Friday, January 28, 2011

INTERLOK: PEMIMPIN MELAYU HARUS MALU PADA BANGSA SENDIRI

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Orang Negrito.

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Orang Semang berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh dan pendek badannya.

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Melayu Proto.

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Melayu Negosiddek.

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Melayu Deutro dan orang Melayu tidak malu dikenali Melayu Kuno.

Apa yang hendak dimalukan! Ianya fakta.

Tetapi lain pula dengan sesetengah keturunan India. Pariah adalah sesuatu perkataan yang kononnya sukar diterima padahal perkataan tersebut dicipta oleh bangsa mereka sendiri.

Semalam kerajaan membuat keputusan mengenai novel Interlok nukilan Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Keputusannya (mengikut Muhyiddin Yassin): "Dalam semangat muafakat Barisan Nasional, kita telah bersetuju bahawa novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Namun, mengambil kira pandangan MIC, kita juga telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Tahniah kepada pemimpin-pemimpin kaum India termasuk Presiden MIC G. Palanivel kerana telah berjaya mendesak kerajaan supaya akur kepada mereka.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu malu pada diri sendiri kerana sanggup mengadai maruah bangsa semata-mata kerana politik dan mangsanya ialah Abdullah Hussain dipinggirkan tanpa pembelaan.

Semuga Abdullah Hussain diberi kekuatan untuk mempertahankan karyawan beliau. Tidak mengapa ianya tidak menjadi teks rasmi di sekolah-sekolah. Yang penting maruah dan martabat bangsa terpelihara.

Kepada pemimpin Melayu, malulah pada bangsa sendiri.

Monday, January 24, 2011

HARUSSANI: CHUA SOI LEK HINA ISLAM


“Beliau (Chua Soi Lek) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan. Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya… saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama. Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam. - Harussani Zakaria, Mufti Perak.
Berpolitik ada batasannya. Apa yang Chua Soi Lek lakukan kurang ajar namanya. Seharusnya kita, tanpa batasan politik, mengutuk Chua Soi Lek yang telah menghina Islam.

Saturday, January 22, 2011

RAIS: ROSMAH TAK SALAH, PENGKRITIK JAHAT

“Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan. Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan. " - Rais Yatim.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Tahniah kepada Rais kerana tampil ke hadapan untuk mempertahankan kedudukan Rosmah. Dari ramai Menteri-Menteri Kabinet, hanya Rais yang sanggup tampil ke hadapan untuk menjawab kritikan terhadap Rosmah.

Rais sudah tentu memahami akan kesukaran dibelenggu isu kerana beliau sendiri beberapa hari lalu didakwa merogol amah beliau padahal perkara tersebut tidak benar dan disanggah oleh amah beliau yang bernama Robengah.

Walaupun Robengah menafikannya, malangnya, untuk pengetahuan Rais, ramai di bawah itu tidak mempercayainya dan timbullah bermacam-macam teori yang rasanya pada masa ini, Rais sendiri pun sudah mengetahuinya.

Rais mengingatkan kita akan Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 Perkara 108A yang membenarkan isteri anggota pentadbiran mewakili suaminya atau membuat lawatan ke luar negeri.

Rais juga menyifatkan teguran terhadap Rosmah sebagai politik jahat dan berniat memfitnah. Terpulanglah kepada Rais menilainya.

Kalau baik kita kata baik. Kalau buruk, kita nak kata baik pun tidak mengapa. Sehingga hari ini kita tidak faham kenapa Chua Soi Lek masih diterima masyarakat Cina sebagai pemimpin.

Di Tenang, Chua Soi Lek mengkritik calun Pas tidak bersalaman dengan pengundi lelaki. Pembangkang dengan mudah mematahkannya dengan mengatakan kita tak boleh menyalahkan penzina yang tidak memahami Islam.

Semuanya terpulang kepada kita. Kalau kita rasa tidak salah Rosmah ke sana sini naik pesawat peribadi membuat lawatan rasmi ditemani isteri Rais, Maznah, teruskan lah.

