to my beloved friend, Malaysia? I hope that one day, you'll be ok again.

Today I live in a country where Corruption has become a tradition. A country In which the media protects the corrupt and victimizes the innocents to sell stories. The uneducated are being deceived, manipulated by the system and torn into pieces. It has become a place where the rich are getting richer and the poor are getting poorer.

A place where the people no longer acknowledge facts, but rather judge by the perception of what you wearing. Where the actors and hypocrites are hailed as heroes while the contributors and those who are dedicated to the good cause are being ignored and perceived as villains, manipulated by the pictures they see.

It has become a place where politicians are wanting to be celebrities and sportsmen. Where a person who can't ride a horse or play polo can be selected to represent the country. Where individuals who don't even go for proper military trainings can become a general. A country where the institution is slowly losing its identity.

Leaders who act with what they're wearing, but behind closed doors, forces the government to use the people's money to pay for their private jet is being respected. A country where my own race have forgotten our history, heritage and culture. A country that abandons our local traditions such as our traditional clothes and choose to adopt foreign customs, wanting to be like the Arabs.

A place plagued by jealousy and envy. A place where you can buy titles and now those titles have lost its value. Some chose to keep quiet because they themselves have skeletons in their closet. While some like me choose to speak up because we are worried of what's going to happen to our grandchildren and our future generations.

A country where individuals want to be politician for their personal interest and no longer believe in serving the people and our institution. Where being In denial and ignorant has become the way of life. Where the deceiver gains more grounds and power. Where The truth is being ignored and lies being acknowledges.

Honor, loyalty and being genuine no longer exist. What's happening to you my dear friend? But, dont you worry, as they are still a few that hasn't lost hope. There are still a few that will sacrifice for our future generations. A Few that will change things from within.

The vision is clear. Now is the time to implement it. Vision without execution, is hallucination. Stay strong my friend. You'll be ok. You're fortunate to have friends such as Sabah, Sarawak and other places. Be kind to them. Respect them. Unity is the key to Success. I wish you all the best and I Will always pray for your stability Malaysia.

From your friend and good partner, Johor. The humble servant to the Sultan of Johor and the state of Johor, Ismail.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Image may contain: 1 person, beard and text

1 comment:

Anonymous said...


KJ tak dapat jawab.. sibuk main polo