Sunday, April 11, 2010

UMNO AKAN TENTUKAN KALAH MENANG MIC DI HULU SELANGOR

Ada di kalangan ahli-ahli Umno mahukan Muhammad Muhammad Taib dicalonkan di Hulu Selangor.

Bagaimanapun, keputusan telah dibuat. MIC akan meletakkan calonnya. Keputusan BN ini dibuat atas semangat setiakawan BN selama ini.

Kalau nak dikira berdasarkan majoriti kaum, mungkin MIC tidak berpeluang langsung untuk bertanding di mana-mana kawasan pilihanraya kecuali ianya bukan lagi rakan BN.

Sentimen ahli-ahli Umno boleh difahami. Mereka mahu merampas semula Hulu Selangor dan mereka yakin dengan meletakkan calon Melayu, peluang menang adalah lebih cerah.

Sebenarnya yang menjadi perkiraan Najib Razak dalam mengekalkan MIC di Hulu Selangor ialah untuk menggelakkan polemik di dalam BN semasa pilihanraya umum akan datang. Semangat BN akan hilang sekiranya Umno meletakkan calon. Semangat setiakawan BN akan diperlekehkan oleh parti-parti pembangkang sekiranya calon BN di Hulu Selangor kali ini adalah dari Umno.

Ini lebih besar masalahnya daripada masalah ahli-ahli Umno di Hulu Selangor.

Memang ada benarnya kata-kata Kadir Jasin bahawa BN akan menghadapi masalah di Hulu Selangor gara-gara semangat BN ini. Baca tulisan Kadir di sini:
http://kadirjasin.blogspot.com/2010/04/hulu-selangor-seat-allocation-quota.html

Kalau mengikut fakta sejarah, pembangkang kuat di Hulu Selangor apabila calon yang diletaknya Melayu dan BN diwakili bukan Melayu.

Utusan Malaysia semalam memaparkan satu analisa menarik mengenai trend pengundi di Hulu Selangor.

Kata Utusan: "Untuk rekod sejak pilihan raya umum 1959, kerusi Parlimen Hulu Selangor ditandingi masing-masing sebanyak enam kali oleh MCA dan MIC manakala UMNO masih belum berpeluang bertanding di situ kecuali ketika pilihan raya majlis perbandaran pada tahun 1955.

Desakan untuk memberi peluang kepada UMNO bertanding kali ini juga semakin ketara apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 64,500 pengundi di kawasan Parlimen berkenaan seramai 34,020 adalah pengundi Melayu, 16,964 pengundi Cina dan India (12,453 pengundi).

Cabaran untuk BN akan menjadi semakin getir jika pembangkang meletakkan calon Melayu. Ia kerana berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1990, 1999, 2004 dan 2008, ia menunjukkan angka perolehan undi yang 'menggerunkan' memihak kepada pembangkang.

Contohnya, pada tahun 1990 walaupun tewas melalui calon mereka Nazar Yakin, pembangkang meraih undi sebanyak 11,857 undi, ia diikuti pada tahun 1999 apabila jumlah undi pembangkang meningkat kepada 13,548 undi melalui calon, Dr. Halili Rahmat (Adil), kemudiannya 2004 melalui Ismail Kamus (Pas) dengan 13,324 undi.

Pilihan raya umum lalu boleh dianggap kemuncak perolehan undi kepada pembangkang apabila Dr. Zainal Abidin memperolehi sebanyak 23,177 undi sekali gus menamatkan penguasaan BN dalam 11 pilihan raya sebelumnya.

Secara hitungan kasar jika keputusan mulai 1990 diambil kira, pembangkang mempunyai tidak kurang 10,000 pengundi tegar yang memihak kepada mereka, jika calon Melayu dipilih bertanding. Ini jelas apabila pada tahun 1995, pembangkang meletakkan calon bukan Melayu, mereka hanya berupaya meraih 1,231 undi sahaja."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0410&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

Kesimpulannya, menang kalah BN di Hulu Selangor bergantung kepada penerimaan pengundi Melayu terutamanya Umno terhadap calon MIC.

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin atasan BN hanya pandai berkata2 -rakyat didahulukan' Tetapi bila rakyat majoriti memohon agar UMNO yang bertanding dia pekakkan telinga, jadi orang UMNO Hulu Selangor diam dan ikut perintah orang Pahang ni yang dulu pernah juga nyaris kecundang ditempat sendiri. Jalan terbaik bagi orang UMNO/Melayu Hulu Selangor ialah semasa pengundian pangkah/pilihan calun BEBAS dari orang Melayu, jadi terajangkan Keling BN dan Melayu PR Haprak, lebih elok Melayu Hulu Selangor diwakili MELAYU BEBAS!!!