Saturday, December 10, 2016

SURAT ZAHID HANYA MAINAN POLITIK UNTUK TAMBAH KELIRU RAKYAT


Image result for surat zahid

MALAM tadi ramai terlebih "girang" gara-gara tersebarnya sepucuk SURAT yang kononnya diutuskan oleh Ahmad Zahid Hamidi kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional meminta mereka sama-sama turut serta "MENYELAMATKAN NEGARA."

Orang kita ini mudah melatah dan cepat teruja.

Bukan main TERUJA kawan-kawan Umno bila menerima surat tersebut. Rupa-rupanya di akar umbi, ramai yang mahukan kandungan surat tersebut menjadi REALITI.

Rupa-rupanya di akar umbi, ramai yang mahukan Zahid melakukannya dan rupa-rupanya juga, ramai penyokong Zahid di akar umbi. Patutlah beliau Naib Presiden yang paling POPULAR semasa pemilihan Umno 2013 dulu.

Tetapi maaflah. Kita dah banyak kali tertipu dengan helah-helah politik di zaman Najib Razak ini. Oleh itu tak payahlah kita cepat teruja.

Sudah macam-macam benda kita ditipu, tiba-tiba timbul surat kononnya dari Zahid, kita terlompat gembira.

Kita kena faham dalam politik ada perkataan propaganda dan "disinformation".

Kita pun tak tahu siapa yang menulis surat ini. Boleh jadi Team B yang menulisnya, dah tidak mustahil TEAM A yang menulisnya.

Jangan terkejut jika team yang menulisnya juga mengeluarkan kenyataan kononnya ia tulisan parti pembangkang.

Ini politik. Dalam politik, apabila terdesak, kita KELIRUkan rakyat.

Sebab itu dalam isu derma RM2.6 bilion pelbagai alasan diberikan kenapa derma sebanyak itu diberikan kepada Najib. Tujuannya ialah untuk mengelirukan rakyat. Dan terbukti orang Melayu terlebih KELIRU.

Oleh itu janganlah kita terus diTIPU.

Bagaimanapun kita faham hasrat dan harapan ahli Umno yang mahukan Zahid menyelamatkan negara dan Umno.

Kita faham, jika Zahid dan keseluruhan pimpinan Umno bangun menyelamatkan negara, Najib akan tinggal keseorangan.

Itu juga hanya harapan yang tidak akan menjadi realiti.

Setakat saat ini, rasanya Muhyiddin Yassin lebih berani dari Zahid.

Percayalah, Wikipedia akan mencatat jawatan terakhir Zahid di dalam politik ialah NAIB PRESIDEN UMNO dan jawatan di dalam kerajaan - Timbalan Perdana Menteri.

Itu saja.





5 comments:

Anonymous said...

Jangan buat kerja Allah bro. Allah dah tetapkan apa yg kita tak tahu, awak pula seolah-olah tahu masa depan orang dan masa depan negara. Tak ada kerja lain dah ke? Kecewa bukan lesen untuk menabur fitnah bro. Jika merasakan mahathir betul duduklah dalam syaf mahathir, bukan merotan dalam kelambu lama.

Anonymous said...

Amin insyallah ppbm harapan menang pru14 ..

Anonymous said...

Surat tu bukan usaha kumpulan anti najib utk melaga-lagakan pemimpin ke...ke saja2 buat tak paham?

Anonymous said...

Moga allah makbulkan doa rakyat malaysia..bn.umno.lenyap dari bumi malaysia...amin

Anonymous said...


Anon 3.39

Allah tak tetap kan pemimpin menyamun. Allah tak tetapkan pemimpin berdusta salahguna ayat Quran. Allah tak tetapkan dalam akaun pemimpin ada RM2.6B. jadi tak payahlah hipokrit dan bila ada masalah guna agama.