Populariti PM terus kukuh dengan 72% rakyat Malaysia menyatakan mereka puashati dengan prestasi Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam bancian ini, lebih tinggi berbanding dengan 69% yang dicatat pada April 2010. Jika mengikut pecahan kumpulan etnik, bancian tersebut mendapati 77% Melayu, 58% Cina dan 80% India melahirkan rasa puashati dengan prestasi Najib. - Bancian Merdeka Center.
1) http://www.merdeka.org/v2/index.php?option=com_jotloader§ion=files&task=download&cid=71_3b8f044921f17618a271703891135b9d&Itemid=68
2) http://www.merdeka.org/v2/index.php?option=com_jotloader§ion=files&task=download&cid=70_3b8f044921f17618a271703891135b9d&Itemid=68
3) Merdeka Center: http://www.merdeka.org/
Reaksi yang paling menarik terhadap hasil kajian ini datangnya dari Tun Dr Mahathir Mohamad. Ujar Tun Dr Mahathir:
“Alhamdullilah kalau dia (Najib) terima 72 peratus. Tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka. Yang saya tahu semasa saya menang sehingga dua pertiga kerusi, kedudukan ranking saya 60 peratus saja. Tetapi kalau 72 peratus, kita harap boleh menang lebih daripada dua pertiga lah. Boleh buat sekaranglah." http://wrlr.blogspot.com/2010/06/mahathir-perli-najib.html
Betul kata Tun Dr Mahathir. Sekaranglah masanya untuk mengadakan PRU-13 dan mendapat mandat dua pertiga.
Tetapi adakah kajian yang dibuat oleh Merdeka Center ini tepat? Atau adakah hasil kajian ini hanya bertujuan untuk menyedapkan hati orang tertentu?
Kalau dilihat kepada hasil kajian ini, ianya tidak menggambarkan suasana politik sebenar di akar umbi.
58% Cina menyokong Najib?
Kalau benar, mengapa hanya 20% ++ sahaja pengundi Cina menyokong BN di Hulu Selangor dan mengapa BN kalah di Sibu?
Benarkah 77% orang Melayu menyokong Najib?
Kalau ini benar, maka sokongan Melayu kepada pembangkang merosot teruk. Dalam PRU12, 48.6% pengundi menyokong Pakatan Rakyat dan BN mendapat 51.4% sokongan. Semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, Pakatan Rakyat menambah undinya sebanyak 220 undi.
Seperti kata Tun Dr Mahathir, sekiranya kajian Merdeka Center ini benar, eloklah Najib membuat pilihanraya umum sekarang kerana ini mungkin peluang terbaik untuk mendapat mandat 2/3 seperti kata Tun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
merdeka center kelentong. bodek najib tu
Kalau najib percaya dengan merdeka center punya poll tu maknanya najib syok sendirilah jawabnya.
Toksahlah layan poll mengarut merdeka center tu.Kalau dalam forum di internet pulak nescaya najib cuma dapat tak lebih 30%.Dan kebanyakan pengundi2 poll di forum kebanyakannya terdiri dari anak2 muda yg sudah dimindcontrol.
Bayangkan kalau semua budak2 ini keluar mengundi pada PRU13 nanti,dimana kedudukan parti pemerintah agaknya?
budak2 muda ni tak keluar mengundi dah satu rahmat pada bn
Post a Comment