"Kontraktor-kontraktor ini lazimnya menghubungi polis untuk menyerbu kawasan pembinaan apabila projek telah pun 95 peratus siap untuk mengelak daripada membayar gaji pekerja Indonesia." - Widyarka Ryananta, Konselor penerangan, sosial dan hal ehwal budaya Indonesia.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/30/nation/6576790&sec=nation
Tidak kah kita merasa malu dengan tingkah laku para kontraktor kita?
Hampir setiap bangunan di Malaysia dalam dekad-dekad terakhir ini dibina oleh rakyat Indonesia termasuk Istana Negara baru yang bernilai RM800 juta.
Kalau benar dakwaan konselor Indonesia ini bahawa kontraktor akan meminta anggota polis menyerbu kawasan pembinaan mereka untuk menangkap pendatang asing untuk mengelak dari membayar gaji, jelas lah ada kontraktor Malaysia yang tidak berhati perut dan sanggup menganiayai golongan marhaen.
Ini termasuklah kontraktor-kontraktor Istana Negara yang baru-baru ini didakwa gagal membayar gaji pekerja selama tiga bulan.
Lebih menyedihkan bila kedengaran dakwaan bahawa ada pihak berkuasa turut terlibat di dalam penganiayaan pekerja asing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Cuba siasat siapa sub kontraktor, sure Orang Cina yang ramai buat macam tu, sebab kalau Maincon tu Melayu(Ali Baba) sure Subcon tu cina sbb orang cina adalah pemunya Mesin-mesin besar dan harga barang yang boleh kawal di antara mereka, dengan cara itu akan dapat memalukan Kontraktor Melayu, dengan itu UMNO juga yang malu.
tu cara politik cina. bijak-bijak
Post a Comment