Sunday, November 27, 2011

NAJIB SAYANG SHAHRIZAT

Apabila seorang bapa bertanyakan kepada anak dara suntinya samada beliau bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki yang meminangnya, lazimnya, si anak dara akan tersipu dan mendiamkan diri.

Kelazimannya, ia tanda bersetuju. Bersetuju dengan pinangan dan bersetuju untuk diperisterikan.

Kesimpulannya, tanda diam, di dalam adat resam Melayu, maksudnya tanda bersetuju.

Najib Razak tidak bersetuju dengan isu Altantuya Shaaribu dan beliau menafikannya. Malah beliau sanggup bersumpah bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia tersebut.

Apabila isteri beliau, Rosmah Mansor, dituduh membeli cincin bernilai RM24 juta, beliau tidak setuju dan beliau membuat kenyataan menafikan pembelian tersebut.

Tetapi apabila isu MAS-Air Asia dibangkitkan, Najib mendiamkan diri. Apabila isu Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamed Hassan menghantar RM10 juta ke London melalui pengurup wang untuk pembelian sebuah rumah, Najib berdiam diri.

Apabila isu pembelian saham E&O oleh suami Zarinah Anwar, Najib berdiam diri.

Kini Najib turut mengambil sikap mendiamkan diri apabila isu Feedlot dan pembelian Condo oleh NFC dan suami Shahrizat Jalil menggunakan duit pinjaman kerajaan.

Apakah ini tanda setuju oleh Najib terhadap semua penyelewangan ini.

Syed Ali Al-Habshi, Ketua Bahagian Umno Cheras berkata: "Apa yang saya nak katakan ialah Shahrizat perlu bertanggungjawab. Kalau Shahrizat sayangkan parti, beliau kena membuat keputusan yang betul."
http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2011/11/26/columnists/joceline/9972125&sec=joceline

Apa maksud Syed Ali? Maksudnya, Shahrizat bersalah dalam isu ini dan keputusan terbaik ialah meletakkan jawatan sekiranya beliau sayangkan Umno.

Hari ini Shahrizat menyalahkan pembangkang kerana isu ini.

Beliau silap. Rata-rata orang bercakap mengenai beliau dan lembu. Orang Pas, PKR dan orang Umno, MCA, MIC juga bercakap mengenai beliau. Malah mereka yang tak berminat mengundi pun bercakap mengenainya.

Tetapi orang juga bercakap kenapa Perdana Menteri berdiam diri?

Mungkinkah Najib, seperti juga seorang dara yang dipinang, bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Shahrizat dan ahli keluarga beliau?

1 comment:

Pandak Leman said...

Biarlah pada DS Najib .Kalau dia masih sayang lagi pada Shahrizat ni.Tetapi percayalah kalau Shahrizat diletakkan juga sebagai calon terimalah akibatnya nanti.DS Najib jangan salah rakyat atau pengundi tak kenang budi dan sebagainya.Jangan pula salah pada Melayu.Salah pada Cina.Salah pada India kerana calon BN kalah.

Semua ini akan jadi ulam dan sambal belacan untuk di makan pembangkang nanti.

Media kerajaan dengar boleh tetapi kena fikir dan timbang banyak kali juga.Bodek berlebihan.


DS Najib cari tokoh yang benar-benar bersih untuk menguatkan BN dan UMNO.Mana-mana tokoh yang semua hendak dan jadi masaalah pada UMNO dan BN tak payahlah.


Betul kah DS Najib Sayang Shahrizat.