Kalau teguran kita dilihat sebagai teguran jahat, jangan pedulikan.

Betul tindakan Rosmah baru-baru ini apabila beliau mengatakan beliau tidak peduli apa orang nak kata terhadap beliau.

Buatlah apa yang Rais rasa betul dan kerajaan rasa betul. Jangan pedulikan teguran jahat ini termasuklah teguran yang dibuat oleh blogger A Kadir Jasin mengenai Rosmah baru-baru ini.
http://kadirjasin.blogspot.com/2011/01/perdana-menteri-wanita-kenapa-isteri-pm.html

Thursday, January 20, 2011

ROSMAH TAK PEDULI APA ORANG KATA

"biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili." - Rosmah Mansor, isteri Najib Razak.


Inilah reaksi Rosmah terhadap kritikan terhadap tindakan beliau membuat lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh. http://www.malaysiakini.com/news/153969

Wednesday, January 19, 2011

ADO CALON UMNO UNTUK TENANG

Bukan Timbalan Ketua Bahagian Labis Khusrin Mahmood. Bukan Naib Ketua Bahagian Hashim Daud. Bukan juga Ketua Wanita Labis Haslinda Salleh. Ketua Penerangan Labis Mohamad Kahiruy pun bukan. Ketua Puteri Nurul Huda Marsidin juga bukan dan bukan AJK Labis Saadon Wardini, Omar Talib dan Adam Nasrun.

Calon yang dipilih Najib Razak ialah bekas penolong pegawai daerah Rengit Mohd Azahar Ibrahim, bekas Bendahari Umno Labis.

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Najib sebagai calon yang boleh menang di Tenang. Seorang yang bukan di kalangan Jawatankuasa Umno Labis.

Tahniah kepada Najib akan keputusan cukup berani ini. Mungkin di kalangan AJK Bahagian - dari Timbalan Ketua Bahagian sehinggalah AJK biasa - akan berkecil hati kerana seolah-olah mereka tidak layak menjadi calon dan mereka bukan calon yang boleh menang.

Ini adalah satu evolusi dalam Umno. Satu perubahan yang diperlukan oleh Umno. Umno perlu keluar dari cara berpolitik lama di mana yang berjawatan sahaja yang perlu diberikan tempat.

Ini juga pendekatan baru di mana calon yang dipilih adalah calon yang diminati pengundi dan bukannya calon yang diminati hanya oleh ahli-ahli Umno.

Kini bermulanya era perubahan di dalam Umno. Pemilihan Azahar Ibrahim adalah mesej kepada semua bahagian-bahagian Umno bahawa Najib hanya akan memilih calon yang boleh membawa kepada kemenangan kepada Umno di pilihanraya akan datang.

Persoalannya, adakah perubahan ini dapat diterima oleh pimpin Umno di bahagian-bahagian.

CALON TENANG IALAH ....

Jam 4 petang ini, bertempat di Pejabat Umno Labis, Timbalan Presiden Umn Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon Umno untuk Pilihanraya kecil DUN Tenang.

Seperti biasa, selepas sahaja pemergian Allahyarham Sulaiman Taha, lobi melobi berlaku di dalam Bahagian Umno Labis.

Lebih menarik apabila serangan peribadi turut menjadi agenda dalam lobi melobi ini.

Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno pusat, menimbulkan kemarahan beberapa pimpinan bahagian apabila beliau turut melobi untuk Ketua Wanita Labis Haslinda Salleh.

Di dalam Umno, apabila nama seseorang menjadi bahan perbualan, ianya bukan sesuatu yang perlu menjadi kebanggaan. Ia hanya petanda bermulanya masalah kepada beliau and bermulanya usaha mencantas dan "membunuh" peluang beliau menjadi calon.

Itulah yang terjadi kepada Haslinda. Tersebar kononnya Haslinda pernah terlibat dengan satu skandal.

Selepas nama Haslinda, nama Timbalan Ketua Bahagian Rosdin Mahmood disebut-sebut. Timbul pula kisah mengisah bahawa Rosdin tidak sesuai menjadi calon kerana beliau orang luar. Persoalannya kenapa ahli-ahli Umno Labis memilih orang luar selama in sebagai Timbalan Ketua Bahagian.

