HARI ini Jelapang terbaca di sebuah akhbar Melayu sebuah kisah hendak MENDAMAIKAN Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kononnya akan ada satu usaha untuk Tun Mahathir dan Najib duduk semeja dan selesaikan perbezaan pendapat mereka.
Apa yang hendak didamaikan?
Bila pula Tun Dr Mahathir dan Najib TIDAK DUDUK semeja?
Ramai ahli dan pemimpin Umno tahu Najib kalau tak sarapan pagi, Najib akan ke rumah Tun Mahathir untuk makan tengahari dan makan malam.
Dan bila pula Tun Mahathir bantai Najib?
Tak pernah sekali pun Tun Mahathir hentam PERIBADI Najib. Tun Mahathir hanya bertanyakan isu rakyat demi masa depan negara.
Kalau Tun Dr Mahathir nak popular di kalangan rakyat dan JATUHKAN NAJIB, mudah saja. HENTAM ROSMAH MANSOR, popular lah Tun Mahathir. Hanya segelintir ahli Umno yang sukakan Rosmah dan Ketua Umno Cheras Syed Ali Al-Habshee di antara segelintir ini.
Tapi TIDAK. Tun Mahathir tak pernah membangkitkan isu Rosmah padahal isu Rosmah adalah isu paling PANAS dalam politik Malaysia hari ini dan isu Rosmah lah yang menurunkan sokongan rakyat kepada Umno.
Tanya lah, berapa peratus ahli-ahli Umno yang SUKA Rosmah?
Berapa ramai Ketua Bahagian Umno yang suka Rosmah? Berapa ramai Timbalan Ketua Bahagian yang mengata Rosmah dalam diam-diam?
Berapa ramai bapa-bapa Menteri yang dalam senyap-senyap bercakap mengenai Rosmah?
Berapa ramai isteri-isteri Menteri yang meluat dengan Rosmah?
Berapa ramai Ahli Parlimen, Ketua-Ketua Cawangan mengeluh mengenai Rosmah?
Malahan ada sosek-sosek mengatakan ada adik beradik Najib sendiri pun tak berapa minat dengan Rosmah.
Berapa ramai pegawai-pegawai dan bodyguard Najib mengutuk Rosmah?
Kalau mereka sukakan Rosmah, tak kan kita tahu kedai mana Rosmah nak "shopping" di Bangkok hari itu? Ada gambar sekali.
Tak pernah sekali pun Tun Mahathir bangkitkan mengenai Rosmah.
Rosmah nak pakai kot bulu tikus ke, buli kucing ke, Tun Mahathir tak ambil peduli.
Rosmah nak pakai jet kerajaan ke, belanja RM500,000 (mengikut dakwan blog pembangkang) duit kerajaan untuk minyak jet berjalan satu dunia ke, tak pernah pun Tun Mahathir komplen.
Ramai orang bercakap betapa rimasnya bila Rosmah berhelikopter ke sana ke mari semasa banjir baru-baru ini. Orang berlari ke sana ke sini nak sambut beliau malahan ada yang merungut Rosmah menyusahkan kita. Sudahlah tu, pakai pakaian berjenama lagi melawat mangsa banjir yang tinggal sehelai sepinggang.
Kita orang Umno rasa nak sembunyi muka kerana malu dengan rakyat yang dalam keperitan.
Selepas membatalkan acara di Davos, Switzerland, Najib dan Rosmah terbang ke Saudi Arabia dan kini berada di London sampai tiga empat hari semata-mata hendak berjumpa 100 pelajar dan acara sampingan.
Tun Mahathir tak bangkit pun perkara-perkara ini.
Ketika rakyat derita banjir, Najib bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, ada Tun Dr Mahathir komplen?
Setakat nak "enjoy" main golf dengan Presiden Amerika Syarikat, setakat Rosmah nak pakai kot bulu tikus, pakailah. Enjoylah.
Lagi pun memang sekarang ini zaman orang pakai kot bulu tikus, dah nak buat macam mana.
Terus terang kita nak katakan, apa benda yang orang tidak bercakap mengenai Rosmah.
Orang bercakap mengenai perkahwinan anak perempuan Rosmah dan Rosmah sampai hati sanggup tidak menghadiri perkahwinan anak sendiri dengan anak Dato' Yaakob PWTC.
