Wednesday, March 31, 2021

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: ZAHID HANYA PENTINGKAN KUASA

 Malaysiakini - Empowered to decide PN exit timeline, Zahid dares 'parasite'  minister to resign 

ZAHID Hamidi mencipta sejarah semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Sudah beberapa kali Jelapang menghadiri perhimpunan agung. 

Aturacaranya lebih kurang begini. Rabu diadakan majlis presiden secara tertutup di mana Presiden meluahkan perasaan beiiau - tanpa menyebut nama, hentam orang itu, orang ini, kata orang putih sesi "no-hold barred". 

Diikuti hari berikutnya atau sebelah malamnya perasmian AGM Pemuda/Wanita/Puteri oleh Timbalan Presiden.

Hari berikutnya perasmian AGM sebenarnya di mana Presiden Umno akan menyampaikan ucapan perasmian yang dulunya disiarkan secara langsung ke seluruh pelusuk negara.

Disebabkan Umno bukan lagi berkuasa, tak adalah lagi siaran langsung di TV tetapi masih lagi dibuat secara langsung melalui Facebook dan sebagainya.

Zahid mencipta sejarah kerana kali pertama ucapan perasmian dan pergulungan beliau hanya berkisar membalun Kerajaan yang parti beliau sebahagian daripadanya dan menghentam kawan-kawan beliau sendiri termasuk yang ada sepentas dengan beliau.

Antara yang dimalukan ialah Noraini Ahmad, Ketua Wanita Umno.

Ucapan Zahid hanya mengenai KUASA dan JAWATAN. Agaknya itu saja yang ada di dalam kepala beliau siang dan malam - KUASA!

Kebiasaannya ucapan Presiden Umno semasa Perhimpunan Agung ialah menyakinkan rakyat dan mengenengahkan diri beliau sebagai orang paling layak memimpin negara dan sebagai Perdana Menteri.

Presiden Umno akan mengenengahkan visi beliau untuk  negara, bercakap mengenai ekonomi negara, hubungan antarabangsa, kepentingan orang Melayu dan agama.

Tetapi bagi Zahid perhimpunan kali ini hanya untuk KUASA.

Sebenarnya ucapan Zahid tempoh hari tak lebih dari ucapan level ketua cawangan Umno untuk mesyuarat agung cawangan. 

No comments: