Monday, June 7, 2010

HIPOKRASI DALAM ISU JUDI BOLA

7 MEI 2010
AWANG ADEK HUSSIEN, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
"KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram. keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula. Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini."
12 MEI 2010
CHOR CHEE HEUNG, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
"Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan. lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh. Setelah diteliti, kerajaan telah menimbangkan permohonan ini agar aktiviti perjudian dan pertaruhan haram dapat dikawal dan dipantau pihak berkuasa. Beberapa garis panduan telah diberikan kepada syarikat tersebut untuk dipatuhi antaranya hanya 200 cawangan pusat perjudian di seluruh Semenanjung dibenarkan menganjurkan pertaruhan itu dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.
5 JUN 2010
VINCENT TAN
''Sejak Kementerian Kewangan meluluskan pemberian lesen pertaruhan itu pelbagai dakwaan liar dilemparkan oleh parti pembangkang dan individu, kononnya wang RM525 juta itu akan disogok kepada kerajaan pemerintah dan kakitangan kerajaan. ''Berikutan itu, saya ingin mengumumkan bahawa wang penjualan Ascot Sports kepada Berjaya Corporation (BCorp) akan disumbangkan kepada YBM."
7 JUN 2010
NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI
"Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia. Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia."
SIAPA YANG HIPOKRIT?

2 comments:

Anonymous said...

Kekejaman Israel bukan sahaja mahu melenyapkan bangsa Arab Palestin tetapi telah berjaya melenyapkan segala macam bantahan terhadap maslah judi sukan itu.

Orang tidak bercakap lagi tentang 'judi' tetapi telah beralih kepada kisah yahudi. Kalau Najib boleh berfikir, buat apa lagi nak tunggu maklumbalas rakyat, dia sendiri boleh bertindak dari awal.

Mana ada agama yang sukakan judi?

Anonymous said...

Hidup ini satu perjudian...everyone is testing the water..Najib got to play his cards right!