Saturday, December 3, 2022

SATU MALAYSIA KENA SCAM DENGAN ANWAR IBRAHIM

 









SALAH satu komen dalam whatsapp kejiranan berbunyi: "Satu Malaysia kena SCAM dengan Anwar Ibrahim".

Apa tidaknya. Sepanjang tempoh berkempen dan sepanjang Anwar menjadi "PM Tepi" macam-macam janji dan cerca dibuat oleh beliau untuk mempengaruhi pengundi mengundi PKR supaya dia dapat menjadi Perdana Menteri.

Perkataan-perkataan seperti "Penyamun" yang ditujukan kepada Najib Razak,  Zahidi Hamidi dan Umno sentiasa di mulut beliau, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri menjadi bahan kutukan Anwar.

Kini selepas menjadi Perdana Menteri semua janji itu ditong sampahkan.

Penyamun dilantik TPM, Anwar mengambil portfolio Menteri Kewangan, Menteri Agama didakwa mempunyai masalah moral, Mat Hasssan ada masalah integriti, ada ahli Parlimen yang selama ini rasis dilantik menjadi Menteri.

Apa pun alasan yang diberikan tidak dapat mencuci imej Anwar yang telah menipu rakyat melalui janji-janji beliau.

Rafizi Ramli antara yang kononnya pejuang reformasi antara orang pertama yang bertemu Penyamun di Pan Pacific. Semua sudah tidak ada rasa malu pada rakyat.

Sama juga dengan DAP. Di mana prinsip parti DAP dalam kerjasama dengan penyamun.

Nak muntah tengok muka Anthony Loke.











Berpuluh tahun Lim Kit Siang memperjuangkan dan memperkuatkan DAP dan tidak pernah merasa menjadi Menteri.

Tetapi lain dengan Loke yang nampak jelas "lapar" jawatan Menteri. Tidak ada seorang Melayu akan lupa apa Loke buat semasa kali pertama memegang jawatan Menteri Pegangkutan. Beberapa agensi kerajaan di bawah beliau ditutup menyebabkan anak-anak Melayu tak tidur siang malam. Agaknya apa lagi agensi kerajaan yang akan ditutup oleh Loke kali ini.

Banyak boleh diperkatakan mengenai Kabinet Anwar termasuk seorang Menteri yang ada masalah moral didakwa "tidur telanjang" di rumah seorang isteri orang.

Semua dah boleh di Malaysia ini seperti mana slogan Pakatan "Kita Boleh".

Hanya di Malaysia seorang pemimpin dituduh meliwat, menyalahkangunakan kuasa dan digelar BANDUAN boleh dilantik memegang jawatan paling berkuasa.

Itu lah Malaysia - semua boleh. 

 

Monday, November 28, 2022

ANWAR: CAKAP SERUPA BIKIN ATAU CAKAP TAK SERUPA BIKIN

 










TAHNIAH Anwar Ibrahim dah jadi PM, dah tak jadi PM tepi lagi.

Rakyat kini sedang memerhatikan tingkah laku Anwar dan Kabinet yang akan dibentuk.

Adakah kluster mahkamah dan pemimpin yang ada masalah rasuah akan dilantik di dalam kabinet, atau ada nepotisma dengan melantik Wan Azizah dan Nurul Izzah ke dalam kerajaan dan adakah kabinet beliau sama besar dengan kabinet terdahulu atau cakap serupa bikin - kabinet kecil demi rakyat.

Antara kata-kata Anwar sebelum ini ialah: "Kegagalan terbesar PN adalah melantik 70 orang menteri Kabinet bersama beberapa orang duta khas tatkala rakyat MENDERITA hilang punca pendapatan sehingga ke tahap mengangkat bendera putih. Apakah fungsi dan faedah melantik duta-duta khas ini kepada rakyat dan negara? 

https://sumberkini.my/pru15-kegagalan-pn-lantik-70-anggota-kabinet-rakyat-kibar-bendera-putih-anwar/


Kalau kita lihat kepada kenyataan Anwar ini, kita boleh beranggapan;

1. Kluster mahkamah dan kluster rasuah seperti Zahid Hamidi, Mohamad Hasan (kes RM10 juta pengurup matawang), Ahmad Maslan, Syed Saddiq, Azeez Rahim tidak akan diberikan apa-apa jawatan di dalam Kabinet maupun dilantik sebagai pengerusi di dalam mana-mana GLC.