Umno akan menang mudah di Tenang. Mungkin itulah sebabnya ramai berebut-rebut ingin menjadi calon.

Allahyarham Sulaiman dipilih ADUN Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham memperolehi 6,367 undi dengan majoriti 2,492 undi bagi menewaskan calon Pas, Md Saim Siran (3,875). Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada PRU 2004.

Kali ini, sudah pasti Umno akan memenangi pilihanraya kecil dengan majoriti berlipat ganda memandangkan suasana politik kini sudah berubah menyelebahi Najib Razak.

DUN Tenang ini akan menjadi mercu tanda Najib dalam memperkenalkan dasar memilih calon yang boleh menang untuk pilihanraya kecil ini. Semasa di Galas, calon Umno adalah pilihan Tengku Razaleigh.

DUN Tenang merupakan peluang pertama Najib memilih calon yang boleh menang. Najib perlu mengenepikan cara lama, di mana yang layak menjadi calon hanyalah Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian ataupun AJK-AJK yang lain.

Ahli Umno lain juga layak dipilih menjadi calon. Semuga calon yang akan diumumkan Muhyiddin ini merupakan permulaan baru dalam politik Umno di era Najib ini.

Sunday, January 16, 2011

WIKILEAKS NAK DEDAH AHLI POLITIK SIMPAN DUIT DALAM BANK SWITZERLAND


Tidak lama lagi, kita akan didedahkan dengan nama-nama 2,000 pelanggan dari seluruh dunia yang menyimpan kekayaan mereka di bank-bank di Switzerland.
Ini termasuk 40 ahli politik dari Asia, Jerman, Austria, Britain dan Amerika.

Terima kasih kepada Wikileaks. Menurut satu laporan di London, Rudolf Elmer, bekas Ketua Eksekutif Julius Baer Bank, beliau akan menyerahkan dua CD mengandungi 2,000 nama ini kepada pengasas Wikileaks Julian Assange esok. Wikileaks akan menyemak dulu nama-nama ini sebelum menyiarkannya.

Kita berharap senarai yang akan didedahkan ini tidak mengandungi nama-nama ahli politik Malaysia.

ROSMAH KEBANGGAAN NEGARA

Rosmah’s Oman visit set to boost bilateral ties

MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor’s official visit to Oman from today will further strengthen relations between Malaysia and the sultanate, and may indirectly boost links in fields like early childhood education, trade and tourism, according to a Malaysian diplomat.

The Jan 16-19 visit by the Prime Minister’s wife is all the more significant as this will be the first time in 20 years that a visiting dignitary from Malaysia is being received as a guest of the state of Oman.

The last Malaysian dignitary was Sultan Azlan Shah who was the Yang di-Pertuan Agong when he visited Oman in 1991, said Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, charge d’affaires at the Malaysian embassy here.

Speaking to Malaysian journalists ahead of her visit, he said Oman’s invitation for Rosmah to visit the country could be seen as recognition of her tireless efforts in promoting a cause close to her heart, which is early childhood education under the Permata programme, as well as her role in empowering women in Malaysia.

Norhisyam said he viewed Rosmah’s role as complementary to that of her husband Datuk Seri Najib Tun Razak, in promoting the policies and positions of the Government.

Rosmah is scheduled to have an audience with Oman’s Deputy Prime Minister Sayyid Fahad Mahmood Al-Said.

Norhisyam said bilateral trade between Malaysia and Oman stood at nearly RM500mil from January to October last year, with Malaysia’s main exports to Oman being edible oil; machinery, appliances and parts; wood products; and electrical and electronic products.

“The number of visitors from Oman to Malaysia is increasing over the years. In 2010 alone, we received 18,300 people from Oman, an increase of 20% over the figure for 2009,” he said.

