Sunday, December 28, 2014

MENTERI SEKARANG TADBIR NEGARA MELALUI TWITTER


SELEPAS kembali dari bercuti di Hawaii dan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Najib Razak hari ini mengarahkan semua menteri-menteri membatalkan cuti mereka dan kembali ke Malaysia dari luar negara.

Kasihan juga memikirkan nasib Menteri-Menteri kita yang terpaksa pulang awal.

Sebenarnya walaupun tiada dalam negara, kebanyakan Menteri-Menteri sudah menjalankan tanggungjawab mereka walaupun berada di luar negara.

Tengok saja twitter Hishammuddin Hussein yang kini katanya sedang bercuti di London.

Sesiapa yang membaca tweet beliau akan merasakan seolah-olah beliau sedang mengharungi banjir di Pantai Timur. Arahan-arahan diberikan melalui twitter.

Sementara Ahmad Maslan pun nampak begitu prihatin dengan masalah rakyat di bawah melalui tweet beliau dan sentiasa berdoa agar air banjir cepat surut walaupun sedang menikmati cuaca dingin di Jerman.

Menteri Kerjaraya Fadillah Yusof pula katanya di London walaupun rata-rata jalan runtuh dan ditutup.

Sekarang ada trend baru dalam Kabinet Malaysia - mentadbir melalui TWITTER.

Baru-baru ini, kita terima satu mesej dari Putrajaya yang berbunyi:

Dear all, please share this :-

There are lots of anger that PM Najib is seen playing golf with Obama in Hawaii on Christmas day and that he is not on the ground visiting the flooded east coast or in Malaysia directing flood relief efforts.

However, we have to be realistic and understand that a PM's role is not to direct flood efforts nor to wade thru flood waters to carry victims to safety.

He is better served monitoring the situation and approve allocations and allow the right emergency bodies and his ministers to do their work.

A cursory glance at his twitter and FB page also shows that he has been making frequent updates on the flooding situation: 

In fact, just 4 days ago, Najib did visit flood victims at the relief center in SMK) Gudang Rasau, Pahang that was holding residents around Sungai Belat. 
http://www.mstar.com.my/…/2014/12/20/pm-lawat-mangsa-banjir/

It's not like he doesn't care or is not updated with the latest. But even if he was on the ground in the flooded areas, there is little he can do and it is actually counter-productive.

Being on the ground is really just a populist photo-opportunity and the publicity and hoo-hah around him could turn out to be a hindrance to relief efforts instead of a help.
Not many people get to play a round of golf on Christmas Day (being the most important festival day for Obama) with the USA presidnet to build relationships - many many more famous world leaders would never have the chance.

Remember that President Obama is the most powerful person on earth and has vast resources at his command.

Who knows? Perhaps Najib could have asked Obama to look into assisting the flood victims in the east coast either via monetary donations or via technical, medical or logistic assistance?

Dear all, please share this thanks (on PM golfing with Obama)

Selepas membaca mesej ini dan alasan yang digunakan, tertanya-tanya kita perlukah Menteri-Menteri diarahkan memendekan cuti mereka setakat untuk hendak bergambar untuk popular dan kehadiran menteri-menteri setakat bergambar mengharungi banjir tidak akan mengubah keadaan dan yang paling penting buat masa ini ialah peranan agensi-agensi yang membantu mangsa banjir.

Inilah yang kita katakan spin haru biru oleh penasihat-penasihat PM semata-mata mahu menyelamatkan Najib walaupun apa yang dilakukan Najib tidak masuk akal.

2 comments:

Anonymous said...

Yg tak masuk akal ialah kenapa begitu ramai menteri kabinet malaysia bercuti serentak pada hujung tahun ini? Bukankah sudah diramalkan bahawa hujan lebat, new moon yang membawa sungai dan laut pasang besar, serta angin kencang akan menyebabkan banjir besar? Kenapa mereka ni? Tinggalkan negara untuk bercuti secara beramai2 seolah2 lupa saban tahun, pada november dan disember malah membawa ke januari banjir akan melanda? Betul2 tak masuk akal. Adakah menteri2 ini lari bercuti sebaik mengetahui pm telah fly ke hawaii? Bos boleh knp aku tak boleh? Jangan peduli kemana anwar, azizah, guan eng bercuti kerana mereka hanya kaki bangkang, membangkang tak habis2, tàpi kena ambik peduli kemana menteri2 kabinet spt hisyamuddin, zahid hamidi, fadilah yusuf, hasan malek dll pegi. Mereka amat diperlukan ketika ini. Masa memerlukan rakyat dulu, jgn lupa anda semua tak malu minta dan memohon undi, kini rakyat perlukan anda, jangan la lari pulak...

home renovation said...

#prayforPantaiTmur #prayforQZ8501 kontraktor ubahsuai rumah BLOGFACEBOOK Hubungi/WhatsApp: 0182233854 KHAIDIR