2. Jawatan duta khas akan dihapuskan. Kita beranggapan Tiong King Seng, ahli Parlimen Bintulu, yang menyokong Anwar sebagai PM dan Richard Riot akan dilucutkan jawatan mereka sebagai Duta Khas.

3. Adakah Wan Azizah dilantik sebagai ahli Kabinet? Di dalam perjawatan kerajaan, suami isteri tidak  dibolehkan berkhidmat di jabatan yang sama.

Sama-samalah kita saksikan tingkahlaku Anwar, cakap serupa bikin atau cakap tak serupa bikin.

Monday, September 19, 2022

ZAHID HAMIDI NAK GUNAKAN BANJIR UNTUK LEPASKAN DIRI DARI PENJARA

 









ZAHID Hamidi tengah GELABAH - tidur tak lena memikirkan akan kena PENJARA macam rakan beliau -NAJIB RAZAK.

Dalam pemikiran Zahid, agaknya, hanya PRU yang boleh menyelamatkan beliau dari merengkok ke dalam penjara. Mungkin, pada Zahid, dengan kuasa apabila menang PRU dan dia menjadi Perdana Menteri, kuasa yang ada pada PM boleh membebaskan dia dan Najib.

Atau jika kalah mungkin cikgu beliau, Anwar Ibrahim, boleh bebaskan beliau atau sekurang-kurangnya di kurung di tempat paling selesa di Malaysia.

Dalam kekalutan hidup Zahid, beliau sanggup MEREDAH BANJIR untiuk PRU walaupun rakyat sedang kesusahan mengharungi banjir.

Itulah otak presiden Umno - tak berubah. Segala-galanya untuk kepentingan diri sendiri.


Sunday, September 11, 2022

TOK MAT TAMAK MAKIN SOMBONG

 









TAK cukup dikenali sebagai TOK MAT TAMAK kerana MENGHALAU Khairy Jamaluddin dari Rembau, beliau menambah satu gelaran pada diri beliau - SOMBONG.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/998656/di-parlimen-mana-suka-hati-sayalah-saya-timbalan-presiden

"Suka hati sayalah,  saya Timbalan Presiden", kata Tok Mat Tamak apabila ditanya di mana beliau akan bertanding.

Nampaknya semua orang atasan Umno jenis bongkak, takbur dan sombong dan Tok Mat Tamak di antaranya.

14 tahun dan 3 penggal Khairy Jamaluddin "menjaga" Parlimen Rembau dengan baik, tiba-tiba Tok Mat Tamak menghalau beliau dari Rembau.

Kerana ketamakan beliau, Tok Mat Tamak bukan hanya mahu mengambil alih tempat Khairy, malah mahu juga bertanding di DUN Rantau.

Semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Umno tumpas di tangan PKR dan pembangkang. Tidak lah sehebat mana Tok Mat Tamak ni.

Hari ini, Khairy memberi gambaran Tok Mat Tamak berbohong apabila tidak mengaku ada "mengarahkan" KJ keluar dari Rembau.

Makin terserlah perangai BURUK Tok Mat Tamak sekarang ini.


https://www.agendadaily.com/politik/ia-benar-kata-kj-setelah-diarah-beri-laluan-kepada-tok-mat-di-rembau/

Thursday, September 8, 2022

MALAYSIA CIPTA SEJARAH, SPEAKER DEWAN RAKYAT BENARKAN BANDUAN HADIR SIDANG PARLIMEN

 









https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/08/najib-kekal-ahli-parlimen-hingga-proses-pengampunan-semakan-kehakiman-selesai-kata-azhar/

HARI ini teringin nak tanya satu soalan kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Negara mana yang benarkan BANDUAN hadir sidang Parlimen?

Atau Malaysia adalah negara pertama dalam sejarah dunia membenarkan seorang BANDUAN iaitu Najib Razak hadir ke sidang Parlimen, bertanya soalan, berdebat dan kemungkinan kena teh tarik dan kopi O di lobi Parlimen sambil di ekori oleh pegawai Penjara.