The visit to Oman follows Ros­mah’s recent trip to Saudi Arabia. After Oman, she will head for Bangladesh. — Bernama. http://www.alfaisal.edu/news/2010/event4.htm
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/16/nation/7810968&sec=nation
Artikel yang sama di dalam bahasa Melayu: http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=556941

Serta baca pandangan Kadir Jasin kenapa Rosmah tidak boleh dipanggil Wanita Pertama dan kenapa Rosmah tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

Baca di link ini: http://kadirjasin.blogspot.com/2011/01/perdana-menteri-wanita-kenapa-isteri-pm.html

Wednesday, January 12, 2011

MUKHRIZ PERLU MENDEWASAKAN DIRI

"Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan." - Dr Mahathir Mohamad.
http://www.malaysiakini.com/news/153222

Apa yang peliknya dalam Umno? Bukankah cantas mencantas perkara biasa di dalam Umno?

Di Kelantan, puak-puak Umno "chah keting", di Terengganu "peteh keting".

Mungkin Tun Dr Mahathir ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno di Kedah akan musibah cantas mencantas ini.

Umno terkenal dengan budaya cantas mencantas. Dari peringkat cawangan ke bahagian. Sebenarnya Tun, cantas mencantas ini lebih teruk di peringkat atasan. Mahupun di peringkat Majlis Tertinggi sehingga ke Kabinet.

Siapa yang menjadi Presiden dan Perdana Menteri, dialah paling berkuasa. Pisau, keris dan pedang samurai berada di tangan Presiden. Siapa yang dia hendak, naiklah dia. Kata orang puteh, Perdana Menteri ini ada "midas touch" atau sentuhan ajaib.

Itulah yang berlaku di Kedah. Dengan satu sentuhan ajaib, Mukhriz, anak Tun, dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Kedah.

Semuga Mukhriz dapat melakukan yang terbaik untuk Umno Kedah. Sebarang halangan, kenalah Mukhriz rempuhi. Janganlah nak "mengacum" (mengadu) kepada bapa pula.

Mukhriz perlu melalui segala cabaran-cabaran dan proses politik seperti orang lain. Tengok saja Najib Razak. Pernah menjadi Ketua Pemuda, bertanding Naib Presiden, pernah melalui cabaran politik walaupun menaiki takhta Perdana Menteri atas usaha Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim yang secara terbuka mengkritik Abdullah Ahmad Badawi sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan kepada Najib.

Mukhriz kena ambil risiko dan berani. Berani maksudnya, jangan terlalu mengharapkan laluan mudah untuk naik ke persada politik.

Mukhriz perlu ingat bahawa jawatan AJK Kubang Pasu diberi kepada beliau kerana orang Kubang Pasu menghormati bapa beliau, Tun Dr Mahathir.

Beliau dapat menjadi Ahli Parlimen kerana hormat pemimpin kepada Tun kerana jasa Tun kepada Umno dan Kerajaan. Ramai pemimpin Umno Jerlun yang berjasa diketepikan untuk memberi ruang kepada Mukhriz.

Janganlah pula hari ini Mukhriz mahu terus bergantung kepada Tun untuk mendapat tempat di dalam Umno.

Kalau Mukhriz sanggup menerima tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan, maksudnya beliau sanggup mengharungi segala cabaran di Kedah.

Najib merupakan anak Perdana Menteri pertama yang menjadi Perdana Menteri. Terfikir juga adakah selepas ini giliran Hishammuddin Hussien menjadi Perdana Menteri? Selepas Hishammuddin, giliran Mukhriz pula?

Kita terdengar sosek-sosek di bahagian-bahagian di Kedah kononnya program-program yang dianjurkan oleh Mukhriz diboikot oleh orang tertentu.

Untuk pengetahuan Mukhriz, itu perkara biasa. Semasa Allahyarham Syed Nahar menjadi Menteri Besar, ada orang boikot majlis beliau. Siapakah yang membuat video koboi Syed Nahar sehinggakan beliau terpaksa meletakkan jawatan? Bukankah orang Umno?

Siapakah yang menghasut Tun Dr Mahathir sehinggakan Osman Aroff terpaksa melepaskan jawatan? Bukankah orang Umno?

