Friday, January 29, 2021

MB KEDAH BANYAK GEBANG DARI BUAT KERJA

 Letak tajuk cadangan nak buat projek... - Friends Of PARTI AMANAH NEGARA 

JIKA diteliti senarai Menteri-Menteri Besar yang lalu, kita kagum dengan ketokohan dan jasa mereka kepada rakyat Kedah.

Generasi lama yang dihormati oleh rakyat Kedah antara Syed Omar Shahabuddin, Syed Ahmad Shahabuddin dan Syed Nahar Shahabuddin.

Generai baru ialah Osman Aroff, Syed Razak Barakbah dan Sanusi Junid.

Walaupun di saat akhir hayat politik mereka diselubungi kontroversi, jasa mereka terlalu besar kepada Kedah.

Osman Aroff umpama Ali Rustam semasa beliau Ketua Menteri Melaka.

Osman Aroff dan Dr Mahathir Mohamad sama-sama berganding membangunkan Kedah dan kemajuan Alor Setar adalah legasi mereka.

Sanusi Mohamad Noor, Menteri Besar Pas sekarang, perlu lihat kepada sejarah ini.

Jika Sanusi mahu dikenang sebagai Menteri Besar yang anti bukan Islam atau rasis, itu pilihan beliau.

Setakat ini Sanusi lebih banyak GEBANG, kata orang Kedah, dari membangunkan negeri.

Kedah membangun sekarang bukan kerana Pas atau atas sumbangan beliau.

 


No comments: