Wednesday, March 31, 2021

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: ZAHID HANYA PENTINGKAN KUASA

 Malaysiakini - Empowered to decide PN exit timeline, Zahid dares 'parasite'  minister to resign 

ZAHID Hamidi mencipta sejarah semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Sudah beberapa kali Jelapang menghadiri perhimpunan agung. 

Aturacaranya lebih kurang begini. Rabu diadakan majlis presiden secara tertutup di mana Presiden meluahkan perasaan beiiau - tanpa menyebut nama, hentam orang itu, orang ini, kata orang putih sesi "no-hold barred". 

Diikuti hari berikutnya atau sebelah malamnya perasmian AGM Pemuda/Wanita/Puteri oleh Timbalan Presiden.

Hari berikutnya perasmian AGM sebenarnya di mana Presiden Umno akan menyampaikan ucapan perasmian yang dulunya disiarkan secara langsung ke seluruh pelusuk negara.

Disebabkan Umno bukan lagi berkuasa, tak adalah lagi siaran langsung di TV tetapi masih lagi dibuat secara langsung melalui Facebook dan sebagainya.

Zahid mencipta sejarah kerana kali pertama ucapan perasmian dan pergulungan beliau hanya berkisar membalun Kerajaan yang parti beliau sebahagian daripadanya dan menghentam kawan-kawan beliau sendiri termasuk yang ada sepentas dengan beliau.

Antara yang dimalukan ialah Noraini Ahmad, Ketua Wanita Umno.

Ucapan Zahid hanya mengenai KUASA dan JAWATAN. Agaknya itu saja yang ada di dalam kepala beliau siang dan malam - KUASA!

Kebiasaannya ucapan Presiden Umno semasa Perhimpunan Agung ialah menyakinkan rakyat dan mengenengahkan diri beliau sebagai orang paling layak memimpin negara dan sebagai Perdana Menteri.

Presiden Umno akan mengenengahkan visi beliau untuk  negara, bercakap mengenai ekonomi negara, hubungan antarabangsa, kepentingan orang Melayu dan agama.

Tetapi bagi Zahid perhimpunan kali ini hanya untuk KUASA.

Sebenarnya ucapan Zahid tempoh hari tak lebih dari ucapan level ketua cawangan Umno untuk mesyuarat agung cawangan. 

Saturday, March 27, 2021

MAT HASSAN DAH BERANGAN JADI PM

 UMNO wujud dua unit khas  

KONONNYA berseloroh, Mohamad Hassan berkata merujuk kepada siapa calon PM dari Umno apabila menang PRU 15 nanti: "Kamu sedang bercakap dengan dia sekarang".  

Nampak Mat Hassan yakin akan menang jawatan Presiden Umno apabila pemilihan Umno diadakan beberapa bulan lagi.

Yakin dan realiti dua perkara berbeza.

Setakat dapat sokongan dua tiga bahagian di Negeri Sembilan termasuk bahagian sendiri Rembau, Mohamad Hassan sekadar berangan.

Nak pertahan jawatan Timbalan Presiden pun belum tentu kalau setakat dapat sokongan Rembau dan dua lagi bahagian di Negeri Sembilan.

 

Friday, March 26, 2021

NEGARA JIRAN TERUS MEMBANGUN, DI MALAYSIA HANYA TAKAT BEREBUT JADI PERDANA MENTERI

  

DI SINGAPURA kerajaan Singapura SIBUK membina pelantar solar terapung terbesar di dunia untuk menjana kuasa tenaga elektrik. 

https://www.straitstimes.com/singapore/singapore-now-home-to-one-of-the-worlds-largest-floating-solar-farms

Image 

  

DI INDONESIA, projek keretapi laju antara Jakarta ke Bandung hampir 70% siap.

 http://www.xinhuanet.com/english/2021-03/09/c_139796293.htm


Siapakah yang Umno lebih percaya, Muhyiddin atau Anwar jadi kunci kerajaan  baharu 

DI MALAYSIA, berebut nak jadi Perdana Menteri.

Thursday, March 25, 2021

TEGURLAH ZAHID SEMASA PERHIMPUNAN AGONG UMNO

 May be an image of 1 person, standing and indoor 

HUJUNG minggu ini Umno akan mengadakan perhimpunan agong 2020 dan seperti yang digembar gemburkan hubungan dengan Bersatu akan menjadi topik hangat perbahasan kali ini.

Tetapi kita dah lama kenal Umno. Para pembahasnya biasanya akur dengan arahan pemimpin untuk mematuhi larangan semasa membahas - apa yang boleh dibangkitkan dan apa yang tidak.

Mungkin akan ada yang ingkar, mungkin ada watak-watak seperti Allahyarham Ishak Ismail (Seremban).

Presiden Umno Zahid Hamidi tengah keliru. Ada yang kata mungkin "mabuk". Kejap itu, kejap ini.

Oktober tahun lepas Zahid dan Najib mengutuskan surat kepada YDP Agong menyokong Anwar Ibrahim dan PKR menubuhkan kerajaan.

Umno mengeluarkan kenyataan mengatakan surat itu palsu dan baru-baru ini Annuar Musa mengesahkan ianya tulin.

Baru-baru ini Anwar mengumumkan beliau telah berbincang dengan pemimpin Umno dan sudah pastinya akar umno dapat meneka pemimpin tersebut ialah Zahid dan Najib.

Dua hari lepas Zahid menafikannya.

Apa yang kita nampak, Zahid seorang yang keliru dan ketakutan - takut dipenjarakan seperti Najib.

Semalam timbul pula sekeping gambar Zahid dan Najib bertemu Tengku Razaleigh Hamzah. Macam-macam spekulasi timbul mengenai pertemuan tersebut.

Apa arah tuju Umno sebenarnya?

Perhimpunan Umno adalah peluang ahli Umno membimbing Zahid bagaimana menjadi seorang Presiden yang efisyen.