Semakin hari semakin pelik Speaker Dewan Rakyat.

Nak jadi pelik tak ada masalah, tapi jangan nampak bodoh.

Satu dunia akan ketawakan Malaysia bila Najib masuk ke Parlimen sebagai BANDUAN.


Wednesday, September 7, 2022

TOK MAT (HASAN) TAMAK

 











UMNO tak akan berubah.

Sifat tamak, takbur dan terpalit dengan kegiatan rasuah di kalangan pemimpin Umno tidak akan hilang begitu sahaja. Tidak akan ada KEINSAFAN. Contoh terbaik - Najib Razak.

Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Umno dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan kini dikenali sebagai "TOK MAT TAMAK" di kalangan ahli Umno.

Ini berikutan kenyataan beliau "MENGHALAU" Ahli Parlimen Rembau dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin keluar dari Parlimen Rembau.

Mat Hassan bukan saja mahu menyingkir KJ dari Rembau, malah ketamakan beliau terserlah apabila Mat Hassan mengumumkan mahu bertanding kedua-kedua kerusi Negeri dan Parlimen - Dun Rantau dan Parlimen Rembau.

Mudahlah kalau macam itu. Umno dah seperti parti tak tentu arah - pemimpin tentukan mana kerusi mereka nak kaut, bukan rakyat.

Apa kata semua ketua-ketua bahagian mencontohi Mat Hassan Tamak - bertanding di Parlimen masing-masing dan bertanding juga di salah satu Dun di bawah kawasan mereka?

Sudah bertahun-tahun KJ mencurah keringat di Rembau dan kini di "terajang" keluar oleh Mat Hassan Tamak.

Tapi kadang-kadang terasa juga padan muka KJ. Selama ini bukan main taat kepada Mat Hassan Tamak.

Kini KJ pun merata "KACAU" kawasan orang lain. 

Kejap-kejap nak pergi Port Dickson, kejap-kejap Kuala Pilah, kejap-kejap Tampin.

KJ sudah jadi pengacau kawasan orang. Takut dengan Mat Hassan Tamak dan berubah jadi pengacau kawasan orang lain.

Adalah lebih baik KJ bersara. Tak ada orang rasa RUGI kalau beliau bersara dari politik.

Takat nak jadi Menteri jaga Kesihatan, akan ada orang lebih baik dari beliau untuk menjaga portfolia Kesihatan.

BERSARA LAH, KJ! YOU WILL NOT BE MISSED.

https://www.astroawani.com/berita-politik/tok-mat-mahu-pertahan-kerusi-dun-rantau-tanding-parlimen-pada-pru15-379294



  

Sunday, August 28, 2022

ZAHID DAN PEMIMPIN UMNO SEKARANG AKAN MUSNAHKAN NEGARA JIKA KEMBALI BERKUASA

 













SEMALAM, harapan Umno untuk kembali berkuasa melalui PRU15 MUSNAH.

Ianya diMUSNAHkan oleh presiden mereka sendiri, Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas NAJIB RAZAK merengkok di dalam Penjara Kajang pada SELASA, 23 OGOS 2022, di dalam suasama ketakutan, Zahid Hamidi menekan Perdana Menteri Ismail Sabri untuk mengadakan PRU secepat mungkin, dan muslihatnya kita semua tahu, Zahid mahu merampas kuasa dan menjadi Perdana Menteri untuk memastikan mahkamah tidak memenjarakan beliau.

Tetapi kerakusan Zahid telah membunuh secebik peluang yang ada untuk Umno menang PRU15 nanti.

Semalam, Zahid menyerang rakannya sendiri iaitu Ismail Sabri di hadapan puluhan ahli Umno.

Bukan itu saja. Zahid dan kuncu-kuncunya termasuk Azalina Othman Said mendedahkan kepada rakyat bagaimana mereka akan memusnahkan sistem demokrasi negara termasuk menukar hakim-hakim dan Peguam Negara jika mereka memerintah.

Iannya bermaksud, jika Umno memerintah, jika pemimpin mereka MEROMPAK sepertimana dilakukan oleh Najib dan Zahid, hakim-hakim dan Peguam Negara yang akan mereka pilih dari penyokong mereka akan memastikan mereka selamat dari apa-apa tindakan undang-undang. Sistem kehakiman negara hanya untuk rakyat marhein dan bukan untuk pemimpin Umno seperti mereka.

