Ramadhan adalah kesempatan keemasan untuk memperbanyak doa dan mengetuk pintu langit, karena ia saat yang mustajab dikabulkannya doa.
Dan kita tidak akan lupa akan DOA Najib Razak di bulan Ramadhan yang lalu (lihat video atas).
Kata Najib: "DOA SAYA, KALAU SAYA BETUL, TUNJUKKANLAH".
Setiap hari sepanjang Ramadhan kita mengAMINkan doa Najib ini. 1Malaysia mengAMINkan doa ini.
Kita berdoa kepada Allah SWT supaya dimakbulkan doa ini.
Mustajab doa Najib. Semalam Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil untuk merampas harta-harta yang dimiliki anak tiri Najib, Riza Aziz, serta rakan karib beliau Jho Low.
Setiap umat Nabi Muhammad SAW menanti-nanti akan tibanya Ramadhan untuk berdoa dan doa mereka sentiasa dimakbulkan Allah SWT.
Dan kita diingatkan bahawa Allah SWT itu Maha Besar dan Maha Berkuasa. Tidak kira siapa kita, baik petani mahupun Perdana Menteri, tidak yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT.
Semuga Allah SWT makbulkan doa Najib bin Abdul Razak.
Kepada yang ingin tahu secara komprehensif mengenai cara anak tiri Najib dan kuncu-kuncu beliau mengunakan duit 1MDB termasuk di kasino judi di Amerika Syarikat seperti di dakwa oleh FBI, boleh ke website berikut :
Berikut ucapan Najib pada 5 Julai 2015 sebagai imbasan semula.
** Kita juga berDOA supaya tidak ada Menteri meletakkan jawatan sehari dua ini kerana pendedahan FBI ini. Maklum sajalah, ramai juga Menteri-Menteri yang sudah tua usianya dan mungkin merasakan diri mereka dipenuhi dosa dan mahu bertaubat sebelum terlambat dan mahu berundur untuk menyucikan diri dari segala dosa semasa di dalam Kabinet Najib ini.
1 comment:
Segala keburukan kita yang cipta dan Allah SWT telah memberi kita pertunjuk jalan yang lurus.Malangnya nafsu yang membimbing kita kearah keburukan ini semua dan tunggu saja timbal balas dari prilaku kita akan terjawab.Mungkin kita tak lakukan tetapi dengan tipisnya pengtahuan dan penguasahaan kita selaku ketua diatas apa yang berlaku terpaksalah menanggung akibat.Kesangsian rakyaat dan pertanyaan mereka tidak mendapat jawapan yang bernas.Malah beg yang diangkut kedalam kapal terbang sebagaimana yang terpapar dalam alam maya boleh ditafsirkan beranika warna disebabkan kurang penerangan buat rakyaat.Macam-macam tomohan akan mengaambil tempat.Pencerahan tentang apa yang berlaku hanya dengan jalan membuka jalan bagi orang menyiasat diatas pekara yang berlaku.Jangan biarkan Malaysia ini umpama "Sudah jatuh ditimpa tangga".Duit hilang hutang bertapuk dan merebakan rakyaat.
Post a Comment