Tuesday, December 20, 2011

SHAHRIZAT BELAJAR SILAT CEKAK

Satu sms yang dikatakan dihantar oleh seorang AJK Wanita Umno kepada semua Ketua-ketua Wanita kini berlegar di akar umbi.

Sms tersebut berbunyi: "Salam YB/Ybhg... Wanita amat kecewa dgn Dt Syed Ali, Dt Puad, Dt Ghafur dan Dt Bung Mokhtar serta mulut2 longkang yg lain yg begitu lantang suara menghina KW kami DS Syahrizat. Penghinaan kpd DSri adalah penghinaan kami wanita. Kami akur arahan PM supaya jgn berperang sesama sendiri dlm parti tapi berperanglah dgn pembangkang. Mereka ini tak habis2 menghentam ketua kami. Buatlah kerja serang pembangkang. jgn sampai wanita mogok dan bertindak. Kami boleh menggoncang parti sekira nya mulut2 ini berterusan menghentam ketua kami. Jgn sampai wanita mogok dan tak bekerja utk parti dan PRU 13 tentu masalah besar nanti. Drp Datuk ..... ........ .. Wanita Umno Msia"

Ketua Bahagian Cheras Syed Ali Habshee, Ketua Bahagian Umno Batu Pahat Puad Zarkashi, Ketua Bahagian Umno Kalabakan Ghafur Salleh dan Ketua Bahagian Umno Kinabatangan Bung Mukhtar dilabelkan sebagai "mulut-mulut longkang" oleh AJK Wanita Umno Malaysia yang menyokong Shahrizat ini.

Kalaulah kritikan Ketua-ketua Bahagian ini disifatkan sebagai mulut longkang, maka Dr Mahathir Mohamad juga "mulut longkang" kerana beliau turut mengkritik Shahrizat.

Selepas menggunakan "mulut" untuk mengkritik, kumpulan Shahrizat pula dituduh menggunakan kepakaran "mencekak" untuk melawan Syed Ali.

Penyokong-penyokong Syed Ali mendakwa Shahrizat telah menghantar orangnya untuk "mencekak" Syed Ali. Baca insiden ini di link berikut: http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/shahrizat-kena-jelaskan-kehadiran-dua-pegawai-pada-insiden-di-pejabat-umno-bahagian-cheras.html

Selepas penyokong "kakak sulung kita" (kata rujuk yang digunakan oleh Reezal Merican terhadap Shahrizat) "mencekak" abang-abang beliau dalam Umno, tidak mustahil Shahrizat akan "menyelak kain", "menyinting lengan" "mencekak" pemimpin-pemimpin pembangkang yang hari ini mendakwa keluarga Shahrizat "membeli sebuah kondominium mewah di 7 Anthony Road, Orchard Scotts, Singapura pada pada 27 Januari 2010 dengan harga RM9.9 juta."

Muga-muga suami Shahrizat dan anak-anak beliau mengubah perwatakan mereka dan mencontohi Syed Ali, Puad, Ghafur, Bung dan Dr Mahathir dengan menjadi "mulut-mulut longkang" dengan menafikan dakwaan pembangkang.

P/S: Jelapang pun teringin juga nak membela lembu dengan pinjaman kerajaan dan jadi CEO bergaji RM100,000 sebulan dan ada tanah di Putrajaya, kesana kesini menaiki Mercedes company, kondo di Singapura untuk membeli belah dan bercuti di Phuket, Bandung serta mengerjakan umrah. Jelapang tak lah berminat nak minta sampai RM250 juta dari Perdana Menteri. RM25 juta atau RM50 juta pun dah cukup. Tak jadi Menteri pun tak mengapa. Asalkan bila ke KL, dapat berehat di kondo 1Menerung dan apabila shopping di Orchard Road, tak payah berjalan kaki jauh-jauh, kedai hanya disebelah kondo kita. Kata orang yang berada, apabila kita kaya, kita tak perlu mencari kedai, kedai akan datang pada kita.

2 comments:

Anonymous said...

semaunya dah beso2 pandai2 la setel masaalah sendiri bg sedap telinga dan mata rakyat

Anonymous said...

wanita pun telah diupah.dah jadi makcik kakcik upahan.