PRU akan diadakan bila-bila masa. Bubarlah sekarang. Ia akan menjadi bahana kepada Umno.

Umno mesti ingat , Umno tidak ada pun 3 juta ahli. Kalau ada pun, dengan 3 juta ahli, Umno tak akan menang pilihanraya dengan mudah.

PRU 15 akan menyaksikan sekali lagi kebangkitan rakyat menentang PERASUAH seperti Zahid dan Najib dan konco-konco mereka.

Rakyat akan menolak Zahid sebagai Perdana Menteri. 




Friday, April 15, 2022

ISMAIL SABRI BUKAN PERDANA MENTERI YANG DIGERUNI ORANG POLITIK, MUDAH DIKOTAK KATIKAN

 









APABILA Muhyiddin Yassin bergelar Perdana Menteri, ramai pemimpin politik TAKUT kepada Muhyiddin termasuk Zahid Hamidi yang didedahkan oleh Muhyiddin sendiri membawa bertimbun file meminta PERTOLONGAN untuk dilepaskan dari diPENJARAkan.

Begitu juga Najib Razak. Muhyiddin ketika itu bukan pun Presiden Umno atau Naib Presiden Umno. Muhyiddin dari parti musuh Umno iaitu Bersatu.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri kali kedua, lintang pukang pemimpin-pemimpin Umno dan semasa pentadbiran Dr Mahathir, Najib ditangkap, rumah digeledah, beg tangan mahal-mahal Rosmah Mansor dirampas, Najib dan Rosmah di dakwa dan Najib dijatuhkan hukuman PENJARA 12 tahun. Tun juga pada masa itu bukan Presiden Umno dan bukan Naib Presiden Umno.

Tun Abdullah Badawi dikatakan seorang yang lembut tetapi para pemimpin Umno GENTAR dengan beliau. Ada Menteri yang memegang jawatan dalam tempoh singkat dan digugurkan oleh Pak Lah.

Kini Ismail Sabri bergelar Perdana Menteri. Pertama kali dalam sejarah Umno seorang Naib Presiden Umno memegang jawatan politik tertinggi di dalam negara.

Ada pemimpin politik TAKUT dan GENTAR kepada Ismail Sabri yang dikenali sebagai MAIL di kalangan ahli politik?

Ada kah orang politik TIDAK takut dengan Perdana Menteri?

Semasa PRN Johor, Zahid "tolak tepi" Mail dan beri penghormatan kepada Najib di atas kemenangan besar Umno di Johor. 

Semalam Majlis Kerja Tertinggi Umno bermesyuarat dan Mail diARAH oleh MKT yang diketuai Zahid Hamidi supaya JANGAN sambung MOU yang ditandatangani dengan pembangkang.

Di ARAH, ya, diARAH! 

Yang jelas Zahid tak TAKUT dengan Mail. Zahid tak takut kepada Perdana Menteri.

Kenapa begitu? 

Kerana Ismail Sabri tak berani seperti Dr Mahathir, seperti Muhyiddin, seperti Pak Lah. Pentadbiran yang cukup lemah, boleh di tolak ke sana ke mari oleh Zahid.

Jika Ismail percaya dengan keputusan MKT bahawa beliau akan dicadangkan sebagai PM untuk PRU-15, maka Ismail antara mereka yang hidup mereka mudah diTIPU.

Di Johor, Zahid pernah berkata, "barang lain yang di order, barang lain yang dapat".

Kalau tak percaya, Ismail tanyalah bekas Menteri Besar Johor HasniMohammad.

Ismail akan mengalami nasib yang sama seperti Hasni selepas PRU 15. 

Monday, February 28, 2022

MANA DASAR PENYELESAIAN EKONOMI ISMAIL SABRI PADA NEGARA?

 

ADA kah menggunakan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa begitu PENTING kepada Ismail Sabri yang baru setahun jagung menjadi Perdana Menteri?


Rakyat sudah lama menanti satu dasar dari Ismail yang berguna untuk negara. Harga barang naik. ekonomi entah ke mana.

