Sunday, October 17, 2010

MCA MAHU KEDAH DIBUKA KEPADA PENGUNDI CINA?

Bukan semua perkara yang dilakukan pembangkang tidak berfaedah.

MCA Kedah begitu marah apabila dikhabarkan kerajaan Pas di Kedah sekali lagi meminda dasar berkaitan perumahan.

Apabila Pas mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Kedah, dasar perumahan dipinda apabila nisbah pemilikan rumah antara Melayu dan bukan Melayu dinaikkan ke nisbah 50:50 dari nisbah sebelum ini iaitu 30 peratus Melayu, 70 peratus bukan Melayu.

Pengerusi MCA Kedah Chong Itt Chew semalam marah lagi apabila diberitahu dasar pemilikan rumah dipinda lagi.

Kali ini lebih drastik. Setiap taman perumahan baru, pemiliknya mestilah 70 peratus Melayu dan 30 peratus bukan Melayu.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/17/nation/7243382&sec=nation

Bukan itu sahaja. Setiap lot rumah milik bumiputera mestilah diwartakan sebagai tanah rezab Melayu.

Walaupun Kedah diperintah pembangkang, inilah satu-satu dasar yang perlu kita sokong.

Kita faham kenapa Chong Itt Chew tidak puashati. Kalau boleh, beliau mahukan lebih ramai pengundi Cina berhijrah ke Kedah terutamanya di Alor Setar (DUN Kota Darulaman) di mana beliau pernah bertanding.

Kedah seharusnya mengamalkan dasar sepertimana kerajaan Kelantan di mana Kerajaan Negeri, samada Kerajaan Barisan Nasional ataupun Pas, memastikan nisbah rakyat Kelantan kekal 95 peratus Melayu dan 5 peratus bukan Melayu.

3 comments:

Anonymous said...

Salam..sy amat setuju dengan saranan Tuan..Masalah yg dihadapi bagi negeri Selangor apabila nisbah penduduk melayu & bukan melayu kecil..

Tambahan pula dengan faktor Melayu VS Melayu menyukarkan lagi pelaksanaan tersebut..

Apapun,sebagai bangsa Melayu..saya memuji langkah berani yg dilakukan PAS Kedah..Tahniah!!

Anonymous said...

SAYA SANGAT SETUJU CARA PAS MENGAGIHKAN PERUMAHAN TERSEBUT..TAHNIAH PAS DAN SAYA AKAN SOKONG PAS JIKA DASAR MEMENANGKAN MELAYU DILAKSANAKAN DALAM APA-APA PUN PROGRAM.MAKA MAJORITI CINA DALAM SESUATU KAWASAN DAPAT DIPECAHKAN.bEGITU JUGA DIKAWASAN BANDAR..KUATA 50:50 MELAYU: CINA PERLU DILAKSANAKAN SUPAYA ORANG MELAYU DAPAT MEMBELI KEDAI DIPEKAN UNTUK BERNIAGA DAN SECARA TIDAK LANGSUNG TIDAKLAH KITA NAMPAK HANYA KEDAI AH CHONG/MUTUSAMY DAN KEDAI MELAYU TIDAK ADA CUMA MELAYU LAYAK JUAL BARANGAN DIKERETA RODA EMPAT ATAU DIGERAI PASAR MALAM SAHAJA.aPA-APA DASAR YANG DILAKSANAKAN SAYA HARAP PAS MEMASUKKAN ORANG MELAYU.dI ALOR SETAR ,BANYAK TANAH ORANG MELAYU DIJADIKAN PERUMAHAN TETAPI YANG BELI BANYAK CINA SAJA..MAKA KAWASAN MELAYU DISITU DIPECAHKAN SEPERTI DIDERGA,KUALA KEDAH DAN JALAN PEGAWAI.

Angah said...

setuju