Wednesday, January 12, 2011

MUKHRIZ PERLU MENDEWASAKAN DIRI

"Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan." - Dr Mahathir Mohamad.
http://www.malaysiakini.com/news/153222

Apa yang peliknya dalam Umno? Bukankah cantas mencantas perkara biasa di dalam Umno?

Di Kelantan, puak-puak Umno "chah keting", di Terengganu "peteh keting".

Mungkin Tun Dr Mahathir ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno di Kedah akan musibah cantas mencantas ini.

Umno terkenal dengan budaya cantas mencantas. Dari peringkat cawangan ke bahagian. Sebenarnya Tun, cantas mencantas ini lebih teruk di peringkat atasan. Mahupun di peringkat Majlis Tertinggi sehingga ke Kabinet.

Siapa yang menjadi Presiden dan Perdana Menteri, dialah paling berkuasa. Pisau, keris dan pedang samurai berada di tangan Presiden. Siapa yang dia hendak, naiklah dia. Kata orang puteh, Perdana Menteri ini ada "midas touch" atau sentuhan ajaib.

Itulah yang berlaku di Kedah. Dengan satu sentuhan ajaib, Mukhriz, anak Tun, dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Kedah.

Semuga Mukhriz dapat melakukan yang terbaik untuk Umno Kedah. Sebarang halangan, kenalah Mukhriz rempuhi. Janganlah nak "mengacum" (mengadu) kepada bapa pula.

Mukhriz perlu melalui segala cabaran-cabaran dan proses politik seperti orang lain. Tengok saja Najib Razak. Pernah menjadi Ketua Pemuda, bertanding Naib Presiden, pernah melalui cabaran politik walaupun menaiki takhta Perdana Menteri atas usaha Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim yang secara terbuka mengkritik Abdullah Ahmad Badawi sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan kepada Najib.

Mukhriz kena ambil risiko dan berani. Berani maksudnya, jangan terlalu mengharapkan laluan mudah untuk naik ke persada politik.

Mukhriz perlu ingat bahawa jawatan AJK Kubang Pasu diberi kepada beliau kerana orang Kubang Pasu menghormati bapa beliau, Tun Dr Mahathir.

Beliau dapat menjadi Ahli Parlimen kerana hormat pemimpin kepada Tun kerana jasa Tun kepada Umno dan Kerajaan. Ramai pemimpin Umno Jerlun yang berjasa diketepikan untuk memberi ruang kepada Mukhriz.

Janganlah pula hari ini Mukhriz mahu terus bergantung kepada Tun untuk mendapat tempat di dalam Umno.

Kalau Mukhriz sanggup menerima tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan, maksudnya beliau sanggup mengharungi segala cabaran di Kedah.

Najib merupakan anak Perdana Menteri pertama yang menjadi Perdana Menteri. Terfikir juga adakah selepas ini giliran Hishammuddin Hussien menjadi Perdana Menteri? Selepas Hishammuddin, giliran Mukhriz pula?

Kita terdengar sosek-sosek di bahagian-bahagian di Kedah kononnya program-program yang dianjurkan oleh Mukhriz diboikot oleh orang tertentu.

Untuk pengetahuan Mukhriz, itu perkara biasa. Semasa Allahyarham Syed Nahar menjadi Menteri Besar, ada orang boikot majlis beliau. Siapakah yang membuat video koboi Syed Nahar sehinggakan beliau terpaksa meletakkan jawatan? Bukankah orang Umno?

Siapakah yang menghasut Tun Dr Mahathir sehinggakan Osman Aroff terpaksa melepaskan jawatan? Bukankah orang Umno?

Siapakah yang menjatuhkan Sanusi Junid di Kedah? Bukankah orang-orang Umno sendiri?

Siapakah yang menjatuhkan Syed Razak Syed Zain sebagai Menteri Besar? Bukankah pemimpin Umno sendiri? Tak percaya, tanyalah Mahdzir Khalid!

Oleh itu Tun, cantas mencantas adalah perkara biasa di Kedah. Perlantikan Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan Kedah menjadi percakapan banyak pihak di dalam Umno.

Ramai yang melihat perlantikan Bashah hanya untuk memudahkan perjalanan politik Mukhriz. Mereka berpendapat, Bashah tidak dapat membawa Umno Kedah ke mana-mana. Tahap pendidikan beliau menjadi bahan perbualan. Oleh itu Bashah dipilih untuk memudahkan Mukhriz mencapai cita-cita politik beliau.

Ada juga pihak berpendapat, perlantikan Mukhriz hanya cara Najib untuk memastikan Tun tidak bising sepertimana semasa era Pak Lah.

Najib tahu sekiranya Tun membuka mulut, ia petanda masalah buat Najib untuk pilihanraya akan datang.

Oleh itu, eloklah Mukhriz cuba meminimakan komplen beliau kepada Tun. Cabaran yang dilalui beliau sekarang ini adalah perkara kecil.

Politik Umno penuh onak dan duri. Tidak mungkin Mukhriz buta sejarah. Lihat saja apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim, Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Pak Lah (digugurkan dari Kabinet oleh Tun walaupun Pak Lah memenangi jawatan Naib Presiden), Suhaimi Kamaruddin, Harun Idris, Onn Jaafar dll.

Mereka ini nama-nama besar dalam Umno. Apalah sangat orang memboikot program Mukhriz kalau dibandingkan dengan apa yang dilalui oleh Onn Jaafar, Anwar Ibrahim (dipenjarakan), Ghafar Baba, Ku Li, Suhaimi Kamaruddin dan Harun Idris (dipenjarakan).

Muga-muga Mukhriz terpilih di kalangan nama-nama besar satu ketika nanti.

3 comments:

1 Melayu said...

Sdra Jelapang ,sebenarnya Mukhriz tidak pernah mengacum kepada bapaknya,RAKYAT yang bising bila lihat perangai buruk pemimpin pemimpin Kedah yang suka sabotaj siapa saja yang dipilih untuk menjadi pemimpin negeri.Puak puak ini akan hanya akur dan patuh jika diri mereka dan kroni kroni mereka dipilih.Ini realiti politik Kedah,perlis,kelantan,trengganu dan kebanyakan negeri di semenanjung

Inilah perangai WARLORD WARLORD yang gila jawatan,pangkat,harta dan sanggup lakukan apa saja demi mencapai niat mereka.

dzimba said...

ulasan yang baik tetapi kurang cerdik..Mukhriz tu bukan budak budak lagi bro.. dan apa yang dinyatakan oleh TUN adalah sebagai satu nasihat, soal perkara kebiasaan cantas dan mencantas dalam politik sudah tentu susah untuk diubah akan tetapi kenyataan TUN boleh memberi sedikit ruang untuk masing masing merenungkan

Anonymous said...

apapula dgn bloggers upahan mukhriz yg tak henti2 memburukkan kpum