Friday, December 5, 2014
BACALAH, HAYATI LAH KESEMPITAN ORANG BAWAH WAHAI PEMIMPIN NEGARA
PERDANA Menteri WAJIB membaca laporan ini. Tan Sri Muhyiddin juga wajib membaca laporan ini. Begitu juga isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.
Begitu juga bapa-bapa Menteri. KSU Kementerian. Ketua-Ketua Pengarah.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga harus membacanya. Begitu juga Tan Sri - Tan Sri, Dato'-Dato Seri, Ahli-Ahli Parlimen dan Adun tanpa mengira parti, Ketua-Ketua Bahagian dan para ahli politik.
Seorang ibu tunggal berusia 40 tahun, mempunyai ENAM ANAK, dipenjara 6 hari dan didenda RM300 kerana MENCURI DUA BUNGKUS SUSU FORMULA, DUA BOTOL KICAP EMPAT PENSIL MEKANIKAL, UBAT GIGI, ALAT MENCUCI SCOTCH BRITE dan SERBUK MINUMAN.
http://www.hmetro.com.my/node/13498
TAHNIAH Jelapang ucapkan kepada rakan blogger - FLYING KICK- kerana menulis mengenai kes ini.
http://theflyingkick.blogspot.com/2014/12/mana-pejuang-pejuang-hebat-melaka.html
Betul kata Flying Kick. Di mana pejuang-pejuang hebat Melaka?
Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Syed Mokhtar, jutawan-jutawan Malaysia, bapa-bapa Menteri, inilah realiti masyarakat di bawah.
Kita yakin Rasmah Joles kehilangan pertimbangan dan pedoman dan tidak tahu bagaimana lagi hendak mencari rezeki untuk menyuap mulut ke enam-enam anak beliau.
Apa guna dua bungkus susu, kicap, pensil dan ubat gigi kalau bukan untuk anak-anak kesayangan beliau.
Tanyalah diri-diri kamu, berapa jauh pendapatan Tan Sri-Tan Sri jika dibandingkan dengan pendapatan Rasmah.
Jika benar nasib Rasmah ini, maka tidak salahlah tanggapan sesetengah pihak - BUMI BERTUAH INI HANYA UNTUK ORANG TERTENTU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Maka siapa yg lbih merempat...jawab la .jgn menunding jari lgi baik pr @ bn. Sbelum lbih ramai bumi mrempat ...sedar la
Hakim tak ada otak
kalau dia jumpa mat sabu pun dah lama settle kes ini.
Pm tak peduli semua ni. Org elit katakan
apa kita dah buat untuk puan Rasmah dan orang seperti beliau?
ahjibgor harus menjadikan TURUN PADANG satu kemestian
tiap tiap pemimpin harus naik basikal turun ke kampong tiap bulan utk melihat dgn mata kepala sendiri taraf kehidupan rakyat
jangan memandu kereta mewah
Post a Comment