Siapakah yang menjatuhkan Sanusi Junid di Kedah? Bukankah orang-orang Umno sendiri?

Siapakah yang menjatuhkan Syed Razak Syed Zain sebagai Menteri Besar? Bukankah pemimpin Umno sendiri? Tak percaya, tanyalah Mahdzir Khalid!

Oleh itu Tun, cantas mencantas adalah perkara biasa di Kedah. Perlantikan Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan Kedah menjadi percakapan banyak pihak di dalam Umno.

Ramai yang melihat perlantikan Bashah hanya untuk memudahkan perjalanan politik Mukhriz. Mereka berpendapat, Bashah tidak dapat membawa Umno Kedah ke mana-mana. Tahap pendidikan beliau menjadi bahan perbualan. Oleh itu Bashah dipilih untuk memudahkan Mukhriz mencapai cita-cita politik beliau.

Ada juga pihak berpendapat, perlantikan Mukhriz hanya cara Najib untuk memastikan Tun tidak bising sepertimana semasa era Pak Lah.

Najib tahu sekiranya Tun membuka mulut, ia petanda masalah buat Najib untuk pilihanraya akan datang.

Oleh itu, eloklah Mukhriz cuba meminimakan komplen beliau kepada Tun. Cabaran yang dilalui beliau sekarang ini adalah perkara kecil.

Politik Umno penuh onak dan duri. Tidak mungkin Mukhriz buta sejarah. Lihat saja apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim, Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Pak Lah (digugurkan dari Kabinet oleh Tun walaupun Pak Lah memenangi jawatan Naib Presiden), Suhaimi Kamaruddin, Harun Idris, Onn Jaafar dll.

Mereka ini nama-nama besar dalam Umno. Apalah sangat orang memboikot program Mukhriz kalau dibandingkan dengan apa yang dilalui oleh Onn Jaafar, Anwar Ibrahim (dipenjarakan), Ghafar Baba, Ku Li, Suhaimi Kamaruddin dan Harun Idris (dipenjarakan).

Muga-muga Mukhriz terpilih di kalangan nama-nama besar satu ketika nanti.

Sunday, January 9, 2011

RAIS YATIM WAJIB SAMAN MIGRANT CARE & ALEX ONG



"Migrant Care di Indonesia menghantar pegawai-pegawainya untuk menemuramah Robengah pada 2007, selepas beliau kembali dari Malaysia. Kami ingin mengesahkan bahawa dokumen (laporan mengenai kejadian rogol) tersebut adalah laporan tulin dan asal dan dikeluarkan oleh kami. Selepas Migrant Care membuat laporan tersebut, kami telah mengeluarkan satu kenyataan dan mengirimnya kepada Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan kepada Mabes Polri (Markas Besar Polis Republik Indonesia - Indonesian police headquarters)." - Alex Ong (gambar), Pengarah Negara Migrant Care Malaysia.

Tambah Alex lagi, perkara tersebut tidak diketengahkan kerana Robengah pada ketika itu tidak mahu mengambil tindakan terhadap Rais.

Satu kenyataan yang cukup serius oleh Alex Ong padahal Robengah sudahpun menafikan yang beliau pernah dirogol. Kata Robengah: ""Datuk Rais Yatim orang yang baik. Bahkan pemberitaan yang selama ini menyebutkan saya sudah diperkosa sama sekali tidak benar. Saya juga sering diberi uang serta oleh-oleh dari beliau."

Demi maruah dan nama baik beliau, Rais Yatim perlu menyaman Migrant Care dan Alex Ong. Adalah menjadi tanggungjawab Rais juga untuk menjaga nama baik Kabinet dan Najib Razak.

Mungkin Rais sudah dimaklumkan mengenai satu artikel yang ditulis oleh Mariam Mokhtar yang mencemar nama baik Najib dan kerajaan.

Antara lain Mariam menulis Kabinet Najib huru-hara kerana anggota Kabinet beliau terdiri dari Menteri-Menteri yang tercalar dengan rasuah dan skandal seks termasuk merogol.

