PAGI ini, Jelapang terima satu mesej yang berbunyi: "Sebenarnya, duit yang hilang adalah "dicuri" daripada syarikat Abu Dhabi IPIC Aabar yg berurusan dengan 1MDB. Kalau kita bayar wang untuk beli kereta misalnya, apakah untuk wang yang digunakan oleh sipenjual kereta tadi, (contoh dia buat BERJUDI, bina kilang arak dan lain-lain) masih tanggungjawab kita? Inilah ANC (kumpulan Anti-Najib) nak tipu rakyat dengan "money trail" konon! Itupun hanya tuduhan dan belum disiasat pun dan spin macam-macam".
PERTAMA, isu 1MDB bukan isu jual-beli kereta.
Isu 1MDB isu Najib Razak, ahli keluarga dan kawan karib mengenai kehilangan duit 1MDB. Isu ini isu mudah. Lihat rajah bawah:
2009: Penasihat TIA - kawan Najib - Jho Low
Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB - Najib Razak
Lihat kotak merah (ini yang masih belum diJAWAB oleh Najib mahupun Arul Kandasamy, CEO 1MDB).
1. 1MDB pindahkan wang ke akaun Good Star milik kawan Najib, Jho Low
2. 2012: Lebih RM4 bilion dimasukkan ke akaun Aabar dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dapati sejumlah US$238 juta di masukkan akaun Red Granite milik Riza Aziz, ANAK ROSMAH MANSOR dan ANAK TIRI NAJIB.
3. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mendakwa ANAK TIRI NAJIB memindahkan US$41 juta ke satu akaun untuk berJUDI.
4. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dapati JHO LOW, KAWAN NAJIB, pindahkan US$400 juta ke Amerika Syarikat.
Bro, ini bukan kes jual kereta.
Ini kes, transfer duit sesama sendiri dan sesama ahli keluarga. Jadi penasihat dan pengerusi, akhirnya wang masuk ke akaun sendiri. Sekali lagi ini bukan kes jual beli kereta.
Ini bukan FITNAH. Ini hasil siasatan FBI dan disiarkan melalui satu dokumen oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Jawablah isu yang dibangkitkan ini. Jangan hanya arah Arul Kanda jawab separuh jalan TANPA menyentuh duit ke Good Star dan Aabar.
Kalau hendak detail, boleh rujuk dokumen DOJ ini: http://www.wsj.com/public/resources/documents/1MDB-Filing-07-20-2016.pdf
Jelapang petik beberapa fakta penting dari laporan DOJ ini seperti berikut:
Kita sabar menanti penjelasan Najib dan ahli keluarga beliau.
Sementara itu, kita ingatkan balik kata-kata Ambrin Buang.
1 comment:
Moga cepat bantahan kuasa rakyat bungkus bn dan najib
Post a Comment