Tun Dr Mahathir pun tahu semasa muda, Najib kaki enjoy. Tapi kerana terlampau sayangkan Najib, Tun Mahathir pejamkan sebelah mata dan kerana SAYANG, dan Najib hari ini menjadi PERDANA MENTERI.
Malangnya, Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin tidak pernah merasakan "kasih sayang" yang diberikan oleh Tun Mahathir kepada Najib.
Hari ini bila DITEGUR, Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin dilihat sebagai penyokong pembangkang.
Tun Daim dilabelkan sebagai pembangkang. Kalau boleh bisnes dia pun nak dilingkupkan.
Kerana apa? Kerana Tun Mahathir dan Tun Daim HANYA BERTANYA BEBERAPA SOALAN demi kepentingan rakyat dan negara.
Perbezaan di antara Tun Dr Mahathir dan Najib hanya berkisar di sekitar 4/5 soalan sahaja.
JAWAB SOALAN YANG DIBANGKITKAN TUN MAHATHIR, MASALAH SELESAI!
Tun Mahathir bertanya, kalau betul DUIT 1MDB yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik, di mana duit itu disimpan? Bank mana? Jawablah.
Tun Mahathir bertanya, kenapa beli IPP dengan harga mahal padahal nilainya murah? Jawab lah. Kalau kerajaan nak buat untung, cakaplah nak buat untung?
Tun Mahathir tanya, kalau beli IPP mahal, bagaimana nak letak kadar eletrik murah pada rakyat, jawablah.
Tun Mahathir tanya kenapa jual tanah kerajaan murah tapi IPP hak orang, 1MDB beli mahal, jawablah.
Apakah susah sangat hendak menjawab soalan-soalan ini?
Kalau susah sangat hendak menjawab soalan-soalan ini, buat retreat, buat lab.
Bawa semua ahli Kabinet ke retreat dan duduk dalam Lab, draf jawapan untuk soalan-soalan ini.
Selama ini pun Najib selesaikan masalah melalui retreat dan Lab yang diilhamkan oleh Pemandu dan Idris Jala.
Sebenarnya rakyat bersyukur ada ORANG TUA seperti Tun Dr Mahathir. Sekurang-kurangnya dengan saki baki umurnya, dia boleh mewakili rakyat, sebagai Wakil Rakyat yang tidak dipilih, bertanya kepada kerajaan dan Najib tentang duit rakyat yang digunakan berbilion-bilion ringgit.
Nak diharapkan kepada Menteri Kabinet bertanyakan perkara ini? Mereka lebih SAYANGKAN jawatan dari sayangkan rakyat.
Nak diharapkan kepada Ketua Bahagian? Hampir kesemua Ketua Bahagian dah "DIJAHIT" mulut mereka.
Nak diharapkan kepada perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno? Belum apa-apa dah diarah naik ke Tingkat 30 Bangunan Umno di Kuala Lumpur untuk diberi amaran apa isu yang boleh dibangkitkan dan apa yang HARAM dibangkitkan.
Tun Mahathir hanya bertanyakan mengenai 1MDB. Itu pun dah dilihat sebagai musuh Najib dan dihentam habis-habisan.
Belum lagi Tun Mahathir bertanyakan tentang harga getah dan kelapa sawit yang merudum sekarang ini. Belum lagi Tun Mahathir bercakap mengenai kejatuhan matawang Ringgit. Belum lagi Tun Mahathir bertanyakan hal duit Koperasi Felda. Belum lagi Tun Mahathir bertanyakan pemberian kontrak MRT dan LRT.
Oleh itu tak payahlah sesiapa, baik Shahidan Kassim atau sesiapa di dalam Umno, mahu mencari publisiti murahan dengan mengisytiharkan diri untuk menjadi ORANG TENGAH untuk menenangkan perbalahan di antara Tun Mahathir dan Najib.
Tun Mahathir TIDAK membenci Najib. Tun Mahathir tidak ada masalah dengan Najib.
Cuma JAWABLAH EMPAT LIMA SOALAN YANG TUN MAHATHIR BANGKITKAN. SELESAI MASALAH. HABIS CERITA.