Saturday, January 8, 2011

SATIM DIMAN MB BARU SELANGOR?

Umno Selangor dua hari lepas memilih Ahli Dewan Undangan Seri Serdang Satim Diman sebagai Ketua Pembangkang yang baru menggantikan Khir Toyo yang terpaksa melepaskan jawatan tersebut selepas didakwa di mahkamah oleh SPRM.

Selangor penting untuk BN dan Umno. Malahan Selangor adalah negeri yang terkaya dalam negara. Tetapi malangnya, Selangor yang satu ketika dulu menjadi kubu kuat Umno dan BN kini seolah-olah ketandusan pemimpin.

Puncanya ialah kegelojohan pemimpin-pemimpin Umno di Selangor. Seorang bekas Adun menarik perhatian ramai dengan mahligai tersergam indah, sementara isu Khir Toyo menjadi isu besar semasa pilihanraya umum yang lalu.

Ramai yang membuat pelbagai tekaan, siapa yang akan dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Selangor dalam rombakan baru-baru ini.

Jelas Najib Razak sensitif kepada masalah Selangor. Najib sedar akan isu yang menyelubungi beberapa pemimpin Umno di Selangor. Maka Najib mengambil keputusan untuk tidak melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Najib juga sedar, untuk membersihkan Umno Selangor, beliau perlu memastikan satu generasi pemimpin Umno berlalu.

Adakah Satim diterima Umno Selangor? Umno bukan satu parti yang mudah diuruskan. Penerimaan Satim sebagai bakal MB Selangor jika menang nanti bergantung kepada sokongan daripada "panglima-panglima perang" di Selangor.

Ianya bergantung kepada samada Satim mendapat sokongan daripada Khir Toyo, Noh Omar, Zin Badak, Mat Taib dan beberapa pemimpin lain.

Jika tidak, Selangor akan terus ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/8/nation/7758079&sec=nation

Thursday, January 6, 2011

TAK PERLU BAGI DARJAH KEPADA PEMAIN BOLA

Ban the habit of giving titles to sports, arts and entertainment figures until they’re at least 50 or have had significant achievements in their field for a number of years. Roger Federer has been No 1 in the tennis world for a record-breaking 237 weeks and the Swiss government still hasn’t made him a Datuk.

(Haramkan amalan memberi darjah kebesaran kepada personaliti sukan, budaya dan hiburan selagi mereka boleh mencecah usia 50 atau setelah merangkul pencapaian yang cukup gemilang untuk beberapa tahun. Pemain tenis Roger Federer menduduki tangga No 1 dunia selama 237 minggu, satu rekod, dan Kerajaan Switzerland masih belum menganugerahkan gelaran Dato' kepada beliau.)
- Marina Mahathir.

Kenyataan di atas adalah antara resolusi tahun baru anak perempuan Dr Mahathir Mohamad. Marina turut juga menyentuh mengenai tabiat meletak kereta disepanjang jalan semasa solat Jumaat dan juga kelemahan polis kita. Baca dilink berikut:

Wednesday, January 5, 2011

RAIS NAFI TUDUHAN MEMPERKOSA AMAH

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik.

"tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." - Rais Yatim.
http://www.malaysiakini.com/news/152496

Itulah penafian yang dibuat oleh Rais hari ini berikutan khabar angin bahawa beliau lah dikatakan Menteri yang didakwa terlibat dengan pemerkosaan seorang orang gaji Indonesia.

Rais juga berkata beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan polis dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Itu yang kita harapkan. Kita mengharapkan polis melakukan siasatan secara adil. Polis perlu melindungi yang teraniaya dan menyanggah yang menganiaya.

