Tuesday, February 24, 2009

NORZA, PAK LAH KESEORANGAN!

38. Itulah nombor calon untuk Norza Zakaria, setiausaha politik kepada Menteri Kewangan II Nor Mohamad Yakcop, selepas majlis cabutan nombor calon yang dilakukan di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, petang tadi. Nama Norza akan tertera di tempat ke 38 dalam senarai 52 calon yang akan merebut 25 tempat di dalam Majlis Tertinggi Umno semasa pemilihan parti Mac nanti. Sembilan daripada mereka adalah anggota Kabinet.
Persoalannya adakah Norza sempat menyertai pemilihan yang akan diadakan pada minggu terakhir Mac nanti? Ini kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam membuat kenyataan berikut:
"Kami telah selesaikan penyiasatan. Hasil siasatan membuktikan bahawa terdapat asas yang kukuh untuk mendakwa beliau (Norza) kerana terlibat dengan politik wang."
Kenyataan ini dibuat oleh sumber SPRM (BPR) kepada New Straits Times semalam walaupun ramai mempertikaikan tindakan BPR mengeluarkan kenyataan mensabitkan kesalahan tertuduh tanpa mendapat pertimbangan Peguam Negara.
Menurut New Straits Times, BPR dipercayai mempunyai kes rasuah yang kukuh ke atas Norza walaupun beliau menafikan tuduhan tersebut.
Untuk berlaku adil kepada Norza, beliau menafikan terlibat dengan rasuah politik wang.
"Tuduhan-tuduhan yang membawa kepada saya disoalsiasat oleh Pencegah Rasuah telah diada-adakan untuk menjatuhkan mertabat saya dan bertujuan mengurangkan peluang saya semasa pemilihan parti nanti." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2488001/Article/index_html
Samada ada Norza bersalah atau tidak, kita serahkan kepada kebijaksanaan Peguam Negara dan BPR.
Tetapi Norza juga harus tahu apa yang diperkatakan di akar umbi. Norza harus juga tahu bahawa ramai di kalangan pemimpin dan ahli Umno yang menjadi musuh beliau.
Pelbagai rungutan kita dengar mengenai Norza dan Norza tahu kenapa mereka irihati pada beliau. Tidak perlu kita perhalusi ketidakpuasan hati ahli dan pemimpin Umno demi maruah Norza.
Norza dikatakan mencurahkan perasaannya di mesyuarat Majlis Tertinggi bulan lepas. "Kalau tak suka, kata tak suka". Itulah antara rintihan Norza.
Nombor 38 akan tercatit di atas kertas undi Mac nanti. Norza tidak bersalah selagi beliau tidak didakwa dan mahkamah tidak mendapati beliau bersalah.
Tetapi Norza pasti kerisauan dengan tabiat orang Umno. Bila tiada kuasa, tiada siapa peduli.
Mungkin itu juga rintihan Pak Lah semalam di satu majlis makan malam: "Siapa agaknya yang nak dengar ucapan seorang Perdana Menteri yang akan mengundur diri?" http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/19051-i-was-planning-to-stay-two-terms-admits-pak-lah
Jelas dari kenyataan Pak Lah ini, beliau terasa keseorangan pada saat ini.
Tetapi bukankah orang yang meletakkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut merasa ditinggalkan keseorangan selepas persaraan beliau?
Dalam kes Tun, ianya amat menyayatkan hati kerana para Menteri dilarang oleh Pak Lah untuk mendekati Tun.
Kepada Pak Lah dan Norza, dibiarkan keseorangan adalah perkara lumrah dalam Umno. Tun dan ramai lagi sudah melaluinya. Oleh itu biasa-biasakanlah diri ditinggalkan dan dilupakan buat selama-lamanya.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
Keseorangan Pak Lah tidaklah sesepi dan sesakit TDM.Kecewa TDM sangat pedih kerana orang yang beliau lantik sebagai pengganti tidak membenarkan TDM didekati. Dipenghujung harinya Pak Lah akan menerima balasan atas perbuatannya.

Anonymous said...

Pak Lah tu elok duduk dalam gua aje...biar dia berkawan dgn orang-orang asli dalam hutan...rasanye KJ pun patut join sebab kalau cakap mulut suka menjuih...

Quantum Metal Consultant said...

Paklah tak mungkin berseorangan - banyak yang akan menghantuinya.

Norza pula akan disusuli SPRM - untuk membuktikan orang politik merasuah dan dirasuah bukan kerja senang - dah dapat, elok pulas betul betul - bukan nak dera - cuma nak dijadikan contoh kepada yang lain.

Anonymous said...

Anon said "Pak Lah tu elok duduk dalam gua aje...biar dia berkawan dgn orang-orang asli dalam hutan...rasanye KJ pun patut join sebab kalau cakap mulut suka menjuih..."...


Heheheheh memang patut dok dalam gua. Kan kat luar gua pun dia dah bela "Jean"

Heheheheheh...