Wednesday, January 19, 2011

ADO CALON UMNO UNTUK TENANG

Bukan Timbalan Ketua Bahagian Labis Khusrin Mahmood. Bukan Naib Ketua Bahagian Hashim Daud. Bukan juga Ketua Wanita Labis Haslinda Salleh. Ketua Penerangan Labis Mohamad Kahiruy pun bukan. Ketua Puteri Nurul Huda Marsidin juga bukan dan bukan AJK Labis Saadon Wardini, Omar Talib dan Adam Nasrun.

Calon yang dipilih Najib Razak ialah bekas penolong pegawai daerah Rengit Mohd Azahar Ibrahim, bekas Bendahari Umno Labis.

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Najib sebagai calon yang boleh menang di Tenang. Seorang yang bukan di kalangan Jawatankuasa Umno Labis.

Tahniah kepada Najib akan keputusan cukup berani ini. Mungkin di kalangan AJK Bahagian - dari Timbalan Ketua Bahagian sehinggalah AJK biasa - akan berkecil hati kerana seolah-olah mereka tidak layak menjadi calon dan mereka bukan calon yang boleh menang.

Ini adalah satu evolusi dalam Umno. Satu perubahan yang diperlukan oleh Umno. Umno perlu keluar dari cara berpolitik lama di mana yang berjawatan sahaja yang perlu diberikan tempat.

Ini juga pendekatan baru di mana calon yang dipilih adalah calon yang diminati pengundi dan bukannya calon yang diminati hanya oleh ahli-ahli Umno.

Kini bermulanya era perubahan di dalam Umno. Pemilihan Azahar Ibrahim adalah mesej kepada semua bahagian-bahagian Umno bahawa Najib hanya akan memilih calon yang boleh membawa kepada kemenangan kepada Umno di pilihanraya akan datang.

Persoalannya, adakah perubahan ini dapat diterima oleh pimpin Umno di bahagian-bahagian.

No comments: