Sunday, March 31, 2013

MUKHRIZ DAN TOK PA LEPASKAN PARLIMEN?

Di Kedah, katanya, Mukhriz Mahathir akan dipilih menjadi Menteri Besar sekiranya BN dapat meranapkan Pas.

Sementara di Kelantan, Mustapa Mohamed bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pas tumpas selepas 23 tahun memerintah.

Itu khabar angin yang tersebar luas di Kedah dan Kelantan.

Khabar angin juga tersibar mengatakan bahawa Mustapa dan Mukhriz akan bertanding dua kerusi - kerusi negeri dan kerusi Parlimen.

Kalau benar lah khabar angin ini, ia tidak lain dan tidak bukan, Mustapa dan Mukhriz mahukan politik selamat.

Kalau kalah di negeri, masih ada peluang menjadi Menteri, dan kalau kalah di Parlimen, masih ada peluang untuk menjadi Menteri Besar.

Kalau ini menjadi kenyataan, ianya bukan saja mengamalkan politik selamat, malah ia akan dilihat sebagai politik pengecut.

Kalau Mukhriz dan Mustapa serius untuk menawan Kedah dan Kelantan, mereka perlu menunjukkan kejantanan politik mereka dengan menumpukan untuk bertanding di Kedah saja.

Jika Mukhriz dan Mustapa merasakan risiko hilang jawatan Menteri lebih tinggi, elok tumpukan saja bertanding di Parlimen.

3 comments:

Anonymous said...

hmmm...Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim, Theresa Kok dll kira ape ye? oooo...depa ok sbb pembangkang kan...mcm nuar berahi, sodok depan belakang pun tak pa punya...he..he. kalo dah munafiq tu menaip pun ikut kepala lutut..

Anonymous said...

halo bro...jadinya limguang eng tu takde telur la yer... haji hadi tu taksunat lah yer...
wei samdol... tok pa tak heran la hilang jawatan menteri,,, kalah pun akan create jyga jawatan utk beliau,,sebab otaktok pa tu bijak,,,,

Anonymous said...

Demi untuk kejayaan BN dalam menawan Kelantan dan Kedah, To' Pa dan Mukhriz perlu bertanding untuk DUN masing-masing sahaja. Pengundi-pengundi akan melihat bahawa mereka mereka berdua ini amat serius dalam memperjuangkan masa depan pembangunan fizikal dan politik di kedua-dua negeri ini. Jangan fikirkan mereka akan kalah... macam tentera Islam yang menyerang Sepanyol dahulu telah membakar kapal-kapal yang menangkut mereka menyeberang dari Magribi - matalamat mereka mati atau menang perang. Bila tumpuan untuk terus hidup, mereka berjuang berhabis-habisan dan akhirnya mereka berjaya dan menang menawan Sepanyol. Begitu laa To' Pa dan Mukhriz dalam perjuangan ini..... tumpu di DUN sahaja dan lepaskan kerusi parlimen tersebut.... insyaAllah kejayaan akan di perolehi... kena percaya pada diri sendiri......