Tuesday, January 4, 2011

MENTERI PEROGOL: HANYA RAIS BOLEH MENANGKIS FITNAH PEMBANGKANG

"Saya merasakan sesiapa sahaja sebagai pemimpin perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan dan kelemahan dirinya. Saya merasa bangga kerana sekurang-kurangnya saya berani mengaku (melakukan hubungan seks dengan seorang wanita Cina). Saya tidak pernah berkata ianya bukan saya (di dalam DVD tersebut). Saya juga tidak pernah berkata video tersebut adalah rekaan." - Chua Soi Lek, bekas Menteri Kesihatan, ketika mengumumkan perletakan jawatan dari Kabinet selepas mengaku bahawa video hubungan seks yang tersebar luas pada 2008 adalah video beliau bersama seorang wanita. http://www.msnbc.msn.com/id/22471189/ns/world_news-asia-pacific/
Pada 9 Ogos 2000, Abu Hassan Omar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor atas sebab-sebab peribadi. Apa yang sebenarnya berlaku ialah Abu Hassan didapati mempunyai seorang anak yang lahir di luar nikah. http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg16232.html
Sementara itu, pada tahun 1994, Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatan apabila dituduh melakukan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Crime/Story/A1Story20080102-43317.html

Kini tahun 2011, kita disogokkan berita seorang Menteri Kabinet didakwa merogol amah beberapa tahun yang lalu. http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/28/

Di Hongkong, sebuah portal berita menamakan Menteri tersebut. http://asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2893&Itemid=189

Begitu juga di Jakarta apabila sebuah portal berita turut menyiarkan khabar angin ini.

Menteri yang didakwa merogol amah ini perlu mengambil ikhtibar dari Menteri Penerangan, Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi Rais Yatim yang membuat laporan polis terhadap blogger Rockybru berikutan dakwaan anak beliau Dino terlibat dalam satu urusan yang ada kaitan dengan agensi di bawah Rais.

Umum mengetahui, Rais mengambil tindakan membuat laporan polis tersebut kerana ianya adalah HAK beliau untuk mempertahankan diri.

Tiada bezanya antara dakwaan kes rogol ini dan kes dakwaan penglibatan anak Rais. Seharusnya Menteri yang didakwa merogol ini membuat laporan polis terhadap Asia Sentinel yang menamakan beliau sebagai Orang Kena Tuduh (OKT).

Bagaimanapun sekiranya dakwaan ini benar, seharusnya Menteri ini menuruti jejak langkah Chua Soi Lek, Rahim Thamby Chik dan Abu Hassan Omar dengan meletakkan jawatan. Tidak mengapa sekiranya alasan perletakan jawatan tersebut atas sebab kesihatan atau peribadi.

Pendirian Najib Razak juga sedang diperhatikan. Apakah Menteri akan dilindungi dan orang biasa dibiarkan dianiayai? Sehingga hari ini, Najib membisu seribu bahasa. Sudah menjadi kebiasaan, nampaknya, apabila dirundung isu, sikap membisukan diri menjadi pilihan.

Dunia memerhatikan adakah Najib akan melindungi Menteri nya.

Najib perlu ingat, 22 Januari nanti akan bermula satu lagi "pertempuran" antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Tenang.

Yang pasti, isu "Menteri Merogol Amah", akan dijadikan isu utama oleh Pakatan Rakyat.

Sebaiknya, Najib mengarahkan Rais Yatim, selaku Menteri Penerangan, memikirkan strategi bagaimana untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat yang akan menggunakan isu "Menteri Merogol Amah" ini.

Rais Yatim orang lama dalam politik. Beliau merupakan antara pemimpin Umno paling pengalaman dalam politik. Pernah menjadi Naib Presiden Umno. Hubungan kasih sayang beliau pada keluarga tidak ternilai tingginya.

Kemana saja bersama isteri beliau, Maznah. Berpegangan tangan satu perkara biasa. Ikatan kasih sayang beliau cukup tinggi sehinggakan Maznah mahu dikenali sebagai Maznah Rais.

Hanya Rais Yatim harapan Najib untuk mengharungi isu "Menteri Merogol Amah" ini. Malahan Najib harus mengarah Rais Yatim turun padang secepat mungkin di Tenang untuk menyerang Pakatan Rakyat dalam isu rogol ini.

Hanya Rais Yatim harapan Najib di Tenang!