Rakyat nak tahu bagaimana Ismail mahu membangunkan ekonomi rakyat dan menyakin dunia luar bahawa Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang mampu menerajui negara ke arah lebih baik.

Jika kepada Ismail menggunakan Bahasa Melayu di majlis rasmi dan antarabangsa lebih penting dari semua itu, kita terima saja lah nasib kita sekarang ini.


Thursday, February 17, 2022

HANYA TUN MAHATHIR BERJUANG MELAWAN KLUSTER MAHKAMAH DARI KUASAI NEGARA

 

TIGA hari lepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi Johor bahawa PRN Johor adalah MUSLIHAT kluster Mahkamah mahu menguasai Kerajaan dalam usaha mahu melepaskan diri dari menrengkuk dalam PENJARA.

Dalam keadaan masih belum sembuh sempenuhnya, Tun terus berjuang melawan kluster mahkamah yang telah melingkup negara selama ini.

Sedihmya Tun berseorangan dalam melawan kluster mahkamah dari terus merosakkan negara.

Pemipin-pemimpin politik laim seperti Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah hanya sekadar melepas batuk di tangga seolah-olah mereka bersama dan bersimpati dengan kluster mahkamah ini.

Muhyiddin masih dengan imej lembab beliau, hanya sekadar membuat herdikan manja kepada Najib Razak, sementara Tengku Razaleigh Hamzah sekadar membuat kenyataan sekali sekala tanpa ada sebarang usaha menentang kumpulan ini.

Anwar kita seda maklum. Beliau rakan karib Najib dan Zahid Hamidi. Tidak memeranjatkan sekiramya PKR bekerjasama dengan BN semasa PRU`15 nanti.

Begitu juga bekas-bekas pemimpin Umno, pemimpin-pemimpin Umno terutamanya ketua-ketua bahagian.

Mereka masih bertenggek kepada Najib. Entah apa rahsia dan keajaiban Najib sehinggakan seorang pesalah rasuah masih disanjung oleh mereka.

Negara tiada harapan selagi orang Melayu masih menyanjung penyamun dan penyanggak. 

Keputusan PRN Johor sudah boleh diduga. Melayu Johor tetap menyokong Umno walaupun parti itu dipimpin perasuah.


Sunday, January 30, 2022

MUSLIHAT ANWAR DAN UMNO MENGGUNAKAN SIMBOL PKR BERTANDING DI JOHOR?

 


CETEK pemikiran kita kalau kita percaya cakap-cakap Anwar Ibrahim bahawa keputusan PKR menggunakan simbol sendiri dan BUKAN simbol Pakatan Harapan kononnya mengambil kira SENTIMEN orang Melayu dan orang kampung.


Dangkalnya pemikiran pemimpin DAP dan Amanah yang GAGAL menghidu MUSLIHAT ini.

Keputusan Anwar ini jelas memberi gambaran bahawa Anwar dan PKR mahu MENJAUHI diri dari DAP dan Amanah.

Menggunakan simbol PH di Johor akan bermaksud PKR bersama DAP dan seteru Pas, parti Amanah.

Ini juga petanda keinginan Anwar mahu menjauhi diri dari DAP untuk kepentingan tertentu.

Sekiranya PKR tidak TERSUNGKUR seperti mana di PRN Melaka dan Sarawak, Anwar kelihatan sudah mengambil haluan lain.

Apa muslihatnya?

Sebarang kemenangan PKR di Johor adalah kemenangan PKR, bukan Pakatan Harapan, dan TIADA kena mengena dengan Pakatan Harapan.

Ia bermaksud PKR tiada hubungan dengan DAP walaupun pembahagian kerusi atas rundingan bersama di dalam PH.

Ia juga bermaksud jika PKR memenangi beberapa kerusi di Johor, Anwar ada peluang untuk membawa PKR bekerjasama dengan Umno dengan menubuhkan kerajaan negeri kerana kemenangan tersebut atas tiket PKR, bukan Pakatan Harapan.

Ia akan memberi ruang kepada PKR berpakat dengan Umno semasa PRU nanti.

Bukan rahsia lagi bahawa Najib Razak, orang yang dihukum penjara oleh Mahkamah, dan Zahid Hamidi yang dalam proses membela diri, ada agenda tertentu demi kepentingan peribadi mereka.