Friday, April 9, 2010

MUDAHNYA NEGARA KITA DICEROBOH

"Sehubungan itu, Musa berkata siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran." - Laporan Bernama semalam berkaitan dengan dakwaan Anwar Ibrahim bahawa bahawa perisik Israel itu mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui sebuah syarikat pengkomputeran yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi maklumat PDRM yang didaftarkan di Singapura.
Ini kali kedua isu keselamatan negara menjadi bahan perbualan rakyat.
Tidak lama sebelum ini Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi pernah mendedahkan ada negara mencuri rahsia negara melalui kedutaan mereka.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah kenapa begitu rapuhnya sistem kita sehingga begitu mudah dicerobohi musuh?

2 comments:

Anonymous said...

Siapa yg lantik Main-con...Kene cek dan apa hubungan istimewanya...dengar cerita sub-con berpengkalan kat Spore

Anonymous said...

Baik kau jadi Perisik Bro! setakat dengar cerita-cerita tak mainlah, zaman sekarang semuanya kena bukti yang kukuh. Sayang sekali Anon April 9, 2010 1:34 PM berminda rendah dan ketinggalan zaman.